You are on page 1of 2

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH TUN DR ISMAIL

2012

Latar belakang
Tun Dr Ismail dilahirkan pada (4 November 1915 - 2 Ogos 1973 di Johor Bharu). Beliau dari keluarga elit, berada dan banyak harta.Bapanya DatoAbdul Rahman bin Mohd Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Bapanya pernah menjadi Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Pendidikan
Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar,(dulu dikenali sebagai English College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.

Jawatan semasa hayat


Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951. Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. kedua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH TUN DR ISMAIL


2012

sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak. Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN) dan meminta Tun Dr. ismail sebagai Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Tun Dr. Ismail kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973. Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970. Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents." Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan di situ.

Meninggal dunia
Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.

Kata-kata
Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah ' Jangan sapu ke bawah permaidani'. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Penghormatan

Pidato Tun Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati Tun Dr. Ismail. Pidato ulung diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974. Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur dinamakan untuk memperingati beliau. Kolej Tun Dr Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau. Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat diberi nama sebagai memperingati jasa beliau.

You might also like