You are on page 1of 7

1.

ANUGERAH IKON KOKURIKULUM 2023- DURGASIRI A/P SITHAN

Anugerah Ikon Kokurikulum pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat aktif,
berketrampilan, berdedikasi dan suka membantu orang lain. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah
keluarga yang penuh kasih sayang. Beliau dilahirkan pada tanggal 2 Februari 2007. Merupakan
anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Bapa beliau, Encik Sithan a/l Sengodan merupakan
pejuang yang cintakan tanah air, adalah Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia. Setia menemani
perjuangan bapanya adalah ibu beliau yang bernama Puan Arasi a/p Subramaniam, seorang suri
rumah. Hobi ketika masa lapang adalah bermain badminton dan idola beliau juga merupakan atlit
Badminton negara iaitu Thinaah.

Ikon Kokurikulum ini menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau merupakan
Pengawas sekolah bagi sesi 2021, 2022 dan 2023. Selain daripada itu, beliau menyandang jawatan
sebagai Naib Pengerusi Kadet Remaja Sekolah sehingga mendapat gelaran Pegawai Waran 1,
Naib Pengerusi Kelab Olahraga, Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah dan Naib Pengerusi
Rumah Sukan.

Berpegang kepada prinsip “Be Yourself and Learn How To Handle Failure”, beliau mempunyai
cita-cita yang murni iaitu menjadi seorang Pegawai Polis yang sedia berkhidmat demi keamanan
negara tercinta. Beliau juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam bidang kurikulum
dengan mendapat tempat ke-4 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Manakala dalam bidang
kokurikulum, murid ini telah menyertai Pertandingan Badminton MSSD dan Pertandingan
Merentas Desa MSSD. Selain daripada itu, beliau pernah menjadi Pembantu Teknikal dalam
Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah peringkat Negeri dan telah menjalani Kursus
Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah.

Antara pencapaian terbaik beliau dalam sukan ialah:


1. Johan Lompat Jauh MSSD
2. Johan Lompat Jauh dan Naib Johan acara 200 meter sukan sekolah
3. Johan Pertandingan Kompas dan Orientering Negeri
4. No. 4 Pertandingan Solar Oven

Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi
impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai IKON KOKURIKULUM TAHUN 2023. Murid yang
dimaksudkan ialah DURGASIRI A/P SITHAN.
2. ANUGERAH IKON AKADEMIK 2023- TING JIA YI

Murid ini merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik-beradik. Mempunyai cita-cita untuk
menjejakkan kaki ke menara gading dan menjadi seorang Doktor. Beliau dilahirkan pada 30
Oktober 2006. Hobi beliau pula suka membaca buku cerita. Idola yang diminati beliau ialah Dr.
Amalina Che Bakri. Beliau mengaku adalah seorang “Ambivert”, beliau seorang yang berkarisma
dan mempunyai ketegasan dalam diri, sesuai dengan prinsip yang dipegang iaitu “Self-Belief and
Hardwork Will Always Earn You Success”.

Ikon Akademik ini adalah anak kepada Encik Ting Diew Sing yang merupakan seorang Pereka
Hiasan dalaman dan Puan Sia Su Mei ibu beliau pula merupakan seorang guru. Beiau merupakan
seorang Penolong Ketua Pengawas Sekolah yang amanah dan bertanggungjawab sejak dari tahun
2022.
Murid ini bergiat cergas dan aktif dalam bidang Sains dan telah menyertai pertandingan dalam
Karnival STEM.

Beliau seorang yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran. Antara tips yang diamalkan
beliau semasa mengulangkaji pelajaran adalah mengambil masa untuk berehat dan merancang
masa dengan baik serta selalu membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sikap menghormati guru
serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan sebagai IKON AKADEMIK TAHUN 2023. Murid
yang dimaksudkan ialah TING JIA YI.
3. ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2022- LING YUEN EN

Beliau dilahirkan pada 26 Mei 2002 di Hospital Seri Manjung. Merupakan anak ketiga
kepada pasangan Dr. Ling Jiong Ming & Dr. Ngo Siuk Yung. Beliau amat minat dengan
mata pelajaran Matematik Tambahan dan Fizik. Cita-cita beliau adalah menjadi seorang
Jurutera Komputer. Berpegang kepada prinsip “Never Give Up, Try Until The Ends” beliau
telah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2022 dengan mendapat 9A. Beliau
sedang melanjutkan pelajaran sebagai MUFY Student (Monash University Foundaion Year)
di Sunway College.

Di sebalik personaliti yang pendiam, rajin belajar, sentiasa fokus kepada pelajaran dan
aktif dalam akademik anak kepada kedua-dua orang doktor ini membesar menjadi seorang
anak yang begitu aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. Beliau terbukti sangat
cemerlang dan mendapat CGPA 82.7 bagi PAJSK. Beliau juga kerap kali dipilih mewakili
sekolah dalam sukan yang diminatinya iaitu Ping Pong.

Antara penglibatan dan kejayaan yang telah dirangkul oleh beliau adalah:
1. Johan Daerah Karnival Sains & Teknologi Periuk Solar
2. Johan Daerah Pertandingan Kuiz Sejarah
3. Tempat Ketiga Ping Pong MSSD
4. Tempat Keempat Pertandingan Catur MSSD
5. Johan Pertandingan Esei Bahasa Inggeris peringkat sekolah
6. Pengerusi Persatuan ISCF
7. Johan Daerah Pertandingan Kuiz ISCF
8. Pengerusi Kelab Ping Pong
9. Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
10. Bendahari Rumah Sukan

Beliau juga merupakan Pengawas Sekolah . Ketiadaan beliau dalam sukan Ping Pong akan menjadi
satu kehilangan besar kepada pasukan sekolah ini. Jasa dan bakti beliau telah melayakkan beliau
dipilih sebagai TOKOH KOKURIKULUM TAHUN 2022. Sekalung penghargaan dan tahniah kami
ucapkan kepada Dr. Ling Jiong Ming dan Dr. Ngo Siok Yung atas pencapaian cemerlang LING YUEN
EN. Terima kasih kerana telah banyak mengharumkan nama sekolah.

4. ANUGERAH TOKOH AKADEMIK 2022- TEEVESHWAR A/L ULAGA NATHAN

Dilahirkan pada 26 Oktober 2005 anak cemerlang ini merupakan anak pertama bagi pasangan
Encik Ulaga Nathan a/l Kummarasamy dan Puan Khalaiwani a/p Govindasamy. Ayah beliau
merupakan seorang Pemandu Lori manakala ibu beliau seorang Suri Rumah. Hobi beliau adalah
bermain bola sepak. Albert Einstein menjadi idola beliau dengan berpegang kepada prinsip
“Sukses Adalah Dari Jumlah Upaya Kecil Yang Diulangi Hari Demi Hari”. Daripada prinsip beliau
ini dapatlah kita lihat betapa beliau merupakan seorang yang konsisten dan rajin berusaha dalam
meraih kejayaan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ini telah terbukti
daripada upaya kecil yang beliau amalkan dan diulangi setiap hari membuahkan hasil apabila anak
ini cemerlang dalam Peperiksaan SPM yang lalu dan telah mendapat 11A. Kini, beliau sedang
melanjutkan pelajaran di Matrikulasi dalam bidang Sains.

Anak ini membesar menjadi seorang murid yang begitu hebat dalam bidang akademik. Sering kali
mendapat tempat terbaik di dalam kelas, beliau bercita-cita untuk menjadi Doktor. Beliau yang
mudah mesra dan peramah ini juga seorang yang sangat menonjol dari segi kepimpinan. Tidak
hairanlah jika beliau dipilih sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi 2020, 2021 dan 2022. Beliau juga
diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan lain seperti Bendahari Lembaga
Pengawas. Kebijaksanaan beliau dalam akademik terbukti apabila menjadi Johan dalam
Pertandingan Kuiz Sejarah peringkat Daerah. Selain daripada itu, beliau juga menjadi Naib Johan
Pertandingan Water Rocket, Naib Johan lari 400 meter di sekolah dan Tempat Ke-7 Merentas
Desa daerah Manjung.

Tahniah kami ucapkan kepada Encik Ulaga Nathan dan Puan Khalaiwani atas kejayaan anak hebat
ini. Seisi warga sekolah pastinya akan merasai kehilangan beliau. Terima kasih atas segala jasa dan
bakti beliau terhadap sekolah, anda selayaknya menerima ANUGERAH TOKOH AKADEMIK TAHUN
2022, TEEVESHWAR A/L ULAGA NATHAN!!!
5. ANUGERAH TOKOH MURID 2022- SIVANATAN A/L KALIDAS

Tersebutlah kisah sebuah cerita


Seorang putera lahir ke dunia
Menjadi harapan ayah dan bonda
Semoga berjaya kelakmu jua

Tanggal 14 November 2005 bergemalah tangisan si kecil seorang putera yang amat dinantikan
kehadirannya. Beliau merupakan putera kepada pasangan Encik Kalidass a/l Raman dan Puan
Paraniammal a/l Subramaniam. Beliau adalah anak ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Beliau
dididik dengan penuh kasih sayang oleh ayah, ibunya dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Pekerjaan ayahnya sebagai seorang Mekanik mempengaruhi sikap dan kelakuannya. Didikan ayah
dan ibu yang penuh dengan disiplin menjadikan beliau seorang anak yang mudah diasuh dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Besar harapan mereka agar dewasa kelak putera mereka ini akan
menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kehadirannya di sekolah ini amat bererti. Bermulalah langkahnya mengorak kejayaan demi
kejayaan. Beliau telah menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Sepanjang 5 tahun di sekolah ini bermula dari tingkatan 1, keputusan setiap
peperiksaan yang diambil amat membanggakan. Kecemerlangannya juga terserlah dalam bidang
kokurikulum. Beliau sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah.

Antara pencapaian dan kejayaan yang membanggakan pernah beliau peroleh ialah:
1. Johan Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu peringkat Sekolah
2. Naib Johan Pertandngan STEM ONLINE Challenge peringkat Sekolah
3. Johan Pertandingan Senior Coding Challenge peringkat Daerah
4. Johan Pertandingan Green Cooker Challenge peringkat Daerah
5. Silver Award Young Scientist Challenge peringkat Negeri Perak
6. Naib Johan Pertandingan Science Craft peringkat Negeri Perak
7. Johan Kuiz Chem Fest 2020anjuran ACS Malaysia Chapter peringkat Kebangsaan
8. Pemenang Asean National Quiz 2022 peringkat Kebangsaan
9. Johan LiteratureOnline Game 2020anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman peringkat
Kebangsaan
Selain itu, penglibatan dalam bidang lain juga boleh dibanggakan. Beliau pernah menyertai dan
menjadi peserta Hari Sukan Negara peringkat Kebangsaan tahun 2022, peserta “National Book
of Records” untuk “The Longest Non-Stop Mathematics Seminar-14 hours & 30 min” tahun 2021,
peserta Virtual Run peringkat Kebangsaaan 2021, peserta Kuiz Pengakap Malaysia 2020, peserta
Drone Edu Challengeperingkat Kebangsaan 2021 dan peserta Pertandingan E-Activ Ramadhan
MSSPK 2022.

Bintang tujuh sinar berseri


Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa

Jawatannya sebagai Ketua Pengawas, Editor In-Chief Majalah Sekolah, Pengerusi Kelab Softball,
AJK Bulan Sabit Merah Malaysia dan Naib Pengerusi Persatuan STEM, telah berjaya mendidiknya
menjadi pemimpin yang berwibawa. Ketokohan beliau dalam memimpin menjadikan beliau
dihormati dalam kalangan kawan-kawan dan disayangi oleh guru-guru.

Hobi beliau ialah suka membuat inovasi dan robotics seiring dengan cita-cita tinggi untuk menjadi
Jurutera Aerospace yang ingin menjejakkan kaki ke NASA sebagai Saintis Roket ini sentiasa
menunjukkan sahsiah yang baik walau di mana sahaja beliau berada. Di sebalik sikapnya yang
lemah lembut itu beliau adalah pengawas yang tegas semasa menjalankan tugas, seorang yang
aktif, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penyabar dan seorang yang bijak. Dengan segala
kesungguhan yang ada idola beliau ialah Dr. APJ Abdul Kalam. Berpegang kepada prinsip
“Education Is The Most Powerful Weapon To Change The World” beliau telah membuktikan
dengan kejayaan meraih 9A dalam Peperiksaan SPM yang lalu. Kini, beliau sedang menyambung
pelajaran dalam bidang Sains di Matrikulasi.

Semoga beliau akan meneruskan kecemerlangan walau di mana beliau berada. Semoga beliau
akan terus berusaha dalam hidupnya dan memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam setiap
bidang yang diceburi di masa akan datang. Semoga kejayaan dan dedikasinya akan menjadi contoh
dan teladan kepada murid-murid lain. Pihak sekolah dan guru-guru sentiasa akan mendoakan
kejayaannya di masa mendatang. Semoga apabila dewasa nanti diharapkan beliau akan dapat
berbakti untuk agamanya, bangsanya, negaranya dan kedua ibu bapanya yang telah banyak
berkorban untuk beliau. Sesungguhnya kejayaan bagi seorang guru itu apabila setiap anak
didiknya berjaya dengan caranya sendiri. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda. Dengan segala
kesungguhan yang ada beliau telah dianugerahkan sebagai TOKOH MURID TAHUN 2022. Tahniah
diucapkan kepada SIVANATAN A/L KALIDASS. Dengan ini majlis dengan berbesar hati menjemput
dan mempersilakan wakilnya Encik Kalidass a/l Raman dan Puan Paraniammal a/l Subramaniam
ibu dan bapa kepada SIVANATAN untuk tampil menerima anugerah bagi pihak anaknya.

You might also like