You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1

2017

Tarikh: 19 Januari 2017


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh _____________________________. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia
Yang Berusaha, Pn Hjh Siti Mowlina bt Hj Mashadi, Guru Besar SK Parit Raja
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru,
Ibu Bapa,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Pembukaan /
Aluan
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
dan Guru Penyayang Tahun 1 SK Parit Raja bagi tahun 2017. Tujuan Program Transisi
Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan
daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih
formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid
diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Siti Mowlina bt Hj
Mashadi Guru Besar SK Parit Raja untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun Satu.

__________________________________________________________
Persembahan
Murid __________________________________________________________

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Seterusnya adalaj majlis penyampaian hadiah.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Hjh Siti Mowlina bt Hj Mashadi ke


pentas untuk menyampaikan anugerah.

Tempat pertama bagi acara sukaneka dumumkan,

Penyampaian ** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP En. Marcathy
Hadiah Ak Gindau atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
9.
Andai terlanjur patah bicara,
Penutup &
Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Guru Penyayang Tahun 1 dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like