You are on page 1of 17

Dato' Sir Onn bin Dato'

Jaafar
Dato' Onn Jaafar , bersama
adiknya, Azizah Jaafar
pada tahun 1948.
Lahir pada 12 Februari 1895 di
Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru,
Johor
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar dari 12 Februari 1895 – 19 Januari
1962 merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai
Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah
meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950
untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO
Keluarga
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, janda salah seorang
adiknya dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn,
Perdana Menteri Malaysia ketiga.

Kehidupan awal
Dato' Onn Jaafar
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru serta merupakan
anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.
Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan
pelajarannya di England.
Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman
Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Kerjaya Awal
Bertugas sebagai wartawan
Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934,
menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering
mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati
orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang
dianggap rendah oleh orang Melayu.Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1
Januari 1930 hingga penghujung 1933.

Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat


Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat
Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh dengan
secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun
menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah
ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA(Malayan People's Anti-Japanese Army) antara Mac-
April 1945.
Isu Dan Kontroversi
Dibuang ke Singapura
Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF)
dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura, markas JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah
Leftenan.

Pasukan tentera Johor Malay Force ini ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar.

Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim
pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.

Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana
menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday
Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa
Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja.

Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen
Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac 1934, baginda mengelilingi dunia
diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.
Kerjaya Politik
Pengasas UMNO
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union
yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan
Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan
ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam
gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan
jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya
memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO
serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira
kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".
Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.
Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat
sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau
meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian
bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh
sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya
masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi
dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha
untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari
1962 akibat serangan jantung dan jenazahnya telah
disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham
Dato' Jaafar bin Haji Muhammad di Makam Diraja Bukit
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Parti politik UMNO (1946–1951)
IMP (1951–1953)
Parti Negara (1954–1962)

Pasangan Rafeah Abdullah (cerai)


Jamilah Osman (cerai)
Che Kah (cerai)
Datin Halimah Hussein (k. 1921)

Anak-anak Hussein Onn

Ibu Datin Roquaiya Hanim

Bapa Dato' Jaafar Haji Muhammad


Hubungan Hishammuddin Hussein (cucu)
Mohamed Noah Omar (besan)
Mohd Seth Mohd Said (besan dan menantu)
Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar)
Mohd Ghazali Mohd Seth (menantu)
Ungku Abdul Aziz (anak saudara)
Syed Hussein Alatas (anak saudara)
Syed Muhammad Naquib al-Attas (anak saudara)

(besan bermaksud hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa
sendiri)
Anugerah dan Penghormatan

Anugerah di dalam Malaysia


• Johor:
• Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) – Dato' (1940)
• Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1947)
• Perak Darul Ridzuan :
• Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) – Dato' Seri (2015), anumerta

Anugerah antarabangsa
• United Kingdom
• Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) – Sir (1953)
• 1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
• 1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan
wanita Inggeris.
• 1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia
• 1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
• 1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
• 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
• 1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
• 1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat
orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
• 1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal
dunia.
• Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
• 1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat
Leftenan.
• 1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
• 1919: Ayahnya Dato Jaafar Haji Muhammad meninggal dunia
• 1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana
membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta
• 1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku
Ismail.
• 1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
• 1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
• 1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00
setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British
mendapat pelbagai kemudahan.
• 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim
memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang
lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
• 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
• 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
• 1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
• 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
• 1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
• 1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
• 1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
• 1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai
Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
• 1949: (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan perhatian
kepada UMNO.
• 1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
• 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka
Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat
Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
• 1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
• 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan
penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
pada tahun 1955.
• 1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti Perikatan, Dato' Suleiman
Abdul Rahman
• 1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
• 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam
pilihan raya Persekutuan.
• 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Bahru.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like