You are on page 1of 15

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

( Bapa Kemerdekaan )

PERDANA MENTERI MALAYSIA - Pertama


Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara

masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang

mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan

Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana

Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam

bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin

negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan

negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam

mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun

1957.Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar,

Kedah.Baginda merupakan anak ketujuh Sultan Kedah yang ke-24 iaitu Sultan Abdul

Hamid Shah.Bonda Tunku bernama Manjalara. Beliau dibesarkan di Istana Kota Lama

atau lebih dikenali sebagai Istana Tiga Tangga.Walaupun beliau dari keluarga diRaja

namun jiwa rakyatnya tumbuh subur dan beliau lebih gemar berkawan dengan rakyat

jelata.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang

kemerdekaan.Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara

kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis

darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran.kewibawaan Tunku

yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang

utama iaituMelayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah

pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau

mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai

seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai

Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah

dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.Tunku mendapat pendidikan awal di

Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1916, selepas kemangkatan Tunku

Yusoff, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Alor Setar, Kedah.Kemudiannya

menyambung pelajaran di Penang Free School. Setelah tamat pengajian dengan

jayanya, beliau melanjutkan pelajaran ke St. Catherine College tahun 1920 dari

Cambridge University di England pada tahun 1922 hingga 1923. Di England, beliau

bersama-sama sahabat beliau iaitu Tuanku Abdul Rahman (YDPA Pertama) telah

menubuhkan The Malay Society of Great Britain. Baginda merupakan setiausaha

pertama bagi persatuan tersebut.

Pada tahun 1931 beliau kembali ke Tanah Melayu dan menjawat jawatan

Penolong Pegawai Daerah Kulim dan kemudian dipindahkan ke Kuala Nerang.Pada

tahun 1933 Tunku dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kulim. Kemudian

dipindahkan ke Pulau Langkawi dengan jawatan yang sama iaitu Pegawai Daerah

pulau Langkawi. Tanggungjawab Tunku sebagai Pegawai Daerah membuatkan beliau

lebih dekat dengan rakyat jelata khususnya sepanjang proses peninjauan hidup

masyarakat yang sangat daif.Tunku berasa sungguh insaf dan terkesan melihatkan

bangsa sendiri hidup dalam keadaan mundur dan miskin. Tahun 1931 baginda

menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini gadis berbangsa cina


berketurunan siam bernama Meriam; yang telah memeluk islam. Perkahwinan mereka

ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad

Nerang.Namun jodoh mereka tidak panjang kerana isteri kesayangannya meninggal

dunia kerana mengidap penyakit malaria.Pada tahun 1939, baginda mendirikan rumah

tangga buat kali kedua dengan Sharifah Rodziah dan kekal hingga ke akhir hayat.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 87 tahun iaitu pada 10 Disember 1990 dan

dikebumikan di Makam Diraja, Langgar.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa hayat beliau antara 31

Ogos 1957 hingga 22 September 1970 .Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj digelar sebagai Bapa Kemerdekaan adalah orang yang

bertanggungjawab berusaha memerdekakan Tanah Melayu dari cengkaman Pihak

penjajah terutama pihak British. Tanggal 31 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 malam,

Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan Merdeka dan diikuti keesokan harinya

laungan Merdeka dilaungkan sekali lagi sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka. Seluruh

rakyat Malaysia berbangga dan berasa sebak di atas kurniaan kemerdekaan ini setelah

hidup dalam penjajahan selama 450 tahun.Pengunduran Dato Onn Jaafar dari Parti

Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO) telah memberikan ruang yang

secukupnya untuk Tunku Abdul Rahman memperlihatkan kepimpinan yang dinamik dan

halatuju kepimpinan melayu ke arah yang lebih jelas dan terbuka.Tugas sebagai

pegawai daerah banyak mendidik beliau untuk menjadi seorang politik melayu yang

prihatin dengan perjuangan membela nasib bangsa melayu. Lantaran itu apabila beliau

mengambil alih jawatan Presiden Umno pada tahun 1951, beliau telah memberikan

baginda kesempatan yang baik untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu yang
dilihatnya jauh ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan. Pada Pasca

kemerdekaan, kerajaan Perikatan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-

Haj telah mengusulkan pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1961.

Pembentukan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,

Borneo Utara (Sabah) Brunei dan Sarawak telah ditentang oleh Dr. Burhanuddin dan

tokoh-tokoh radikal yang turut berada dalam Dewan Rakyat. Sebagai contoh Dr.

Burhanudin menegaskan di Dewan Rakyat bahawa konsep Malaysia yang hendak

dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan haruslah berpaksikan kepada Konsep Melayu

Raya.

Pada 29 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah melancarkan cadangan

penyatuan negeri-negeri Melayu di Singapura. Cadangan yang dikemukakan oleh

Tunku ini kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya

mendapat liputan akhbar-akhbar dalam dan luar negara dengan meluasnya.Bukan

setakat cadangan sahaja tetapi diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan

Setiakawan Melayu Raya yang dianggotai negeri-negeri seperti Persekutuan Tanah

Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang dipengerusikan Donald

Stephens.Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960,

Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah

pertubuhan untuk membantu mualaf Islam menyesuaikan diri kepada penghidupan

baru.Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum

kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan

Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama. Pada 1969 pula, Tunku

membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai


Setiausaha Agung yang pertama.Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan

Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC.Tunku juga merupakan

Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari

1982 sehingga 1988.Sumbangan Tunku kepada dunia tidak terlalu besar dan meluas

memandangkan beliau banyak menaburkan bakti dan berjasa kepada rakyat tempatan

dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajah.

Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan

dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan

rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku yakin bahawa beliau perlu menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan

rakyat.Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya.Setelah

dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan

bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk

menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.Oleh yang

demikian, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA.

Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52

kerusi Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai

gabungan ini.

Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul

Rahman.Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan

kepada kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum

sudah sedia untuk merdeka.Tunku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk


mendapatkan pilihan majoriti.Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu

tanpa mengira penat dan lelah.Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan

memenangi pilihan raya itu.Beliau seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke

London pada tahun 1956 untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan

sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian

masyarakat di seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku

telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura,

Sabah, Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.

Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6

Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan

Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan

menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tunku juga diberitakan adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok

bandingannya.Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan

negara ini sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi

akan datang. Beliau harus diberi penghargaan yang tinggi atas jasa dan pengorbanan

beliau sebagai seorang manusia, seorang negarawan, seorang pembela bangsa

Melayu, seorang yang bertimbang rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang

bukan Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi

pemimpin negara.Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam

sejarah lipatan kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya
rakyat negara ini akan terus menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang

berwibawa dan berjiwa rakyat.

Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia

87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf Istiadat

Pengebumian Negara kepada beliau.Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah

diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan

Parlimen, Kuala Lumpur.Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai

Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan

Sultanah Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan

ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir

oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju

makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu

kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
Tun Abdul Razak

( Bapa Pembangunan )

PERDANA MENTERI MALAYSIA - Kedua


Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein atau Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa

Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya kerana jasa dan sumbangan

beliau untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau

dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Tun Razak

merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt

Daud. Beliau telah dilantik untuk menggantikan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2 pada tahun 1971. Sepanjang perkhidmatannya

sebagai anggota kerajaan, beliau telah banyak memberikan sumbangan khasnya

dalam pembangunan negara dan luar bandar. Beliau meninggal dunia sewaktu masih

berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.

Sumbangan dalam pendidikan Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun

Abdul Razak bin Dato Hussein telah banyak memberikan sumbangan antaranya dalam

bidang pendidikan. Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah

Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri

Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut

adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan

perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular

Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat

yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai

kaum. Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak

pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina

sebuah bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama. Penyata Razak telah mengemukakan


dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama

untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau

menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan

negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara Tun Abdul Razak

bin Dato Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga turut

memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah membawa

perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang

moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau

mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas

komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat',

iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada

tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan

Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada

13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya

umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat

diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan

mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah

MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. Sumbangan dalam pembangunan

masyarakat luar bandar Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar

Bandar telah ditubuhkan di bawah Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Kementerian ini

telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan


pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA dan MARA (dahulunya

RIDA) telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan

ekonomi di kawasan luar bandar. Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah

memperuntukkan 44.5% daripada bajet keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi

pembangunan ekonomi.

Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi

buta huruf di kalangan tiga juta rakyat. Tun Abdul Razak telah mengumumkan

rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara pada 24 Oktober

1960. Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka yang tidak

mempunyai tanah sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah

dibawah pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah

rancangan yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut

telah menjadi asas kepada kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar. Beliau juga

mengumumkan penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan

Penyatuan Tanah Persekutuan pada 20 September 1964. Penubuhan FELCRA adalah

sejajar dengan hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di negara

ini. Melalui dasar tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dapat

dilaksanakan. Beliau juga bertanggungjawab merangka program pembangunan luar

bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan

prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak

tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air

manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan.


Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang

meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. Sumbangan Tun

Abdul Razak yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan

beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu,

Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan

negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga

1990. Beliau sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-

ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku

Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.

Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu

memutuskan rantaian kemiskinan. 'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada

21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan

antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat

utamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan mennghapuskan

identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum. Di era Tun Abdul Razaklah

bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan

'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan

Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya

tidak secara kolektif dan pragmatik. Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua

merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu

20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus
mencapai 30% di akhir tempoh itu. Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB

ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah

dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga

hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di

dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak

kelapa sawit.

Selain itu terdapat beberapa agensi lain yang ditubuhkan untuk membantu

penduduk di kawasan luar bandar ialah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN),

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah atau RISDA dan Lembaga Pertubuhan Peladang. Justeru bagi memastikan

matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun Abdul Razak

telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974. Tujuan utama

rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan. Rancangan ini

menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi

pertanian. Antara program yang diatur ialah menggalakkan tanaman jangka pendek,

iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang tanah, sekoi, jagung, ikan air

tawar, memelihara kerbau, lembu dan sebagainya. Sumbangan dalam perpaduan

masyarakat Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa

rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri

permasalahan yang rakyat alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak

berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya

kolonial di kalangan pentadbir Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun

Abdul Razak telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara


merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk

sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan

progresif.

Sumbangan dalam arena politik antarabangsa Di arena antarabangsa, Tun Abdul

Razak bin Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding

dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke

atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan

Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah

mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika

Syarikat. Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah

mengubah dasar luar yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar berkecuali

dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul

Razak menjadi kenyataan apabila semua negara ASEAN bersetuju untuk menjadikan

rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN melalui Deklarasi

Kuala Lumpur pada tahun 1971. Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara

China bagi mendapatkan sokongan kuasa besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu,

Tun Abdul Razak telah menghantar Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan

perdagangan ke China pada bulan Mei 1971. Kejayaan dalam bidang perdagangan

telah memberi impak kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua negara apabila

China menyokong cadangan mewujudkan ZOPFAN.

You might also like