You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN

SEKOLAHKU SEJAHTERA
18 Ogos 2022
Pengacara : Farhah binti Ridzuan
BIL PERKARA / UPACARA
1 Majlis kita akan dimulakan sebentar nanti. Mohon hadirin untuk berdiri.
2 Mengumumkan ketibaaan yang Yang dihormati , Superintendent Mohd Fazley bin Ab Rahman,
ketua polis daerah Nilai diiringi oleh dif-dif jemputan dan barisan pentadbir SMK Nilai Impian.

3 Nyanyian lagu

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, negaraku. Hadirin diminta berdiri tegak.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

4 Nyanyian Lagu Sekolahku Sejahtera


Seterusnya marilah kita bersama-sama dengan kumpulan koir sekolah untuk menyanyikan lagu
sekolahku sejahtera.

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan untuk duduk.

5 Alu-aluan

Yang dihormati Superintendent Mohd Fazley bin Ab Rahman, Ketua polis daerah Nilai

Yang Berusaha Bonda Khalidah binti Hj Omar, Pengetua SMK Nilai Impian

Yang dihormati Encik Chandran A/L Soorinarayanan, Penolong Pengarah Agensi antidadah Negeri
Sembilan

Yang dihormati DSP Mat Ghani bin Lateh, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai

Tuan-tuan dan Puan-Puan Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai Daerah Nilai,

Insp Nur Nikman Bin Ahamade , KPB Nilai selaku pegawai perhubungan sekolah SMK Nilai Impian,

Yang berusaha barisan penolong kanan SMK Nilai Impian , guru kanan matapelajaran, Tuan-tuan
dan puan-puan, barisan guru dan rakan murid sekalian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Salam Dinamik Progresif,
Sekolahku sejahtera, Merentasi Impian Melangkaui Kejayaan
1
Daun layu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bersyukur kita kerana dapat berkumpul pada hari ini untuk menjayakan
Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan
suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah
mencapai kesejahteraan masyarakat.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema,
inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen
berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah,
khususnya murid.

5 Doa

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Meraut Kunai Daun Merimbun.


Manis Cermai Pekat Berlikat,
Tangan Ditadah Doa Dipohon,
Semoga Majlis Mendapat Berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis dengan sukacita
mempersilakan MUHAMMAD FAIZ MOHD FAUZI untuk memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada MUHAMMAD FAIZ MOHD FAUZI atas bacaan
doa sebentar tadi.

6 Ucapan Pengetua

2
Melilit rotan di dahan Ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata

Majlis diteruskan dengan menjemput Bonda Khalidah binti Hj Omar, Pengetua SMK Nilai Impian
untuk memberikan ucapan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan ribuan kepada Bonda Khalidah binti Hj Omar atas ucapan tadi

7 Ucapan Perasmian

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya, majlis mempersilakan Superintendent Mohd Fazley bin Ab Rahman, Ketua polis
daerah Nilai untuk memberikan ucapan perasmian.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Superintendent Mohd Fazley bin Ab Rahman

8 Gimik Pelancaran

10 Penyampaian Cenderamata

Majlis seterusnya menjemput Bonda Khalidah binti Hj Omar menyampaikan cenderamata.

Dijemput Superintendent Mohd Fazley bin Ab Rahman, Ketua polis daerah Nilai untuk menerima
cenderamata tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Superintendent Mohd Fazley bin Ab
Rahman dan Bonda Khalidah binti Hj Omar.

12 Penutup
- Majlis kini tiba ke penghujungnya.
- Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan
melicinkan perjalanan progam kita pada pagi ini.
3
Akhir kata,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian,

WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like