You are on page 1of 19

BAPA KEMERDEKAAN

MALAYSIA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN ABDUL ABDUL HAMID HALIM
SHAH
NAMA : NUR ALYA NASUHA BT IZHAM ZUHAIRI
KELAS : 6 ZAMRUD
SEKOLAH : SK BERTAM INDAH
NAMA GURU : PN.FAIZAH. BAKAR
TAJUK : TOKOH TUNKU ABDUL RAHMAN

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan

2. Proses menuntut kemerdekaan

3. Biodata Tunku Abdul Rahman

4. Sumbangan Tunku Abdul Rahman

5. Keluarga Tunku Abdul Rahman

6. Gambarfoto

7. Penghargaan

PENGENALAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj bukanlah
nama asing bagi masyarakat negara kita, lebih-lebih lagi
dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul
Rahman Putra Al-haj merupakan seorang tokoh yang
mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayaannya.
Beliau yang mempunyai darah keturunan raja
merupakan seorang Ketua Menteri persekutuan tanah
melayu pada zaman belia u di samping memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.

Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif


dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia
kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri,
bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang
membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai
kemimpinan. Beliau amat terserlah sama ada dalam

bidang politik iaitu sebagai yang dipertua agong UMNO


atau sebagai seorang pemimpin Negara yang beribawa
dan berkebolehan dalam mentadbir Negara dan
rakyatnya. Kejayaan beliau dalam membawa
kemerdekaan untuk Negara telah mengangkat nama
beliau sebagai seorang pemimin yang unggul dan
tersohor.

Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan seorang


putera Raja dari negeri  Kedah yang  telah banyak
membuat jasa kepada bangsa dan Negara. Beliau
merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dan Malaysia yang pertama.

Beliau yang dilahirkan semasa zaman Negara dijajah


oleh inggeris telah menjalani kehidupan melalui
pengalaman dan perjuangan berasaskan pembebasan
tanah air dari cengkaman penjajah. Beliau telah
memperolehi  pendidikan awal secara formal dan
seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam
bidang undang-undang.

Kerjaya beliau bermula sebagai seorang peguam.


Beliau merupakan seorang yang memperjuangkan
kemerdekaan tanah air tanpa jemu. Pada 31 Ogos
1957 negara telah mendapat kemerdekaan hasil
daripada perjuangan beliau bersama-sama tokoh yang
lain. Seterusnya beliau berjaya menyatukan
semenanjung ,Sabah , Sarawak ,dan Singapura di
dalam Malaysia. Beliau telah Berjaya menyatukan
orang-orang melayu dan bangsa2 lain menjadi
warganegara yang memperjuangkan kedaulatan
Negara.

      Beliau juga telah memainkan peranan utama


dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan
negara-negara serantau dalam bidang politik ,
ekonomi ,dan sosial. Hasil dari perjuangannya ,beliau
juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” Negara dan
sehingga kini jasa-jasa agong beliau sentiasa
dikenang oleh bangsa Malaysia sebagai tokoh
terbilang.

Selepas beliau tidak lagi aktif dalam politik , Tunku


Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang.
Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990
pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja
Langgar , Alor Star , Kedah. 
PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

Pada tahun 1955, Tunku mengetuai rombongan ke London bagi


membincangkan kemerdekaan negara.  Beliau berjaya dalam
rundingan tersebut.  Kepulangan Tunku dari London disambut
dengan meriahnya.  Beliau mengumunkan tarikh kemerdekaan
Tanah Melayu di Melaka pada tahun 1956.   Pada tahun 1957,
Tunku Abdul Rahman membacakan dokumen pemasyhuran
kemerdekaan dari kerajaan British kepada ribuan penduduk di
Stadium Merdeka.  Laungan merdeka disorakkan sebagai tujuh
kali.  Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.  Beliau
digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN
Nama asal: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid
Halim Shah.
Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera
Al-Haj, Tunku, YAM Tunku
Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar,
Kedah.
Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala
Lumpur.
Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di
Bangkok, seterusnya diPenang Free School, di Ct.
Cathering, Cambridge University, England dan Inner
Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948).
Pengalaman Jawatan Awam:1931-Penolong Pegawai
Daerah, Kulim dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
(1935) di Langkawi, kembali ke Kulim (1938),Timbalan
Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang dan 1956 Ketua
Menteri dan akhir sekali 1957-1970 menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.
Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: dalam Seberkas,
Alor Setar, 1946- membantu menubuhkan Persatuan
United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi
jawatanYang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO
(hingga September 1970).
Kegiatan Antarabangsa: Setiausaha Agung 1 OIC-
Komanwel Negara-negara Islam(1971-1980).)
SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih


lewat daripada Soekarno. Malah bolehlah dikatakan
bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam
arena ini jika dibandingkan dengan Soekarno.
Sungguhpun demikian ternyata Tunku masih juga
dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan
cepatnya, dan pada ketika-ketikanya lebih
mengagumkan, khususnya apabila Tunku
menonjolkan isu anti Apartied Afrika Selatan di
persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika
Selatan daripada pertubuhan tersebut, maka seluruh
dunia mengutuk dasar Afrika Selatan. Dengan isu
tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia
sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara
Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara,
khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat, nama Tunku
lebih dikenali daripada negara ini sendiri. Dalam
perjuangan menentang perbezaan warna kulit,
rasanya seorang pun dalam zaman politik moden ini
tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden
Abraham Lincoln membuat peristiharan pembebasan
abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan
peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai
negarawan dunia, sedangkan Tunku Abdul Rahman
pula dalam tahun enam puluhan berjaya
menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel
kerana dasar apartied negara tersebut. Pada 31 Julai
1961, Tunku telah mengasaskan ASA yang terdiri
daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai.
Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai
oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina dibentuk. Akan
tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia
menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina
sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha
menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan
apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada
Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku
Berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui
perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan
dengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah
dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama
pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja
Faizal dari Jeddah.Tunku telah menunjukkan
kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam
memainkan peranannya digelanggang politik
antarabangsa dengan menimbulkan dan menarik
pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar
yang mesti dihadapi bersama oleh seluruh kerajaan di
negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada
kejayaan-kejayaan Tunku ialah tindakan yang keras
dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah yang
dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan
hangat oelh negara-negara lain sehingga
menyebabkan Afrika Selatan dipecat daripada anggota
Negara-Negara Komanwel. Setelah persoalan ini
dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika
Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara
yang berpegang kepada hak-hak asasi manusia.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam


usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.
Sebagai seorang pemerintah, beliau
bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun
1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam
membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

KELUARGA TOKOH

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam,


seorang wanita kacukan cina-siam yang merupakan
anak perempuan tauke lombong di Alor Setar. Beliau
dikurmiakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku
Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam
meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di kuala Nerang,Kedah.

Selepas kematian Mariam,Tunku berkahwin dengan


Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England.
Antara saksi perkahwinanya di Geylang Serai,
Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Walaubagaimanapun, tunku dititahkan untuk
menceraikan Violet oleh pemangku Raja Kedah,
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah
Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan
sekuliahnya di England, pada tahun 1939.
Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan arab
yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab
perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun,
meraka mengambil 3 anak angkat iaitu Faridah,
sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini
sorang yang berbangsa cina pada tahun 1963 dengan
rahsia dan telah mendapat 2 orang cahaya mata
perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan

Tunku Mastura.
GAMBARFOTO

Tunku Abdul Rahman


bersama Queen Elizabeth II

Kenang-kenangan tentang Tunku itu


membolehkan kita merenung sebuah
Malaysia yang pernah ada serta
sebuah masa depan yang pernah
dibayangkan oleh bapa-bapa pendiri
bangsa
Tunku Abdul Rahman
bersama Keluarga

Tunku Abdul Rahman


menjadi presiden UMNO

Tunku Abdul Rahman


memulakan tugas
sebagai penjawat awam
Tunku Abdul Rahman dan
Tuanku Muhammad bersala
dengan Ketua Menteri
persekutuan

Tunku ketika berucapan kepada


wartawan asing di Adephi Hotel,
Singapura

Tunku menaiki kapal terbang


untuk ke Singapura sebelum ke
London untuk menandatangani
perjanjian pembentukan Malaysia

Tunku menaiki kapal terbang


untuk ke Singapura sebelum ke
London untuk menandatangani
perjanjian pembentukan Malaysia
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu


penting yang banyak membantu saya sepanjang saya
menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali sekalung
penghargaan untuk guru subjek, Puan Faizah kerana
telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang
saya menyiapkan folio ini dan telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat kepada semua
pelajar untuk menyiapkan folio ini.

Seterusya terima kasih juga kepada ibu bapa saya


kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada
saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang
tak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan
saya bantuan dari segi kewangan.

Budi kalian sanggup meluangkan masa memberikan


saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir
sekali,terima kasih kpd pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung.

SEKIAN TERIMA KASIH


BAPA KEMERDEKAAN
MALAYSIA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN ABDUL ABDUL HAMID HALIM
SHAH

You might also like