You are on page 1of 7

TUN HUSSEIN ONN

THOUGHT OF NATION LEADER

NAMA PENSYARAH: TUAN UJUD BIN PABIL


NAMA AHLI KUMPULAN:
PUTRI NOR HANI BINTI HASNI
SAZUL
SYAIRAH
AMEER

PENGENALAN
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 29
Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang
berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan
sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk
bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya
dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak kepada
Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama Datin
Halimah Hussein.

LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura,
kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English
College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas
persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet
pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurst di Dehradun, India

Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar
apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan
Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri
dari UMNO, beliau kemudianyannya menyertai bapanya keluar dari UMNO dan
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan
kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang
baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England
dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

SUMBANGAN
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila
dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran
beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah
seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis
Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO
berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia,
beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke
rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.
Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari,
beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15
Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi
jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan
agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya
dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif
tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep
Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu, rantau di Asia Tenggara telah menjadi
gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan

KELEMAHAN

KESIMPULAN
Beliau adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan
yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang
teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan
telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan
mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan
kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan komentar
dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Beliau adalah seorang negarawan yang disegani dan
dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam
sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang
Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara
berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh
ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah
mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir
dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussei
n_Onn
Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed.,
1984). Without Fear or Favour, m.s.
38. Eastern Universities Press.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussei
n_Onn

You might also like