You are on page 1of 6

MAJLIS PENETAPAN TARGET DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2018 /2019

TEMPAT : KANTIN
MASA : 8.00PAGI

Teks Catatan

PENETAPAN TARGET
Rumah lima, Anjung Selatan,
Bunga Kemuning Tumbuh di Muara,
Awal Bismillah Kami Mulakan,
Selamat Datang Pembuka Bicara

Yang Berusaha
Pn Wan Bt Md Nordin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa,

Tuan Haji Azman Bin Lot


Penolong kanan Pentadbiran

Pn Hajah Hafizah binti Haron


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hasnah Bt Chin
Penolong kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
Barisan guru serta para pelajar calon SPM 2018

Dan yang amat dialu alukan


Ibu Bapa dan penjaga anak-anak permata tingkatan 5 Sekolah Menengah
Kebangsaan Permatang Rawa

Assalamualaikum wbt selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

1
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat
kita berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama-sama
menjayakan majlis Penetapan Target bagi pelajar-pelajar yang bakal
menduduki SPM pada tahun ini.

Kami bagi pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa
dan penjaga yang memberi keutamaan masa untuk hadir di majlis ini
dengan harapan kita turut serta merencanakan kecemerlangan anak-anak
yang tercinta.

Para hadirin sekalian,


Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd
Rozee Bin Abdul Razak untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan

Amin...amin...amin...ya Rabbal alamin...


Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Rozee Bin Abdul
Razak atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi . Semoga Yang Maha Esa
memberkati dan merahmati majlis pada pagi ini.

Untuk makluman para hadirin sekalian,


Majlis akan dimulakan dengan Ceramah Motivasi keibubapaan yang akan
disampaikan oleh Pn Hajah Fathiyah Bt Abu Bakar, mantan Pengetua.

Tajuk ceramah akan disampaikan ialah ‘ peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak abad ke 21’

Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Hajah Fatiyah Bt


Abu Bakar
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Hajah Fatiyah Bt Abu
Bakar.
Para Hadirin sekalian,
Agenda seterusnya pada pagi ini ialah bacaan ikrar Aku Janji Calon SPM
2018. Bacaan ikrar ini akan diketuai oleh saudara Mohamad Khairul Amin
Bin Mohd Rashidi. Dipersilakan.
Seterusnya dipersila pelajar-pelajar

2
Yang berbahagia,
En Mohd Rashidi bin Miskon
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa

Yang Berusaha
Pn Wan Bt Md Nordin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa,

Tuan Haji Azman Bin Lot


Penolong kanan Pentadbiran

Pn Hajah Hafizah binti Haron


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hasnah Bt Chin
Penolong kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
rakan-rakan guru serta para pelajar SMK Permatang Rawa sekalian.

Assalamualaikum wbt selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur yang


tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah
kurnia-Nya, telah mengizinkan kita, untuk bersama-sama menjayakan
Kejohanan Merentas desa SMKPR 2018 pada pagi ini

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga,


ditujukan kepada Encik Mohd Rashidi Bin Miskon kerana sudi
meluangkan masa untuk turut bersama-sama pada pagi ini
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Pn Wan Bt Md Nordin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
3
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan oleh Tuan Pengetua sebentar tadi
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis seterusnya dengan rasa berbesar hati menjemput Yang Berusaha


Encik Mohd Rashidi Bin Miskon untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Merentas Desa , SMK
Permatang Rawa bagi tahun 2018
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik


Mohd Rashidi Bin MISKON atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,


Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kejohanan
merentas desa SMKPR 2018,

Majlis akan dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi kategori L2,


Dijemput Tn Hj Azman Bin Hj Lot, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Permatang Rawa untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Rujuk borang pemenang (10 pemenang)

Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Tn Hj Azman Bin Hj


Lot atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya dijemput Pn Hasnah Bt Chin, Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Permatang Rawa untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
bagi kategori P2

Rujuk senarai pemenang (10 pemenang)

4
Terima Kasih kepada Pn Hasnah Bt Chin
Seterusnya kita beralih ke kategori L1
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Pn Wan Bt Md Nordin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa untuk
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi kategori L1,
dipersilakan,

Rujuk senarai pemenang (10 pemenang)


Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Tn Pengetua atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Para Hadirin Sekalian,


Majlis seterusnya menjemput tetamu kehormat kita Yang Berusaha Encik
Rashidi Bin Miskon Yang Di Pertua PIBG SMK Permatang Rawa
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi kategori P1,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Rujuk senarai pemenang (10 pemenang)
Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Encik Mohd Rashidi
Bin Miskon atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman
Kemenangan keseluruhan

5
Dengan ini, maka berakhirlah Kejohanan Merentas Desa, SMK Permatang
Rawa bagi tahun 2018. Akal yang cerdas bermula dari badan yang sihat.

Kami akhiri dengan serangkap pantun…

Dari Kuala Lipis ke Kuala Langat,


Nyonya berniaga di tepi titi,
Mengerah tenaga bermandi keringat,
Ganjaran ditunggu, Isnin kita bercuti.

X pasti lagi
SEKIAN TERIMA KASIH, Dijemput tetamu kehormat ……… diiringi Tn
Pengetua dan barisan pentadbir untuk sedikit jamuan di bilik Jahitan,
dipersilakan

You might also like