You are on page 1of 3

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Puan Hajjah Fuziah Binti
M.Amin

Yang berusaha juga, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman
Sri Muda, Encik Abdullah Bin Dahlan,

Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Puan
Raja Rokiah Binti Raja Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Jaharah Binti Arsad,
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Cik Zainab Binti Ahmad Sisman, Guru Penolong Kanan
Petang, Pn Soo Suak Hoon, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Encik Mohd
Izaman Bin Abd Rahman, guru-guru dan seterusnya ibubapa dan penjaga murid-murid tahun 1
2012 yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin,
limpah dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan Sri Muda pada pagi yang
cukup indah ini sempena Majlis Taklimat Hari Orientasi Tahun 1 sesi 2012.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rafedy B Ahmad Raidin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-Bacaan Doa-

Amin....Amin...Amin Ya Rabbal A’lamin....


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rafedy B. Ahmad Raidin atas pimpinan doa sebentar
tadi.
Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Guru
Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Puan Hajjah Fuziah Binti M. Amin untuk
menyampaikan kata-kata aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-Ucapan Guru Besar-

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Pn Hajah Fuziah binti M. Amin atas
ucapannya sebentar tadi.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda,
Pn Jaharah bt Arsad untuk menyampaikan penerangan berkaitan Hal Ehwal Murid. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

-Ucapan GPK Hem-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn
Jaharah Bt Arsad atas penerangannya sebentar tadi.

Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Pn Adibatul Anniah
Bt Abd Hamid selaku Penyelaras Tahun 1 sesi 2012 untuk menyampaikan penerangan berkaitan
Minggu Orientasi Tahun 1. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-Taklimat Orientasi-

Demikianlah tadi penerangan berkaitan Minggu Orientasi Tahun 1 yang telah disampaikan oleh Pn
Adibatul Anniah Abd Hamid. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Dengan berakhirnya penerangan Minggu Orientasi sebentar tadi, maka tamatlah Majlis Taklimat
Hari Orientasi Tahun 1 sesi 2012. Saya mewakili AJK Pelaksana Majlis menyusun 10 jari
memohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa. Sesunnguhnya apa yang
baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu milik kami sendiri.
Wabillahi taufik wal hidayah, waalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

You might also like