You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI &

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2023


PENGERUSI MAJLIS 1:
( Perhimpunan Rasmi Mingguan )

BIL

CUE PENGACARA MAJLIS


1. Persediaan Majlis Mohon kerjasama semua guru dan murid bersedia
kerana perhimpunan akan dimulakan sebentar
lagi.
2. Kata-kata Aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Yang Berusaha, Pn.Hirawati binti Hashim,
Guru Besar SK Taman Tasik
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1,
En.Oamar Bin Burok
Yang Dihormati,
En Abdul Latif bin Abd Rashid , Guru Penolang Kanan
Hal Ehwal Murid,
En.Asrol bin Mohd Yusof,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En.Wan Nasrol Akhmar bun Wan Ahmad, Guru peenolong Kanan Petang,
Barisan guru bertugas,
Guru-guru,
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
3. -Kata-kata aluan
pengacara majlis
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul dalam majlis Perhimpunan
Rasmi Mingguan pada hari ini.
- Nyanyian lagu
patriotik Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita
nyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka,
lagu Melaka Maju Negeriku Sayang, lagu Wawasan
Pendidikan Melaka dan lagu Sekolah.
Untuk itu, semua hadirin dipersilakan berdiri.
4. Bacaan ikrar Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar.
Dengan ini, saya menjemput saudara Mohd
Aidrylshah untuk mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan.
5. Laporan Guru Bertugas
Minggu
Lepas
Seterusnya, saya mempersilakan …………………………………
selaku guru bertugas pada minggu lepas untuk
menyampaikan laporan.
Dipersilakan.
6. Ucapan Pengerusi
Majlis
Terima kasih kepada …………………………………………
atas laporan yang telah disampaikan tadi.
Bagi meneruskan majlis, saya mempersilakan
saudari Nur Hadirah bt Hisahmmuddin untuk
mengendalikan Majlis Pelancaran Program Guru
Penyayang bagi tahun 2015.
Dipersilakan.
PENGERUSI MAJIS 2:
( Pelancaran Program Guru Penyayang & Program Rakan Idola Cilik )
1. Kata alu-aluan

CUE PENGACARA MAJLIS


1. Mohon kerjasama semua guru dan murid bersedia kerana majlis akan
dimulakan sebentar lagi.

2. Kata-kata Aluan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Yang Berusaha, Pn.Hirawati binti Hashim,
Guru Besar SK Taman Tasik
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1,
En.Oamar Bin Burok
Yang Dihormati,
En Abdul Latif bin Abd Rashid , Guru Penolang Kanan
Hal Ehwal Murid,
En.Asrol bin Mohd Yusof,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En.Wan Nasrol Akhmar bun Wan Ahmad, Guru peenolong Kanan Petang,
Barisan guru bertugas,
Guru-guru,
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

3. -Kata-kata aluan Pengerusi Majlis


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk kita berkumpul dalam satu majlis Pelancaran Program Guru Penyayang &
Program Rakan Idola Cilik bg tahun 2023.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang .

Daun gaharu si daun palas,


Alas duduk puteri kayangan,
Jasamu guru tidak terbalas,
Semur hidup jadi kenangan.
4. Bacaan Doa
Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah
tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz
Muhammmad Irfan bin Mahpod untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan


terima kasih kepada Ustaz Muhammmad Irfan bin Mahpod atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput__________________________, penyelaras


program guru penyayang & program rakan idola cilik untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih ucapan alu-aluan itu tadi.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,


dan berbelaskasihan serta menghormati orang lain.
Penyayang atau “caring” ditafsirkan sebagai berasa prihatin dan empati terhadap
orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah
seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan
seperti yang disebut tadi.
Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran
muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh
kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa
percaya dan yakin pada muridnya. Dengan cara ini, muridnya akan yakin dan
percaya dengan kebolehan diri sendiri .
Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan
SIFAT KEPEDULIAN guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan
nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
hormat- menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga murid agar
mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa,
masyarakat dan Negara.

5.Ucapan perasmian
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berusaha, Pn.Hirawati binti Hashim,
Guru Besar SK Taman Tasik untuk menyampaiakn ucapan seterusnya
merasmikan majlis pelancaran guru penyayang SK Taman Tasik bagi tahun
2023. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan . Demikianlah tadi ucapan
perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Pn.Hirawati binti
Hashim, Guru Besar SK Taman Tasik. Majlis merakamkan jutaan
terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran iaitu acara memotong riben dan
penyerahan file mentor mentee kepada guru penyelaras setiap tahun

6. Sebagai penutup tirai


program kita pada hari ini, izinkan saya membacakan beberapa rangkap pantun

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian, w.b.t.

You might also like