You are on page 1of 3

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR

KERJASAMA MCD

Indah Berbalam Si Awan Petang


Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat Datang
Kata Aluan Awal Bismillah Pembuka Bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera
Yang Dihormati

Vip/ Encik Leonard Wong


Pengurus Jabatan Korporat dan Komunikasi

Yang Berusaha,

Puan Siti Nor Mahani binti Othman selaku


Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1

Puan Suriani binti Husin


Penolong Kanan Kokurikulum

guru-guru Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1, barisan PPM serta yang diraikan
murid-murid Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Hari Jadi murid Pendiidkan Khas
SKDJ1 dengan kerjasama Mc Donald’s Malaysia.
Saya mewakili warga Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1 ingin merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian Mc Donald untuk bersama-sama
Ucapan menganjukan bersama sambutan hari lahir pada kali ini..
Aluan
Mc Program pada hari ini turut melibatkan staf Mc Donald dalam akiviti mengecat dan
mewujudkan taman mini bagi Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1.

Diharapakan program Ini dapat Mengeratkan Lagi kerjasama korporat Antara pihak
Mc Donald’s dan SK Damansara Jaya 1 demi Mewujudkan Suasana Keseronokan
belajar dalam kalangan murid.

Hadirin Sekalian

Bacaan Doa Sarung Ketupat Berisi Inti


Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri
Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan
Doa Yang Akan Dibacakan Oleh ustaz mohd farhan bin rosli_________________.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Farhan Di Atas Bacaan Doa
Sebentar Tadi.
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Ucapan PK Bukan jemput sebarang jemput,
Pend. Khas Jemput memohon kata aluan

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Yang berusaha, Pn Siti Nor Mahani binti
Othman selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas Menyampaikan ucapan aluan. .
Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan Siti Nor Mahani Diatas
Ucapan beliau sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Ucapan pihak
Jangan patahkan batang jerami;
McD Kepada puan sembah diberi,
Mohon berucap di majlis kami.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Leonard Wong, Pengurus Jabatan


Korpoat dan KOmunikasi untuk memberikan ucapan serta merasmikan majlis
Sambutan Hari Lahir Pendidikan Khas SK Damansara Jaya 1.

--------- ucapan -------------

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang sangat bermakna sebentar tadi.

Hadirin Yang diHormati Sekalian.

Sambutan Majlis Diteruskan Lagi Dengan acara yang dinanti-nantikan pada hari ini iaitu
hari Lahir - Sambutan hari lahir bagi murid dan guru yang lahir pada September hingga
upacara Disember.
potong kek
Jika ada Ronald

Murid-murid dan guru diminta untuk bersedia di hadapan bagi upacara memotong
kek.
Rujuk lampiran nama murid dan guru
Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Happy Birthday to You dengan iringan
muzik.

Sesi bergambar dgn Ronald Mc Donalds.

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan sesi permainan. Permainan ini
Sukaneka akan dikendalikan oleh Puan Nurliyana dengan kerjasama pihak Mc Donald. .
Dipersilakan Cikgu Nurliyana untuk untuk mengambil alih majlis. Murid-murid
diingatkan untuk memberikan kerjasama sepanjang permainan berlangsung.

Hadiah Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Hari Jadi Kepada murid dan
guru PPKI SK Damansara Jaya 1 Yang Menyambut Hari Jadi Pada Bulan September,
Oktober, November dan Disember

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput _______________________ Untuk


Menyampaikan Hadiah. Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Rujuk nama murid dan guru

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ Diatas


Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah
Penutup Tuan Puan Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Majlis
Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai

Dengan ini, Maka Majlis Kita Pada hari Ini Sudah Sampai Ke Penghujungnya.

Majlis Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada pihak Mc Donald’s Malaysia atas
kerjasama dan semua sumbangan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada
semua guru yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung untuk
menjayakan majlis ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dikesempatan Ini Juga, saya Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah
Dan Silap saya Sepanjang Mengacarakan Majlis Ini

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T. Terima Kasih.

You might also like