You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN

PROGRAM JOM KESEKOLAH

Terima kasih saudari pengerusi majlis..

Bismillah….
Assalammualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yg berusaha Us. Ahmad Zaki b Mat Nor, Pengetua SMU(A) Ittifakiah,


Us. Tuan Rahimi b Tuan Abdullah,Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Pn. Nor Aziana bt Mat Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Us. Mohd Shukri bin Yusuf, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, barisan guru-guru serta pelajar-pelajar yang
dikasihi sekalian .

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan
izinNya, kita diberikan ruangan waktu, kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk
kita berkumpul dalam majlis pelancaran guru penyayang dan program jom ke sekolah tahun
2020.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan, agar segala urusan mendapat rahmat.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muzaidi bin Abdullah untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muzaidi atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Abdul Rahman bin Ab Halim
selaku Ketua Pelajar SMU(A) Ittifakiah. Oleh itu, diminta semua pelajar berdiri untuk bacaan ikrar.
Untuk itu, dijemput Abdul Rahman untuk mengetuai bacaan ikrar.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Antara objektif program jom ke sekolah ialah


manakala pelancaran program guru penyayang ini bertujuan untuk menjiwai amalan penyayang
adalah budaya yang perlu ada kepada setiap guru serta menginsafi bahawa kehadiran pelajar
merupakan rahmat kepada sekolah. Disamping itu juga, guru perlu sedar bahawa setiap pelajar adalah
aset kepada sekolah dan akhir sekali untuk menghargai sumbangan pelajar, ibu bapa komuniti dan
masyarakat kepada sekolah.

Hadirin yang dirahmati sekelian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan
serta menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan empati
terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat
kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan pelajarnya dengan cara mengamalkan sifat
dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan
dan pembelajaran pelajarnyanya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan
penuh kesabaran sehingga pelajarnyanya menguasai pelajaran serta guru penyayang juga sentiasa
percaya dan yakin pada pelajarnya. Dengan cara ini, pelajarnya akan yakin dan percaya dengan
kebolehan diri sendiri .

Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT
KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap pelajarnyanya dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga pelajar agar mereka menghargai
dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.

Guru mengajar sepenuh hati,


Demi kerana pelajar tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta, 
Madah ucapan kata aluan

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Ustaz Mohd
Shukri bin Yusuf, GPK Kokurikulum SMU(A) Ittifakiah untuk memberikan ucapan seterusnya
menyempurnakan dan merasmikan majlis pelancaran program jom ke sekolah dan program guru
penyayang bagi tahun 2020. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*******************Ucapan Perasmian GPK KoKurikulum*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Ustaz Mohd
Shukri bin Yusuf, GPK Kokurikulum SMU(A) Ittifakiah . Majlis merakamkan jutaan terima kasih di
atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah penghargaan kepada kelas yang mempunyai
kehadiran cemerlang bagi tarikh 1 Januari sehingga 16 Januari 2020. Justeru
dipersilakan________________________, Pengetua/PKP/PKHEM/PKKO SMU(A) Ittifakiah bagi
menyampaikan hadiah kepada kelas kelas yang mempunyai kehadiran yang cemerlang.

Kelas yang memperoleh jumlah kehadiran yang cemerlang bagi 1 Januari sehingga 16 Januari jatuh
kepada kelas__________________________.Dipersilakan kepada wakil kelas tingkatan _____ untuk
menerima hadiah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________ atas penyampaian


hadiah itu tadi itu.

Seterusnya acara potong kek bersempena program jom ke sekolah dan guru penyayang.Jesteru, majlis
menjemput __________________________ untuk melakukan
upacara memotong kek sebagai suatu simbolik majlis pada pagi ini.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________ atas upacara potong kek itu tadi.

**********************************************************************************
*************
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya upacara potong kek sebentar tadi, maka majlis sudah sampai ke penghujungnya.
Marilah kita akhiri majlis kita pada pagi ini dengan membaca Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr.

SEKIAN TERIMA KASIH…

Pelajar boleh bersurai.

You might also like