You are on page 1of 5

Hari yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna


Kami bawakan kepada anda Jamuan Akhir dan Majlis Perpisahan Ustazah Norhani dan
Cikgu Farizah Binti Saharani, guru - guru wibawa kesayangan warga SK Pagar Museh.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha,
Pn Noorhasliza Binti Hashim,
Guru Besar SK Pagar Museh

Yang Dihormati,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Ustaz Yamin Bin Nawi

Penolong Kanan Kokurikulum,


Tn Haji Azim Bin Azmi,

seterusnya rakan – rakan guru dan rakan staf sekalian.

Selamat datang ke :
Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Yang Diraikan,
Ustazah Norhani dan Cikgu Farizah, guru – guru wibawa kesayangan warga SK Pagar
Museh.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

1
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Noorhasliza Binti
Hashim, guru besar SK Pagar Museh untuk menyampaikan ucapannya. Majlis
mempersilakan.

Demikian tadi ucapan daripada Tuan Guru Besar, SK Pagar Museh.

Biodata kak hani

Raut wajah penuh ketenangan,


Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu puan tetap dikenang,
Budimu pula tetap disanjung 

Menjunjung kasih buat yang diraikan,


Izinkan saya membaca sedikit biodata diri.

Tanggal 15hb Disember 1971, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Kampung Pokok
Sena Kedah. Beliau merupakan cahaya mata pertama daripada lapan orang , bagi tambatan hati
pasangan bahagia Encik Romli Bin Mohd dan Puan Rokiah Binti Samsu.

Mendapat  pendidikan awal darjah satu di Sekolah Kebangsaan Alor Janggus. Berpindah ke  SK
Keratong 2 Pahang menjadi anak peneroka felda ketika Darjah dua.
Meneruskan pendidikan  di SMK Agama Al Attas, SMK Tinggi Sultan Abu Bakar

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…


Beliau terus mendapat tawaran ke Maktab Perguruan Kota Bharu Kelantan dalam bidang
Pengajian Agama Islam.

Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian hidup beliau bersama En Mohd Zuki Bin Ahmad,
dikurniakan 4 orang cahaya mata. Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah ,
dipraktikkan semasa mendidik anak-anaknya. Alhamdulillah,  benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau.
Pernah berkhidmat di 3 buah sekolah sebelum berpindah ke sekolah yang baharu.
1997 – SK Pemanis Jaya, Segamat Johor
1998 – SK Mahang, Kulim Kedah
1 Januari 1999 berpindah ke SK Pagar Museh sehinggalah 26 Julai 2021 iaitu selama 21
tahun beliau setia dgn SK Pagar Museh.

2
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan,
Ustazah Norhani Binti Romli.  Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan
mempersilakan puan.

Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia khas mengisahkan perjalanan kehidupan Puan Rozana Binti
Yunus. 

Bagus rupanya bunga melur


Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk  menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Khairul


Anwar Bin Yusob utk bacaan doa makan & seterusnya menjemput, guru-guru dan
staf menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

3
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan sama-
sama beratur panjang untuk bersalaman dengan Puan Rozana Binti Yunus

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Bedah kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
puan akan bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dalam kehidupan seharian.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Puan Bedah binti Lahman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Pn. Fareeza Binti Ab Rasip    untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Rozana bt. Yunus untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan puan berdua.

4
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada barisan Pentadbir

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang


Dihormati______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada
______________________________

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada ______________________________untuk


menyampaikan cenderamata daripada ______________________________

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada


_______________________________  untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKTP

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
Pn. Rozana Binti Yunus.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang diraikan, Pn Rozana Binti Yunus atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian  .

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


kita teruskan majlis kita dengan jamuan akhir tahun.

jamuan ini akan diselikan dengan cabutan hadiah istimewa dan persembahan dari setiap
jabatan.

Pesembahan yang cukup istimewa sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Guru Kanan Mata
Pelajaran SMKTP.

You might also like