You are on page 1of 3

1

1 Bacaan Doa

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
________________________________________________ dipersilakan Ustaz.

Amin-amin ya rabal alamin. Terima kasih diucapkan
kepada_______________________________ Atas bacaan doa yang telah disampaikan
sebentar tadi.

2 Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat dating
Awal BismilLah pembuka bicara

Yang berusaha
GB SK Peserai - Tn Hj Md Khirom B Abdul Rahman
Yang dihormati
GPK 1 - Pn Saodah Bt Ahmad
GPK Hem - Pn Salimah Bt Abdul Rahman
GPK KO-Ko - En Mohd Noor B Makpol
Yang diraikan
1. Ustaz Mohd Fathi B Misran
2. Pn Aryanti Bt Aman
3. Cik Nik Nurbazlin Bt Mohd Mustafa
Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

3 Kata-kata aluan pengacara majlis

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah rahmat-Nya pada hari yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-
sama berkumpul bagi meraikan Majlis Perpisahan sempena kenaikan pangkat serta
perpindahan guru SK Peserai :
2

1. Ustaz Mohd Fathi B Misran
2. Pn Aryanti Bt Aman
3. Cik Nik Nurbazlin Bt Mohd Mustafa.
Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu untuk membalas segala keringat
dan jasa yang diberikan oleh mereka terhadap sekolah ini.

4 Sebagai pembuka acara ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Pengerusi
Badan Kebajikan guru En ____________________________ untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi badan kebajikan guru atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

5 Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Md Khirom B Abdul Rahman GB SK Peserai ,
untuk menyampaikan ucapannya, dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi badan kebajikan guru atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

6 Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

1.Seterusnya, marilah sama-sama kita dengarkan ucapan daripada Yang Diraikan iaitu
Ustaz Mohd Fathi B Misran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fathi
B Misran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

2.Seterusnya majlis mempersilakan Pn Aryanti bt Aman , untuk menyampaikan
ucapannya.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Aryanti Bt
Aman atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

3. Kita teruskan upacara ucapan dengan mempersilakan Cik Nik Nurbazlin Bt Mohd
Mustafa, untuk menyampaikan ucapannya, dipersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Nik Nurbazlin
Bt Mohd Mustafa, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

3

7 Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Haji Md Khirom B Abdul Rahman di iringi oleh En Yahya B ,
untuk untuk menyampaikan cenderhati tersebut.

Maljis mempersilakan
1. Ustaz Mohd Fathi B Misran
2. Pn Aryanti Bt Aman
3. Cik Nik Nurbazlin Bt Mohd Mustafa.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Guru Besar dan yang diraikan atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi.


8

Duhai sahabat yang diraikan, sebaik sahaja dikau beredar dari sekolah ini, maka
terbukalah pintu rindu dihati kami. Selamat menerusan kehidupan. Mungkin budi mu
yang tumpah di sini, Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang
dikau sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terima kasih dari
sudut hati yang terdalam .

Seterusnya diminta semua murid beratur untuk bersalam-salaman dengan guru yang
diraikan..

You might also like