You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SST TINGKATAN 1 SESI 2021

***Diminta semua murid untuk mengambil tempat masing-masing mengikut


kelas serta berada dalam keadaan senyap dan teratur. Program kita akan
dimulakan sebentar sahaja lagi.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara,
Selamat datang kata disua,
Program SST TINGKATAN 1 Majlis bernama.

Bismillahirrahmanirrahim..Asalamualaikum w.b.k dan Salam Sejahtera…

Yang Berusaha, Cikgu Saipulsahri bin Masdar, Pengetua SMK Seri Lalang, Yang
Dihormati, Cikgu Rusita binti Rahmat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yang
Dihormati, Cikgu Mohd Norizan bin Mohd Zaidi, Guru Penolong Kanan Hal Elwal
Murid, Yang Dihormati, Cikgu Ruhaizat binti Samsuri, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Barisan Guru Kanan Bidang, Ahli Jawatankuasa Program, guru-guru
dan PARA PELAJAR TINGKATAN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN
2021…

SELAMAT DATANG KE PRPGRAM SST TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2021

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd
Nawwar bin Abu Mokhtar

Majlis dengan ini mempersilakan ustaz..

Amin amin Ya Rabbal Allamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nawwar bin Abu Mokhtar atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Diharapkan majlis kita pada hari yang
berbahagia ini diberkati oleh Rabbul Izzati.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Kita teruskan program kita dengan ucapan:

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput serta mempersilakan Cikgu
Saipulsahri bin Masdar, Pengetua SMK Seri Lalang untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan ini mempersilakan….

JUTAAN Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Saipulsahri bin Masdar di atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Diharapkan agar ucapan dan amanat yang
disampaikan sebentar tadi dapat dipraktikkan oleh pelajar dengan baik.
Seterusnya, Majlis menjemput Cikgu Rusita binti Rahmat, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan ini mempersilakan cikgu..

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rusita binti Rahmat di atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Para guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Cikgu Mohd Norizan bin Mohd Zaidi,
Guru Penolong Kanan Hal Elwal Murid untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Norizan bin Mohd Zaidi di atas
ucapan yang disampaikan.

Tanpa melengahkan masa majlis menjemput

Majlis menjemput Cikgu Ruhaizat binti Samsuri, Guru Penolong Kanan


Kokurikulum untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan ini mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ruhaizat binti Samsuri di atas ucapan
yang disampaikan.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kini tibalah masa untuk kita bersama-sama mendengan taklimat Disiplin yang akan
disampaikan oleh Cikgu Mohd Amin bin Mohd Mazlan selaku KETUA GURU
DISIPLIN.

Majlis dengan ini mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Amin bin Mohd Mazlan diatas
taklimatnya sebentar tadi. Diharapkan para pelajar boleh mengambil segal
input yang diberikan dalam usaha menjadi seorang pelajar yang lebih
berdisiplin.

Seterusnya, majlis menjemput Cikgu Zareena binti Mohd Saibon untuk


menyampaikan taklimat berkenaan PUSAT SUMBER. Majlis dengan ini
mempersilakan cikgu…
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zareena binti Mohd Saibon diatas
taklimatnya sebentar tadi. Sekiranya para pelajar mempunyai sebarang
pertanyaan berkenaan pusat sumber bolehlah merujuk kepada Cikgu Zareena.

Dengan itu,berakhirlah sudah program kita pada hari ini, Terima kasih diucapkan
kepada semua rakan guru yang terlibat dan juga tidak lupa kepada para PELAJAR
TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2021.

Masih tidak terlambat kiranya untuk kami mewakili seluruh warga sekolah
MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SERI LALANG.

Selepas ini, semua pelajar dibenarkan untuk bergerak bersama-sama guru


kelas masing-masing bagi sesi pengurusan kelas.

Sekian sahaja, Salam hormat dari saya, Wa billahitaufiq Walhidayah


Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh..

You might also like