You are on page 1of 5

TEKS MC HARI GURU + RAYA 2023

BIL PERKARA / UPACARA Q


1
Mengumumkan perarakan masuk Puan Haslina binti Hashim, Guru Penolong Kanan Qisha
Pentadbiran, barisan pentadbir dan guru-guru SMK Nilai Impian

2 Nyanyian lagu Amirul


Majlis kita dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.Hadirin
diminta berdiri tegak.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.

Hadirin dipersilakan untuk duduk.

3 Protokol Qisha

Yang Berusaha Puan Haslina binti Hashim , Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Nilai Impian.
Encik Mohammad Zaini bin Khalid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Pu’at bin Mohd Haron, guru penolong kanan Kokurikulum,

Bonda Khalidah binti Hj. Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Menengah dan
tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah JPNS mantan pengetua SeMNI,

Wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah Seremban


Barisan guru kanan mata pelajaran, kaunselor, guru-guru dan rakan-rakan murid
sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani


Salam Dinamik Progresif,
Sekolahku sejahtera, Merentasi Impian Melangkaui Kejayaan

Selamat datang diucapkan kepada semua ke MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN
HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2023.

Tema hari guru pada tahun ini ialah guru insani pemangkin generasi madani. Tema ini
dipilih atas konsep membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion
keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru .

3 Doa Amirul
Lebat kemiri pohonnya rendah,
1
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Majlis menjemput Muhd Izz Zhafran Mukhriz Bin Muhd Nadzri

untuk membacakan doa bagi memberkati majlis kita pada hari ini.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhd Izz Zhafran Mukhriz Bin Muhd
Nadzri hatas bacaan doa sebentar tadi.

4 Gimik Qisha

Penyerahan kad ucapan Hari Guru dan Hari Raya daripada pelajar SMK Nilai Impian
kepada Puan Haslina sebagai Wakil Guru SMK Nilai Impian.

5 UCAPAN KETUA PELAJAR


Amirul
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan HARRIS WILDAN BIN KYAIRUL
IZWAN wakil murid SMK Nilai Impian untuk memberikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada HARRIS WILDAN BIN KYAIRUL
IZWAN

6 Ucapan Pn Has + Perutusan Menteri Qisha

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Bagi menyampaikan ucapan sebagai wakil pengetua dan seterusnya membacakan teks
perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia, majlis dengan ini Puan Haslina binti Hashim, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Haslina, Penolong Kanan
Pentadbiran

6 Bacaan Perutusan Amirul

Bagi membacakan perutusan Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia sempena


sambutan hari Guru tahun ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohamada Zaini bin Khalid

2
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohamada Zaini bin Khalid

7 Bacaan Ikrar Guru Malaysia/ Lagu Kami Guru Malaysia Qisha

Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Rakan-rakan sekalian,
Majlis menjemput semua guru SMK NILAI IMPIAN untuk tampil ke pentas untuk
bacaaan ikrar Guru Malaysia dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

Untuk makluman semua, bacaan ikrar guru akan diketuai oleh


Encik Pu’at bin Mohd Harun.

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar dan nyanyian lagu sebentar tadi.

9 PERSEMBAHAN 1 Qisha

Hadirin Sekalian,
Majlis sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini akan disajikan dengan
persembahan oleh pelajar dan guru.

Bagi persembahan pertama pada hari ini, saya menjemput NUR HAFSAH BINTI
NORZAFRY DAN NUR IRDHINA AMIRAH BINTI MOHD FIRDAUS untuk
mendeklamasikan sebuah sajak. Dipersilakan.

Itulah dia persembahan sajak “Guru Oh Guru”. Terima Kasih kepada saudari Hafsah
dan Irdhina

10 Amirul
PERSEMBAHAN 2

Hiburan kita akan diteruskan lagi dengan persembahan guru.


Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nyanyian daripada Encik Zed
Adhaz bin Goldah. Dipersilakan

Terima kasih untuk nyanyian sebentar tadi.


11 Qisha
JAMUAN

Sungguh indah bunga kemboja


Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan budiman

Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan sesi jamuan.


3
Doa makan

12 ANUGERAH Amirul &


Qisha
Kategori Sukaneka :

Hadirin Sekalian, tibalah masa untuk kita mengumumkan pemenang bagi acara
sukaneka yang telah berlangsung pada hari rabu lepas.

Ditempat ke-5, disandang oleh kumpulan empat


Ditempat ke-4, disandang oleh kumpulan lima
Ditempat ke-3, disandang oleh kumpulan tiga
Ditempat ke-2, disandang oleh kumpulan dua
Dan juara bagi pertandingan sukaneka jatuh kepada kumpulan satu

Kategori Musical Chair :

Seterusnya bagi pertandingan musical chair, terdapat dua pemenang bagi kategori
lelaki dan perempuan.
Bagi kategori perempuan,
Ditempat ke-2 disandang oleh Puan Aqilah Hanis
Dan tempat pertama, disandang oleh Batrisya Shazana

Bagi kategori lelaki


Ditempat ke-2 disandang oleh
Dan tempat pertama jatuh kepada Ustad Amirul Rahman

ANUGERAH GURU Amirul &


13 Qisha
Maka tibalah masanya untuk mengumumkan anugerah-anugerah khas yang telah
dipilih berdasarkan undian pelajar.

Bagi anugerah..
Guru paling penyayang ialah Pn Junaidah binti mad saad
Guru paling tegas - En Jumat Abang
Guru paling sporting - Pn nadzirah aqilah binti mohd desa
Guru paling talented - Pn farah faizura binti ahmad rostam
Guru paling sempo i- En zed adhaz bin goldah
Guru paling vogue - Pn nadzirah aqilah binti mohd desa
Guru paling verstail - Pn nadzirah aqilah binti mohd desa
Guru paling comel - Pn normaizatul farahin binti satimin
4
Guru paling kacak - En Jumat Abang
Guru paling popular - En Jumat Abang

The Best Teacher of SeMNI merupakan Anugerah Utama. Siapakah guru ini?
Adakah guru lelaki ataupun guru perempuan

Dan guru yang telah mendapat undian tertinggi bagi anugerah ini ialah..
En Jumat Abang.

14 Persembahan Guru Praktikal

Seterusnya mari kita menyaksikan persembahan montage daripada guru-guru praktikal


SeMNI.

Majlis menjemput Ustaz Amirul Rahman untuk mengacarakan aktiviti kita seterusnya.

15 PENUTUP Amirul
Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Semoga sambutan hari Guru dan hari raya
hari ini memberikan makna kepada diri anda semua.
Kami dari meja pengacara majlis memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini. Sekian terima kasih.

- Majlis mengalu-alukan kehadiran


1) PEGAWAI PEMBIMBING SEKOLAH
DR NOR IZAH BINTI MOHD SALLEH
SIPartner+, PPD Seremban

2) PEGAWAI MESRA SEKOLAH


ENCIK MOHD FIRDAUS BIN GHOZALI
Penolong PPD Seremba
Barisan penaja AJK PIBG

You might also like