You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI 2.

0 TAHUN
1
SK SEBUYAU ENSENGEI BAGI SESI 2022

Tarikh: 14 April 2022


Masa: 11.00 pagi
Tempat: Tahun 1

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera


Yang Berusaha,
ENCIK ZEMI BIN BUJANG,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sebuyau Ensengei

Yang Dihormati,
1.
Encik Abu Talip Bin Mahter @ Tar,
Pembukaan / Yang Dipertua PIBG,
Aluan SK Sebuyau Ensengei

Encik Mohamad Irwan Shah Bin Saleha,


Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Encik Denvy Mell,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Aisha Fatimah Binti Mohamad Sadee, Penyelaras Program Transisi


Tahun 1,

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Sebuyau


Ensengei,
Para ibu bapa,
dan murid-murid Tahun 1.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah


rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Penutup Program Transisi Tahun 1 2.0 SK SEBUYAU ENSENGEI bagi
tahun 2022. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu
bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program Transisi
Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan
terlaksananya program ini, murid-murid diharap telah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
2. Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Ucapan Guru Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Besar Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar
ucapan daripada YANG BERUSAHA ENCIK ZEMI BIN BUJANG
selaku Guru Besar SK SEBUYAU ENSENGEI untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada TUAN Guru Besar


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada YANG


3. BERHORMAT ENCIK ABU TALIP BIN MAHTER @ TAR selaku
Ucapan YDP Yang Dipertua PIBG SK SEBUYAU ENSENGEI untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1
2.0 SK SEBUYAU ENSENGEI bagi tahun 2022. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada TUAN YDP atas


ucapan alu-aluan dan perasmian sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput YANG BERHORMAT ENCIK


ABU TALIP BIN MAHTER @ TAR diiringi YANG BERUSAHA
ENCIK ZEMI BIN BUJANG ke hadapan kelas untuk menyampaikan
4. HADIAH dan menyerahkan buku teks kepada murid Tahun 1.
Penyampaia
n Hadiah dan Dijemput,
Penyerahan Adik ALYSA ADRIANA TIYA ANAK ADDY
Buku Teks Adik HUSNA AYUNI BINTI ABDULLAH
Adik KHALISH IMTIYAZ BIN MOHAMMAD SAIDEEN
Adik MUHAMMAD HARITH HAZIM BIN SEMADI
Adik NUR AMNA DARWINA BINTI SAINI
Adik NUR FARADHIA BINTI ABDUL AZIS

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada


YANG BERHORMAT ENCIK ABU TALIP BIN MAHTER @ TAR atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah dan menyerahkan buku teks
sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


5. Kadang tak sedar tersilap kata,
Penutup & Andai terlanjur patah bicara,
Jamuan Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan


kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutup
Program Transisi Tahun 1 2.0, para ibu bapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan ini saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

You might also like