You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN

PUAN SALBIAH BINTI BAKAR


SMK TUNKU PUTRA

AGENDA TEKS QUE/CATATAN


Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan salbiah binti Bakar Bersama dif-dif kehormat

PENGENALAN Petang yang indah penuh ceria


MAJLIS Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis ‘ Sesaat Bersama Seabad Terasa’ sempena persaraan En. Azmi bin
Hussin, guru penolong kanan kokurikulum SMK Tunku Putra
ALUAN Bismillahirrahmanirahim
PENGERUSI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En Yusof bin Nayan Pengetua SMK Tunku Putra


Yang Berusaha,En Ahmad Syaker Bin Abdul Majeed Pen. Kanan Pentadbiran, ,
Yang Berusaha En Azaham bin Abu Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha Pn Norzilawati binti Mohamad penolong kanan Kokurikulum
Puan Zalina bt Dohat Penolong Kanan Petang,
Pn. Rosima bt Rasalan Pen. Kanan Ting Enam
Pn. Zalila Bt Ramli Pen. Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru Kanan dan seterusnya rakan-rakan guru yang dihormati sekalian
BACAAN DOA Lebat kemiri pohonya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al Fadhil ustaz Mohd Hafiz bin Johari untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan
-BACAAN DOA-
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga majlis yang direncanakan diberkati dan dirahmati oleh Nya
UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,
PENGETUA Majlis dimulakan dengan ucapan daripada yang berusaha En. Yusof bin Nayan pengetua SMK Tunku Putra
Dipersilakan
-UCAPAN-
Demikian tadi ucapan daripada Tuan Pengetua.
UCAPAN GURU Enak sungguh buah mangga
BERPINDAH Dibawa khas dari Perlis
Tuan Puan berpindah disambut mesra
Semoga beroleh kenangan manis

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada guru-guru yang bakal berpindah dengan itu dimulakan dengan
En Abdul Nasser bin Mohamad Yusoff untuk menyampaikankan ucapan beliau dipersilakan
Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Nasser

Seterusanya dijemput Puan Siti Fatimah Binti Nawi untuk memberi ucapan dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada cikgu Siti Fatimah diatas Ucapan itu tadi

UCAPAN YANG Buah mengkudu buah bidara,


DIRAI Mari disimpan di dalam dulang,
Bulan ini puan genap bersara,
Jasa baik puan tetap dikenang

Hadirin sekalian,
Sebelum majlis menjemput Puan Salbiah binti Bakar untuk menyampaikan ucapan beliau yang bakal
bersara tidak berapa hari lagi , elok kiranya saya baca dahulu latar belakang beliau

-BIODATA-

Kini tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Puan Salbiah binti Bakar. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
-UCAPAN-
Sekian Terima Kasih,itulah tadi ucapan perpisahan daripada Puan Salbiah binti Bakar

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


HADIAH Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat guru
yang bakal berpindah dan Puan Salbiah daripada kelab guru dan staf smk tunku putra

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan En. Yusof bin Nayan
Pengetua SMK Tunku Putra diiringi oleh En Mohamad bin Adam pengerusi kelab guru dan staf untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan :
Majlis mempersilakan terlebih dahulu En. Abdul Nasser bin Mohamad Yusoff untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada pihak KGS sekolah.
Seterusnya dipersilakan Puan Siti Fatimah Binti Nawi untuk menerima cenderamata daripada pihak KGS
sekolah dan yang terakhir dijemput Puan Salbiah binti Bakar untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan persaraan daripada pihak KGS sekolah dipersilakan

Bagi memulakan majlis penyampaian ini, Majlis menjemput wakil dari


, dipersilakan
Seterusnya dijemput wakil
Seterusnya wakil dari
Penyampaian cenderamata seterusnya daripada dipersilakan
Wakil daripada dijemput ke atas pentas
Dan yang terakhir wakil daripada

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan atas kesudian menyempurnakan majlis
penyampaian cenderamata sebentar tadi

UCAPAN Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
PENUTUPAN
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Abdul Nasser bin Mohamad Yusoff serta Puan
Siti Fatimah Binti Nawi atas jasa bakti selama ini disekolah SMK Tunku Putra, Semoga bertambah cemerlang
dan dipermudahkan segala urusan disekolah baru untuk Puan Salbiah binti bakar kami semua mendoakan
agar Puan Salbiah diberi kesihatan yang baik, bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dalam
kehidupan seharian. Dikesempatan ini saya selaku pengacara majlis ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Sebelum jamuan makan kita bermula disini terdapat
beberapa makluman untuk semua guru pada esok hari Ahad kepada guru-guru yang berkelapangan kita
akan membuat majlis ‘sent off’ kak Salbiah majlis bermula pada pukul 2petang dan pada hari isnin kak
salbiah men jemput semua guru-guru untuk kenduri beliau di dewan kilim pada pukul 1petang. Untuk
makluman guru-guru petang pula pada hari isnin kita perlu datang ke sekolah pada pukul 10pagi dan pulang
pada pukul 4petang dan terus mengiringi kak salbiah ke rumah bagi guru-guru petang yang berkelapangan.
Dengan berakhir makluman sebentar tadi dijemput lagi sekali Ustaz Mohd Hafiz bin Johari untuk
mengetuai bacaan doa makan dipersilakan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

-TEKS BIODATA-

Nama diberi Salbiah binti bakar dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1964 di kampung kisap Langkawi kedah. Pada Tarikh 31 Oktober 1990 Puan

Salbiah mendirikan rumahtangga Bersama suami tercinta iaitu Shamsul Amri bin Ismail atau dikenali sebagai cikgu Sham, hasil perkahwinan

mereka dikurniakan lima orang cahaya mata 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pendidikan awal Puan Salbiah adalah di SK Ladang Sungai

Raya dan meneruskan pada peringkat Menengah di sekolah SMK Mahsuri. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Jururawat Pulau

Pinang. Latar belakang Puan Salbiah binti bakar sebagai seorang guru beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab perguruan Muhammad Khalid

Johor Bahru pada tahun 1986 sehingga 1988.Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai guru di SK Padang Matsirat pada tahun 1989 hingga 2000.

Beliau melanjutkan lagi pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI pada tahun 2000 sehingga 2003 dalam jurusan sains dan kembali ke

Langkawi sebagai guru di SMK Ayer hangat pada tahun 2003 hingga 2010 dan berakhir berkhidmat di sekolah SMK Tunku Putra pada 2010

sehingga sekarang

You might also like