You are on page 1of 17

Raja Chulan

Nama sebenar : Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri
Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah
Tarikh lahir : 1 Julai 1869
Tarikh wafat : 10 April 1933
Tempat lahir : Tanjung Brambang
Latar belakang keluarga : Baliau merupakan anak kedua Almarhum Paduka Seri
Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau
Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti
Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Raja Chulan
berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris
Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki
Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.
Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan
kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.
Sumbangan :
1. Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah
Selama sehingga tahun 1897.
2. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor,
negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896.
3. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam
selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.
4. Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak
yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak.
5. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai orang
Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Beliau

memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis


untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap
kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk
membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan
di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

Penghormatan :
Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama beliau telah diabadikan antara lain,
seperti berikut:
a. Jalan Raja Chulan, sebatang jalan di Kuala Lumpur
b. Hotel Bertaraf Lima Bintang (5 Star) "The Royale Chulan Kuala
Lumpur [1]" di Jalan Conlay. (Hotel ini dibawah Boustead Holding
anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT).
c. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang terletak di Jalan
Dairy, Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Sebelah sekolah ini ialah
Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (kini
dipindahkan ke Perlis).

Yang Amat Berbahagia Dato' Onn Jaafar

Presiden UMNO Pertama


Tempoh jawatan : 11 Mei 1946 26 Ogos 1951
Diganti oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Menteri Besar Johor ke-7
Tempoh jawatan : 1 Jun 1947 18 Mei 1950
Didahului oleh : Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
Diganti oleh : Dato' Syed Abdul Kadir bin Mohamed
Tarikh Lahir : 12 Februari 1895
Tempat lahir : Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor
Meninggal dunia : 19 Januari 1962 (umur 66)
Parti politik UMNO :
Merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947
tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei
1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Latar belakang keluarga :
Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim serta merupakan anak kepada
Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang
kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya
di England.

Jawatan pernah dipegang :

1 Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.


2. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan
Makanan Negeri Johor.
Wartawan :
Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan
pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar
perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan
berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap
rendah oleh orang Melayu.[1] Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya
mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.[2]
Dibuang ke Singapura :
Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan
Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas
JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah Leftenan. 'Johor Malay Force' ini ditubuhkan
oleh Sultan Abu Bakar. Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat
Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas
baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan
Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai
buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang
lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi
menggunakan JMF.[4] Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa
Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja.
Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan
Ibrahim dengan Helen Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac
1934, baginda mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha
Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.
Pegawai daerah vs Selempang Merah :
Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah
British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn
Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman ,
pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila
'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945.
Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis
dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara MacApril 1945 [7] Parti Komunis Malaya sejak hujung 1944 telah menyerang balai
polis Jepun dan konvoi . Rasa benci orang Melayu terhadap orang Cina
memuncak lalu menubuhkan tentera sabilillah. Onn Jaafar atas arahan Sultan
Johor telah berunding dengan Kiai Salleh supaya menghentikan sengketa
Melayu-Cina itu. Kemaraan Tentera Selempang Merah yang berbekal tangkal
azimat dan citra jihad berjaya disekat. [8]
Pengasas UMNO :

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang
diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman
terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil
daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah
ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu
melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada
UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasardasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka
kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO
ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".
Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden
UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25
hingga 26 Ogos 1951.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26
Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang
Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti
Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian
bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal
mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya
itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat
dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan
parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan
bantuan parti PAS.
Keluarga :
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah
seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau
meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Riwayat hidup :
1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana
Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.

1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.


1910-1911: Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan
anak angkat bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal
dunia beberapa tahun kemudian.
1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak
iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya.
Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan
Ibrahim pada 31 Jun 1920: kerana membidas baginda tanpa berselindung
berkaitan isu harta.
1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor
kerana pujukan Tengku Ismail.
1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British
menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak
disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai
kemudahan.
1927-1936: Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan
berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar
Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka
ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di
Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang
pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.

1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan
kepada UMNO.
1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah
ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan
Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan
raya umum yang pertama pada tahun 1955.
1955: Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai
PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor
Bahru.

Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Nama sebenar : Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud
Tarikh lahir : 7 Julai 1909
Tempat lahir : Kota Bharu,Kelantan.
Jawatan yang pernah dipegang :
1. Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan
Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan
bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail.
2. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4.
3. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk
berunding dengan British.
4. Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai
perkhidmatan kerajaan Kelantan.
5. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada
jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa
saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.
6. Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu
meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu
sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar
Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan
Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang
berkhidmat dari 1921 hingga 1944.
7. Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan
Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

8. Juga merupakan salah satu daripada ahli jawatan kuasa United Malays
National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO. Beliau turut
menggubal Perlembagaan UMNO.
Keluarga:
Anaknya Nik Mariah menurut jejaknya menjadi peguam dan menyertai Majlis
Peguam.
Pendidikan:
1. Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah,
Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu
Kuala Kangsar.
2. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan
universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar
belajar ke luar negara.
3. Nik Ahmad Kamil belajar bidang Seni di Universiti Bristol dan menamatkan
pengajian pendidikan di "Inns of Court" pada tahun 1929.
4. Dia memasuki Bar Peguam pada 1930.
Diplomat:
1. Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya
Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57).
2. Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58)
3. Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).
Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan
terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang
kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam
Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.
Pembabitan dalam kemerdekaan :
Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik
antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama
Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan
membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan
dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.
Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar,
Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor
dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru
ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.
Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO
dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu.
Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan
politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.
Beliau mengikut Dato Onn menyertai ("Independence of Malaya Party - IMP")
pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun
1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding
sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya
meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali
menyertai Umno.
Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam
jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undangundang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan
Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun
1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan
Bandar.
Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil
Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956.
Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk
Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri
Besar Johor.
Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Perniagaan:
Dalam bidang perniagaan, beliau menjadi pengarah Dunlop Industries , Malayan
Banking dan Pengerusi Rothmans and Pall Mall Ltd pada 1970-an.
Persatuan:
Beliau terlibat dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan Royal Asiatic Society
cawangan Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia serta Persatuan Diraja
Komanwel. Beliau juga menjadi pengerusi Lembaga pengarah Lady Templer
Hospital, Majlis Kaunsel Universiti Malaya dan Pro-canselor Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Dr. Burhanuddin al-Helmy

Nama sebenar : Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi


Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Tempoh jawatan : 19561969
Didahului oleh : Abbas Alias
Diganti oleh : Mohd Asri Muda
Tahun Lahir : 1911
Tempat lahir : Negeri Perak Kota Bharu, Gopeng , Perak
Meninggal dunia : 6 November 1969 (umur 58)
Parti politik : PAS
Awal kehidupan :
1. Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor
dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.
2. Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang
merantau ke Malaysia pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari
Malaka.

3. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911,


dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][3] Sekembalinya dari
pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki,
Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di
Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.
Aktiviti selepas perang:
1. Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah
Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr.
Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu
satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah
satu perjuangan utamanya.
Presiden PAS:
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin
pada tahun 1956,hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan
Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan antikolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan
pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama
satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia
dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.
Meninggal Dunia:
Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit
lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.
Garis masa :
1911 : Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad
Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang,
Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
1926 : Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad
Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera.
Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Hanya bertahan
selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah'
tidak disukai oleh Burhanuddin. Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang
kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927 : Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang
1934 : Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam
bidang falsafah dan sastera.
1942-1945 : Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika
pendudukan Jepun
1950 : Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura
1956 : Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih
sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

1959 : Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959
1964-1966 : Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana
kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang
penubuhan Malaysia. Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku
oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda. Dibebaskan pada 1966
namun dikenakan tahanan terhad.
10 Oktober 1969 : Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

Putih Mariah Ibrahim Rashid

Puan Sri Datin Hajjah Putih Mariah Ibrahim Rashid atau 'Puteh Mariah' adalah ahli
politik UMNO/Perikatan.
Keluarga:
Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1914 di Kuala Kurau, Perak. Puan Sri Datin
Hajah Puteh Mariah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran.
Beliau berkahwin dengan Tan Sri Datuk Zainal Abidin bin Abas ketika berusia 16
tahun.
Mereka suami isteri terpilih sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan era
penjajahan British. Zainal Abidin adalah bekas Setiausaha Agung UMNO.
Anak mereka Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin telah dilahirkan pada 27 Julai 1936
di Teluk Intan, Perak. Zain Azrai menjadi Pegawai Khas Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie.Seterusnya menjadi Duta
Malaysia ke Amerika Syarikat, Mexico , Brazil ,Cuba dan juga bertugas sebagai
Executive Director of the World Bank mewakili kawasan Asia Tenggara dari
tahun 1978-1982. Zain pernah dilantik menjadi Pengerusi Sistem Penerbangan

Malaysia (MAS), Pengerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF)


dan Pengerusi Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. (SPPK).

Politik Wanita UMNO:


Pada mulannya beliau giat aktif dalam Persatuan Melayu Perak yang ditubuhkan
oleh Menteri Besar Perak,Datuk Panglima Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda
Abdul Aziz.
Kemudian beliau menyertai UMNO dan pada 1947, menubuhkan Jabatan Kaum
Ibu UMNO .Pada 25 Ogos 1949 wakil-wakil UMNO yang bersidang di Butterworth
telah menubuhkan Badan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai
ketuanya yang pertama (25 Ogos 1949). Dari itu berkembang menjadi Wanita
UMNO (1946-1950).

Usaha-usaha menjaga kebajikan kaum ibu mendapat sokongan daripada Dato


Onn Jaafar, pengasas UMNO. Wanita UMNO turut bangkit menentang Malayan
Union kerana mahu menamatkan hak orang-orang Melayu.Tokoh wanita lain ialah
Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari
Persatuan Melayu Selangor. Mereka telah bertemu bagi membincangkan
mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.

Kerajaan Brtish bersetuju mengadakan Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ,
yang pertama di Tanah Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi
51 daripada 52 kerusi. Calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah
bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.

Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita.


Dalam Pilihan raya 1959 , Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi
Parlimen Jitra/Padang Terap dan menang.Sejak itu bilangan tokoh wanita
bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Terhenti sebagai ahli politik:


Pada 10 Februari 1955, Putih Mariah telah meletak jawatan beberapa hari
sebelum Pilihan raya 1955. Beliau protes terhadap pembahagian UMNO-MCA
iaitu 5 Melayu, 6 Cina dan 1 India yang dibincangkan oleh Dato Yahya RazakPengerusi Jawatankuasa Pilihan raya Kuala Lumpur UMNO.
Pilihan raya pertama ini mula diadakan di Pulau Pinang bukan di Kuala Lumpur .Ia
diadakan pada bulan Disember 1955.Pilihan raya di Kuala Lumpur diadakan pada
bulan Februari 1955. IMP yang dipimpin oleh Onn Jaafar bertanding di semua 12
kerusi. IMP turut disokong oleh beberapa pemimpin kanan MCA yang lain
termasuk Tan Siew Sin, Khoo Teik Ee dan Yong Shook Lin dan pemimpin MIC.

Menyertai IMP :
Penglibatan beliau di dalam UMNO terhenti apabila Datuk Onn Jaafar
menubuhkan Parti Negara. Beliau turut sama menyertai Parti Negara dan pada
tahun 1955 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Negara sehingga tahun
1956. Dari 1958-1960, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tetap Parti tersebut.

Khidmat sukarela:
Beliau menyertai khidmat sukarela, termasuk :
Citizens Advisory Bureau di Ipoh dalam tahun 1945-1947
Jawatankuasa Kebajikan Pasukan Polis Khas (1948-1949) di Kuala Kubu Bharu dan
menjadi Pengerusinya.
Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaya (1957-1963) mengambil tempat Lady
Mac Gillivary. Beliau adalah anak negeri yang pertama memegang jawatan
tersebut.
Majlis Kebajikan Pusat daripada tahun 1948 hingga 1962.
1958 - mewakili majlis ini ke Tokyo, di mesyuarat Majlis Kebajikan Mesyuarat
Antarabangsa.
1961 - ke Rome, Itali dan dilantik ke Majlis Kerja..
1960 - 1962 - menjadi Naib Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor, Ahli tahun 1950-1953, menjadi
Presiden daripada tahun 1953 hingga berhenti dalam tahun 1956.
Jawatankuasa Persatuan Pelajaran Dewasa Malaya daripada tahun 1950 hingga
1973.
Jawatankuasa Pelajaran Dewasa Negeri Selangor daripada tahun 1951-1973.
Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, beliau adalah salah seorang pengasasnya,
Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1952-1958. Ahli
Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Pencegah Buta (1952-1958). Pengerusi
Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Kebajikan Orang-orang Buta Malaya (19521958).
Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja Perkumpulan Perempuan dalam tahun
1952.
Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia - Salah seorang Pengasas dan Naib Yang
Di Pertua (1962-1975).
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu - Salah seorang
Pengasas Pertubuhan ini yang ditubuhkan dalam tahun 1961 dan telah menjadi
Naib Yang Dipertua. - mewakili Lembaga Kebajikan Perempuan Islam di Majlis
Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam pembangunan
(NACIWID) (1976-1981). 1975 - Pengerusi dan Pengelola Muktamar yang pertama

dianjurkan oleh Lembaga. 1977 - Pengerusi Pengelola Muktamar yang kedua


dianjurkan oleh Lembaga.
Majlis Kebajikan Masyarakat Malaya :Tahun 1964, menjadi wakil dari Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam ke sidang yang diadakan; Naib Pengerusi bagi Majlis
Kebajikan Masyarakat tahun 1968.
Persatuan Kanak-kanak Cacat Selangor :Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun
1965-1966.
Biro Bantuan Guaman - (1971-1972).
Jawatankuasa Musabaqah, Wilayah Persekutuan (1972-1984).
Ahli Jemaah Universiti Malaya (1975-1984).

HARUN AMINURASHID

1. HARUN AMINURRASHID juga dikenali dengan nama pena Har, Gustam


Negara dan Atma Jiwa
2. Dilahirkan di Singapura pada 8 Ogos 1907 di Kampung Teluk Kurau.
3. Harun mula bersekolah di Sekolah Melayu Telok Kurau; kemudian di
Maktab Latihan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, pada usia kira-kira tujuh
belas tahun.
4. Setelah tamat pelajarannya di maktab itu, beliau menjadi guru di maktab
itu juga.
5. Pada tahun 1939, beliau telah dihantar ke Brunei sebagai Penguasa
Pelajaran hingga tahun 1945. Selepas Perang Dunia kedua (1946), beliau
telah dihantar kembali ke Singapura.
6. Harun juga menggunakan nama Si Ketuit untuk ruangan pojok dalam
majalah-majalah Warta Jenaka dan Hiburan.
7. Harun meninggal dunia pada 9.11.1986. Novel pertama Harun ialah Melur
Kuala Lumpur yang diterbitkan dalam bulan April 1930 di Tanjung Malim.
8. Harun pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan Melayu, Yang
Dipertua Majlis Pelajaran Melayu, Ketua Umum Budaya, Ketua Rombongan
Perwakilan Ahli-Ahli Bahasa Tanah Melayu ke Kongres Bahasa di Medan
(28.10.54), Pengerusi Persidangan Kongres Pemuda Melayu yang telah
diadakan di Kuala Lumpur (8.4.1955-10.4.1955), Ketua Seksi Kebudayaan,
Penyimpan Amanahnya dan Ketua Seksi Kebudayaan parti Kebangsaan
Melayu Malaya, Ketua Satu Parti Rakyat Singapura.
9. Beliau turut menyertai kegiatan-kegiatan Kongres Kebudayaan Melayu I
yang telah diadakan di Melaka (30.12.57-2.1.58) dan dilantik Timbalan
Pengerusi Dewan Kebudayaan Kebangsaan, anggota Jawatankuasa Ejaan
Bahasa Kebangsaan, Kementerian Kebudayaan Singapura (1966).
10.Pada tahun 1952, beliau bersama-sama dengan sekumpulan wartawan
telah melawat England dan Eropah atas jemputan pihak Pejabat Tanah
Jajahan British.
11.Beliau juga telah melawat negeri-negeri di Timur Tengah, Dusseldorf,
Cologne, Bonn, Black Forest, Semenanjung Scandanavia, Oslo, Paris,
Granada, Barcelona, Cordoba, Geneva dan juga banjaran gunung Blanc.
12.Karya beliau sering diterbitkan di ruangan akhbar Warta Malaya, Warta
Ahad, Warta Jenaka, Al-Ekhwan, Bulan Melayu dan Jasa.
13.Beliau juga menerbitkan berbagai-bagai jenis majalah seperti Hiboran;
Kenchana; Mutiara; Filem Raya; Melayu Raya; Bulanan Filem Raya;
Fashion; Tunas (majalah mingguan kanak-kanak), Belia, Taman KanakKanak, Hiboran Filem, Seni, majalah cerpen Kesah, buku bulanan Dewan
Pujangga, buku berkala-kala Punggok dan majalah triwulan Medan
Sastera.
14.Pencapaian : The Certificate of Merit Pertubuhan Antarabangsa The Board
of Dictionary of International Biography sebagai satu penghargaan dan
penghormatan kerana khidmat mulia Harun yang dianggap sebagai
seorang penulis terkemuka novel sejarah dalam bahasa Melayu; UNESCO
Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
memilih novelnya Simpang Perinang untuk diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dan Urdu (1969); Anugerah Anumerta Tun Seri Lanang
MBMS (1995).

You might also like