You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANIS

26700 MUADZAM SHAH

KERTAS KERJA
_________________________________________________________________

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE
UNIVERSITI PERTAHANAN NEGARA MALAYSIA
(UPNM)
_________________________________________________________________________

Anjuran :
UNIT PENGAWAS DAN DISIPLIN
SMK CHANIS

Pada :
14 JUN 2014
(SABTU)

Tema :
RANCANGLAH KERJAYA ANDA DENGAN BIJAK

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE UNIVERSITI PERTAHANAN MALAYSIA
1.0

TAJUK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIVERSITI PERTAHANAN NEGARA MALAYSIA
(UPNM)

2.0

PENGENALAN
Unit Pengawas dan Disiplin SMK Chanis merupakan satu badan khidmat sokongan
kepada pihak pentadbiran sekolah. Peranannya amat penting dalam membantu
pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan
lancar. Namun begitu, peranan murid-murid yang terlibat masih perlu dimantapkan
lagi agar ia mampu bergerak aktif ke arah matlamat asal penubuhannya dengan
menggerakkan kepimpinan daripada kalangan ahlinya. Justeru ,dengan lawatan
sambil belajar ini diharapkan dapat memberi motivasi, kesedaran dan pengalaman
baru kepada kepada peserta.

3.0

OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada peserta suasana pembelajaran di UPNM.
2. Menanam minat peserta terhadap bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan.
3. Mendedahkan peserta kepada disiplin yang perlu ada pada seorang pemimpin
dan insan yang cemerlang.
4. Merapatkan ukhwah sesama peserta.

4.0

JUSTIFIKASI
Dengan terlaksananya program seperti ini, ia menjadi salah satu usaha bermakna
Unit Pengawas dan Disiplin SMK Chanis dalam membentuk semangat dan jati diri
dalam kalangan peserta. Malah, program yang terlaksana juga sedikit sebanyak
dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan disiplin murid untuk terus
belajar mengejar cita-cita ke menara gading.
Hal ini membuktikan bahawa ilmu itu sangat penting dan mampu mengubah
kehidupan seseorang. Pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Kepelbagaian proses
pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas boleh mendorong murid menimba

sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar
teori sahaja.
5.0

MAKLUMAT PROGRAM
5.1

Tarikh
14 JUN 2014

5.2 Hari
SABTU
5.3 Tempat
UPNM

6.0

BENTUK PROGRAM
Lawatan dan Taklimat
Program ini melibatkan lawatan di beberapa lokasi di UPNM dan mendengar
taklimat daripada urusetia. Peserta / murid juga akan mengikuti lawatan ke UPNM
serta mendengar taklimat daripada pihak UPNM.

7.0

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam program ini adalah seramai 36 orang
pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

8.0

TENTATIF PROGRAM
TARIKH

SABTU
14 Jun 2014

MASA
5.00 pagi
6.30 pagi
7.00 pagi
9.00 pagi
9.20 pagi
9.40 pagi
10.30 pagi
12.30 tengahari
2.00 petang
2.30 petang
3.30 petang
7.00 petang

AGENDA/TEMPAT YANG AKAN DILAWATI


Bertolak ke UPNM
Solat Subuh jamaah di Serting
Bertolak ke UPNM
Tiba di UPNM
Taklimat dari pihak UPNM
Lawatan di sekitar UPNM
Aktiviti bersama pelajar UPNM
Makan tengahari dan solat zuhur di UPNM
Bertolak ke Putrajaya
Tiba di Putrajaya
Bertolak balik ke SMK Chanis
Tiba di SMK Chanis

9.0

KEWANGAN DAN ANGGARAN


BIL
1
2
3

10.0

JUMLAH
RM30 x 36 = RM 1080.00
RM30 x 4 = RM120.00
RM500.00
RM 1700.00

PERBELANJAAN
BIL
1
2
3
4
4
6
7
8

11.0

SUMBER KEWANGAN
Kutipan pelajar
Sumbangan Guru
Sumbangan Unit Pengawas
JUMLAH

PERBELANJAAN
Pengangkutan
Makanan dan minuman (sarapan pagi)
Makanan dan Minuman (makan tengahari)
Barang Runcit
Roti
Air mineral
Sijil dan cenderamata
sijil
JUMLAH

JUMLAH
RM900.00
RM 5 x 36 = RM 180.00
RM 7x 36 = RM 252.00
RM 122.80
RM0.60 x 72 = RM 43.20
RM7.00 x 6 = RM 42.00
RM140.00
RM20.00
RM 1700.00

AHLI JAWATANKUASA
Penaung
Penasihat 1
Penyelaras

:
:
:

Guru Pengiring

Pengerusi Lawatan
Setiausaha
Bendahari
AJK Pengangkutan

:
:
:
:

AJK Keselamatan

AJK Makanan

AJK Kebersihan

En. Kamsani Tuah bin Mujir (GPK 1)


En. Mohd Sofi bin Zainal Abidin (GPK Kokurikulum)
Pn. Mazlina Binti Isa
(Penyelaras Program)
En. Zulhaizak bin Abdul Aziz
En. Mohd Ridwan bin Mazlam
Cik Azirawati binti Zakaria
Cik Siti Normarliana bint Mohd Johaini
Mohamad Ali bin Ariffin
Nor Azwa binti Ishak
Wan Nur Najwa Aliah Bt Wan Jusoh
Mohd Khier Bin Mohd Sabri
Khairil bin Safri
Mohamad Amirul Shafieq Bin Mohd Halimi
Nor Adida Zulaika binti Ahmad Suib
Aishah Binti Ahmad
Normazni Binti Sabri
Mohammad Fakhri Bin Ismail
Suhailah Binti Ismail

12.0

PENUTUP
Semoga kertas cadangan ini mendapat perhatian daripada pihak sekolah
dalam usaha melahirkan pelajar yang menyintai ilmu . Dengan harapan semoga
ekspedisi ini akan menjadi projek tahunan bagi Kelab Kembara dan pelancongan
saban tahun. Justeru, segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi menerusi
aktiviti ekspedisi dan lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka
demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mudahmudahan objektif program untuk melahirkan pelajar yang cergas dan dinamik dapat
dilahirkan Oleh yang demikian, diharapkan kertas kerja ini akan mendapat sokongan
daripada pihak pentadbiran sekolah dan program ini mencapai objektifnya.

Disediakan oleh :

..
Pn. Mazlina Binti Isa
Penyelaras Program

Disahkan oleh :
..
En. Kamsani Tuah bin Mujir
GPK 1

SMK Chanis

13.0

STRATEGI PELAKSANAAN

Bil

Tindakan

Mei

Jun

1.

Menyediakan perancangan strategik dan pelan


operasi

2.

Melantik AJK pelaksana program

3.

Membuat kertas kerja program

4.

Menghantar surat makluman program kepada PPD


dan JPN

5.

Menghantar surat kepada pihak UPNM dan


Politeknik

6.

Mengedarkan surat kebenaran dan pelepasan


keluar kepada penjaga

7.

Mengutip bayaran yuran program daripada para


peserta

8.

Mesyuarat pelaksanaan program

9.

Membuat lawatan

10.

Menyediakan laporan program

You might also like