You are on page 1of 5

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM…

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu sebagaimana


diwajibkan ke atas umat-ummat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu
bertakwa..(surah al-Baqarah : 183)

Yang berusaha,
Cikgu Haji Kamaruddin Bin Asrap,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar,
Sk Kluster Kecemerlangan

Yang berbahagia,
Dr Hj Musa bin Hj Muhammad Ali,
Yang Di Pertua PIBG SKBP.

Yang dihormati,
Cikgu Hjh Yatinah Binti Sabarie
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cikgu Rosman Bin Md SIdek,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Zahari Bin Natimi,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan


Peringkat SK Bandar Penawar sesi 2024/2025.

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

1
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera….
Bersyukur kita rafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
perkenanNya dapat kita bersama-sama pada pagi yg penuh makna ini
bertujuan untuk menjayakan majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
sempena Bulan Matapelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Dakwah
SK Bandar Penawar sesi 2024/2025.

Hadirin sekalian..

Sebagai Pembuka acara pada pagi ini... majlis mempersilakan Adik Muhammad
bin Muhammad Fahmi dari kelas 6 UM untuk mengalunkan bacaan ayat suci al-
Quran dan terjemahannya. Falyatafadol masykura...

****Bacaan Al-Quran***

Sadaqallahul Azim...Demikianlah tadi bacaan ayat suci alquran.. surah al-


Baqarah : 183 yang merupakan seruan kewajipan berpuasa kepada semua
manusia yang beriman sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat yang
terdahulu.

Hadirin yang dimuliakan..


Meneruskan acara pada pagi ini.. majlis seterusnya mempersilakan
Al-fadhil Ustaz Muhd.Adli Farhan bin Abu Bakar Penyelaras Dakwah SK
Bandar Penawar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan bersempena majlis
pelancaran Bulan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab
Peringkat SK Bandar Penawar 2024/2025. Dipersilakan..

===Ucapan++

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Di Pertua PIBG Dr Hj Musa


bin Hj Muhammad Ali untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

2
****UCAPAN****
Terima kasih diucapkan kepada Dr Hj Musa bin Hj Muhammad Ali atas ucapan
sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis seterusnya adalah ucapan dari Guru Besar Sek Keb. Bandar Penawar.
Dipersilakan Cikgu Haji Kamaruddin Bin Asrap, Guru Besar Sek Keb
Bandar Penawar untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Program Ihya’ Ramadhan, Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa
Arab Peringkat SK Bandar Penawar 2024/2025.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

****UCAPAN****
++++Pelancaran+++++++++turun banner

Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai


petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-
Baqarah: 185)

Demikianlah kemuliaan Bulan Ramadhan diturunkan Al-quran bagi ummat


Islam. Justeru itu, sebagai tanda simboliknya Unit Dakwah SKBP
mempersilakan Cikgu Hajah Yatinah binti Sabarie untuk meyampaikan watikah
perlantikan pemimpin tadarus al-quran bagi program tadarus al-quran yang
akan berlangsung sepanjang bulan ramadan nanti kepada Tuan Guru Besar.
Dipersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hajah Yatinah atas penyampaian


watikah perlantikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Cikgu Haji Kamaruddin bin Asrap bagi


menyampaikan watikah perlantikan pemimpin tadarus al-quran kepada barisan
guru penolong kanan bagi program tadarus al-quran yang akan berlangsung
sepanjang bulan ramadan nanti.. Dipersilakan tuan..

3
Dipersilakan.. Cikgu Hajah Yatinah binti Sabarie untuk menerima sijil
watikah perlantikan pemimpin tadarus al-quran berserta murid-murid
dibawah bimbingan beliau..

Seterusnya , dipersilakan ..Cikgu Rosman bin Md Sidek untuk menerima sijil


watikah perlantikan pemimpin tadarus al-quran beserta murid-muridnya.

Dijemput Cikgu Zahari bin Natimi untuk menerima sijil perlantikan bersama
murid-murid.

Demikianlah tadi penyerahan sijil tadarus kepada guru-guru penolong kanan


mewakili guru-guru sesi pagi untuk menerima sijil watikah perlantikan
pemimpin tadarus al-quran bagi program tadarus al-quran yang akan
berlangsung sepanjang bulan ramadan.

Demikianlah Program Ihya’ Ramadhan, Bulan Panitia Pendidikan Islam dan


Panitia Bahasa Arab Peringkat SK Bandar Penawar 2024 yang telah
disempurnakan oleh Cikgu Haji Kamaruddin bin Asrap Guru Besar Sek Keb
Bandar Penawar. Pihak Majlis merakamkan jutaan terima kasih..syukran
jazilan tuan...

Hadirin yang dimuliakan..

Sebagai pengisian rohani untuk menyambut ramadan yang bakal tiba,marilah


sama-sama kita mendengar dan menghayati tazkirah yang akan di sampaikan
oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi bin Hamzah... dipersilakan..

********TazkiraH**********

Alhamdulilah..demikianlah tadi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz


Hadi..semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan istifadah dari tazkirah
sebentar tadi.. terima kasih diucapkan.

4
PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya tazkirah itu tadi maka berakhirlah Majlis kita pada hari
ini..

30 hari kita berlapar dan dahaga,


Kerana tuntutan Allah yang esa,
Semoga kita dapat menunaikannya,
Dalam keadaan yang paling gembira.

Sungguh indah sinar rembulan


Memancar lurus di kejauhan.
PadaMu Tuhan kami mohonkan ampunan
Beri kami kesempatan menyambut Ramadan

Sempena Ramadhan bulan yang mulia,


Kita lupakan sengketa lama,
Agar kita saling berbahagia,
Salam kemaafan penutup bicara.

Kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan majlis ini dirakamkan jutaan
terima kasih.

Sekian.
Wabilahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..

You might also like