You are on page 1of 1

BAPA PERPADUAN MALAYSIA

Tun Hussein Onn lahir pada 1 Februari 1922 di Johor Bahru.


Bapanya ialah Dato Onn bin Jaafar iaitu pengasas UMNO.

Tun Hussein Onn mendapat pendidikan awal di English College,


Johor Bahru. Beliau membesar dalam suasana perang sehingga
mendorongnya memasuki Maktab Tentera British di India. Sekembalinya
ke tanah air, beliau telah dilantik sebagai komandan polis.

Tun Hussein Onn memasuki dunia politik dan telah memegang


jawatan Ketua Pergerakan UMNO yang pertama. Pada masa itu, beliau
hanya berusia 28 tahun. Beliau juga telah lulus pengajian undang-undang
dari Lincolns Inn, England pada tahun 1958.

Justeru itu, beliau telah membuka firma guaman sendiri dan


menyertai UMNO semula pada tahun 1964. Pada September 1970, beliau
telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Dan pada 8 Ogos 1973, beliau
telah memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas
kematian Tun Dr. Ismail.

Kerjaya politiknya cerah apabila dilantik menjadi Timbalan Perdana


Menteri pada 13 Ogos 1973 sehinggalah beliau menjawat jawatan
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari 1976. Namun,
beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai
1981.

Dalam sejarah, Tun Hussein Onn dikenang sebagai Penyambung


Warisan yang Terbilang . Beliau juga digelar sebagai Bapa Perpaduan
kerana Berjaya memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat
majumuk di Malaysia.

You might also like