You are on page 1of 4

TEKS MC MAJLIS AUTISME

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
8.30 am Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera
Ucapan Yang Berusaha
Aluan Encik Zubir bin Yaacob, Guru Besar SK Damansara Jaya 1
Mc
Yang dihormati,
Tengku Saifudin bin Tengku Abdullah, penceramah jemputan kita,

Encik Mohd Sabri bin Hashim, Penolong Kanan Kurikulum

Puan Nur Mazlina binti Majnun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Suriani bt Husin, Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Siti Nor Mahani binti Othman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

barisan guru-guru SK Damansara Jaya 1 yang berdedikasi, pembantu pengurusan


murid, ibu bapa dan penjaga murid Pendidikan Khas yang hadir serta murid-murid SK
Damansara Jaya 1 yang dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan ke majlis pelancaran PROGRAM KESEDARAN BULAN


AUTISME SEDUNIA 2019 PERINGKAT SK DAMANSARA JAYA 1 BAGI TAHUN
2019.

Untuk pengetahuan semua, tarikh 2 April adalah hari sambutan Autisme sedunia yang
disambut setiap tahun sebagai tanda penerimaan & sokongan kepada kanak-kanak
Pengenalan autism khususnya dan ibu bapa yang mempunyai anak autism amnya.
ttg autism.
Autisme ialah suatu keadaan mental yang berlaku dari awal peringkat
kanak kanak. Kanak kanak autisme biasanya tidak dapat membentuk
perhubungan dan berkomunikasi dengan baik, serta minat dan aktiviti
yang terhad. Menjaga dan membesarkan kanak kanak autisme ini
merupakan satu proses yang amat mencabar dan merupakan satu
tugas yang amat memerlukan kesabaran.

Tugas kita sebagai masyarakat


Hadirin Sekalian

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan
Doa Yang Akan Dibacakan Oleh ustaz mohd farhan bin rosli.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Farhan Di Atas Bacaan Doa
Sebentar Tadi.
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Ucapan PK Bukan jemput sebarang jemput,
Pend. Khas Jemput memohon kata aluan

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Yang berusaha, Pn Siti Nor Mahani binti
Othman selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1 untuk
Menyampaikan ucapan aluan. . Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan Siti Nor Mahani Diatas
Ucapan beliau sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Ucapan
Batang jerami rebah ke bumi;
perasmian Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan sukacitanya menjemput En Zubir bin Yaacob selaku Guru Besar SK
Damansara Jaya 1 untuk memberikan kata ucapan sekaligus merasmikan
PROGRAM KESEDARAN BULAN AUTISME SEDUNIA 2019 PERINGKAT SK
DAMANSARA JAYA 1 BAGI TAHUN 2019.

--------- ucapan -------------

Terima kasih En Zubir bin Yaacob atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara gimik perasmian.
Gimik
perasmian Dimohon guru besar untuk terus berada di atas pentas.

Dijemput Puan Siti Nor Mahani, Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk bersama-
sama dengan guru besar bagi menyempurnakan gimik perasmian

PROGRAM KESEDARAN BULAN AUTISME SEDUNIA 2019 PERINGKAT SK


DAMANSARA JAYA 1 BAGI TAHUN 2019.

------ gimik------

Terima kasih diucapakan kepada tuan guru besar atas kesudian menyempurnakan
gimik perasmian sebentar tadi.

Awan bersua citra berkisah


Persembaha
Ukiran sukma kilauan kelisa
n Perasmian majlis selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bagi menambah seri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan istimewa dari anak-anak autism PPKI SK Damansara Jaya 1 yang
dibimbing oleh Puan Sakinah & Puan Fazira.

------- persembahan--------------

Berikan tepukan yang gemuruh untuk mereka. Bukan mudah untuk membimbing
anak-anak autism ini. Tahniah diucapkan.

Slide/VIDEO Bagi meneruskan majlis, marilah sama-sama kita menonton sebuah video mengenai
autism.

Diharapkan murid-murid dan guru-guru dapat memberi perhatian kerana kerana


selepas ini kita akan mengadakan sesi kuiz spontan berdasarkan isi kandungan video
yang ditayangkan.

………..VIDEO……

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas tayangan video mengenai aktiviti
kokurikulum yang telah berlangsung sepanjang 2018.
Kuiz
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan sesi bicara ilmu “Ask About
Sesi Autisme”. Kita amat bertuah pada pagi ini kerana berpeluang untuk mendengarkan
perkongsian sedikit perkongsian ilmu daripada bapa seorang murid autism di PPKI SK Damansara
Jaya iaitu Megat Aaron.

Dijemput Tengku Saifudin bin Tengku Abdullah untuk meneruskan sesi perkongsian
ini.

------ bapa aaron cakap----

Terima kasih diucapkan kepada Tengku Saifudin atas kesudian untuk berkongsi
pengalaman beliau sebagai bapa. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan
faedah kepada kita.

Tuan Puan Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Bak Kata Orang…


sesi stamp & Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
support Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai
Penutup
Majlis
Dengan ini, Maka Majlis Kita Pada hari Ini Nampaknya Sudah Sampai Ke
Penghujungnya.

Majlis Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada semua pihak yang telah
menyumbang tenaga bagi menjayakan majlis pelancaran ini.

Sebagai tanda sokongan, dijemput pihak pentadbir untuk menyempurnakan aktiviti


stamp & support sebagai penutup majlis.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dikesempatan Ini Juga, saya Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah Dan
Silap saya Sepanjang Mengacarakan Majlis Ini

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T. Terima Kasih.

You might also like