You are on page 1of 3

TEKS MAJLIS PENUTUP KEM KEPIMPINAN PERDANA 2019

Yang Berusaha Ustaz Ibrahim bin Ismail..Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK.Kompleks Tembesu
Yang Dihormati Guru-guru Penasihat, Barisan Fasilitator serta rakan-rakan peserta kem yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis kita pada petang ini,marilah sama-sama kita membaca ummul kitab, Al Fatihah

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pada tahun ini sekali lagi kita
dapat berkumpul dalam surau At taqwa ini bagi menjayakan Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pelajar
bagi tahun 2019 ini.

UCAPAN WAKIL PELAJAR / FASILITATOR

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis kita dimulai dengan ucapan yang akan disampaikan oleh saudara

.........................................................bagi mewakili peserta-peserta kem kepimpinan pelajar / selaku


ketua fasilitator …bagi tahun 2019….dipersilakan.

Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh wakil peserta ketua fasilitator kem kepimpinan
pelajar.Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan dan perasmian penutup kem kepimpinan perdana pemimpin
pelajar bagi tahun 2019 yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ibrahim bin Ismail ..selaku
Guru Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Tuan Pengetua SMK.Kompleks Tenmbesu untuk
menyampiakan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustz Ibrahim bin Ismail atas kesudian menyampaikan
ucapan perasmian penutup itu tadi.
Seterusnya pula ialah majlis penyampaian sijil penyertaaan dan Penghargaan kepada wakil peserta kem.
Dan juga barisan fasilitator

Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Usz Ibrahim bin Ismail ..Guru Penolong
Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta kem dan juga
kepada barisan fasilitator..dipersilakan

PESERTA

1. Dipersilakan saudara/ Muhamad Arif farhan bin Ikramah.. selaku Ketua Pengawas Sekolah untuk
menerima sijil penyertaan bagi mewakil Badan Pengawas sekolah …dipersilakan

2.Seterusnya dipersilakan pula saudara Rudy Haqeemi bin Baharudi selaku Ketua Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah (PRS) untuk menerima sijil penyertaan bagi mewakil PRS sekolah …dipersilakan

2.Seterusnya pula dipersilakan saudara …………………………………….selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber


Sekolah (PSS) untuk menerima sijil penyertaan bagi mewakil Pusat Sumber Sekolah (PSS) …dipersilakan

FASILITATOR

Seterusnya pula ialah penyampaian Sijil penghargaan dan cenderamata kepada para fasilitator.

Untuk itu dipersilakan (1-19):-

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Utz Ibrahim bin Ismail atas kesudian menyampaikan sijil
penyertaan dan penghargaan kepada para peserta dan barisan fasilitator itu tadi

Dengan selesainya majlis penyampaian sijil itu tadi,maka majlis kita tiba ke penghujungnya…bagi
mengakhiri majlis,marilah kita sama-sama MENGAMINKAN DOA yang akan dipimpin oleh saudara

…………………………………………………………..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara …………………………………………………..atas bacaan doa itu tadi

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara lanfgsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan kem kita pada tahun ini.Semoga bersua kembali pada masa-
masa akan datang……….majlis diakhiri dengan serangkap pantun…terimalah
Berakhir sudah majlis kita,
Moga bersua tahun hadapan
Andai ada tersasul kata
Salah silap mohon dimaafkan

Sekian dulu dari kami…Assalamualaikum w.b.t

Selepas ini semua peserta bolehlah berwudhuk untuk solat zohor berjemaah.

You might also like