You are on page 1of 10

KEPIMPINAN DAN TOKOH SEJARAH NEGERI

JOHOR : DATO ONN BIN JAAFAR


(12 Februari 1895 – 19 Januari 1962)

* PENGASAS DAN PRESIDEN PERTUBUHAN KEBANGSAAN


MELAYU BERSATU (UMNO).
* MENTERI BESAR JOHOR PADA 1 OKTOBER 1946, TETAPI TIGA
TAHUN KEMUDIAN, MELETAKKAN JAWATAN UNTUK
MENUMPUKAN PERHATIANNYA KEPADA UMNO.
KEHIDUPAN AWAL
• Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, beliau ialah anak kepada Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang
kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan
pelajarannya di England.

• Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil.
Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh
wanita Inggeris di Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England
bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota
Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau
telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk,
England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Dato
Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-
1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau
pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.
KELUARGA
• Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor, semenjak lewat
abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed
(1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan
Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan
berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan
mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja
Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.

• Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki.
Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan
juga seibu sahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah,
Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri
Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer
Ungku Aziz dan Syed Ali iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor
Syed Naquib Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah
Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah.
Keperibadian
• Seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan
serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa
pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda
peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan
kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga
dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh
rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

• Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan untuk meniupkan
semangat kemerdekaan tanpa dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan
seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju
matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn
juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau
melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang
bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.
KERJAYA POLITIK
• Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah
British, tetapi berhenti kerana membantah dasar jajahan.

• Pada 1-4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama bagi
menentang Malayan Union yang dianggap sebagai ancaman terhadap hak istimewa
orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Hasil mesyuarat ini, sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di
Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan
nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

• Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.
Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
KERJAYA POLITIK
• Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukar menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Namun apabila cadangannya itu ditentang, Dato Onn telah meletakkan
jawatan sebagai presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam yang diadakan pada 25 - 26 Ogos
1951.

• Dato Onn kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Malangnya, parti tersebut
tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti
Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti
Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-
orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam
pilihan raya itu.

• Dato Onn masih berusaha mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan
parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan parti PAS.

• Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (Perdana Menteri Malaysia ke-3).
GARIS MASA
•1895 : Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru.
• 1901 : Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar Bahasa Inggeris dengan
wanita Inggeris.
• 1902 : Ibunya Rugayah meninggal dunia
• 1903 : Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera- putera Sultan
Johor.
• 1910 : 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
• 1910-1911 : Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan’.
• 1911 : Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
• 1911 : Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina, anak angkat bapanya). Mendapat 4 anak dan isterinya
meninggal dunia.
• 1915 : Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak (Ismail bin Onn). Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
• 1917 : Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura yang menjadi markas
Johor Militaray Force (JMF) dengan memegang Pangkat Leftenan.
• 1919 : Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein, iaitu bekas isteri adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
GARIS MASA

•1920 : Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas
baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
•1922 : Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
•1923 : Menjadi Pegawai di Pejabat Tanah Muar.
•1924 : Menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
•1927 : Berpindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak
diberikan kenderaan kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai
kemudahan.
•1927-1936 : Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan
JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang
di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
•1930-1936 (umur 35) : Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura.
•1934 (umur 39) : Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
•1936-1941 :  Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
GARIS MASA
• 1942 – 1945 : Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
• 1945-1946 : Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat.
• 1946-1949 : Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
• 1946 : Menganjurkan Kongres Melayu 1946.
• 1946-1951 (umur 51) : Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik
sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
• 1949 (umur 54) : Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
• 1951 : Menjadi Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
• 1951 (umur 56) : Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn
meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan
26 Ogos 1951.
• 1951 : Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
• 1954 (umur 59) : Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut
adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
• 1955 : Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955.
• 1959 : Menjadi Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
• 1959 (umur 64) : Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya
Persekutuan.
• 1962 (umur 67) : Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.
SEKIAN, TERIMA KASIH..

You might also like