You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS BAGI PERHIMPUNAN PERSEKOLAHAN PASCA COVID

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU SALLEH

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Cikgu Hajah Saodah binti Ahmad, Guru Besar SK Penghulu Salleh

Yang Berusaha, Cikgu Hjh Saodah bt Ahmad – Guru Besar SK Penghulu Salleh
Yang dihormati :-
1) Cikgu Nor Khairulizam Bin Ahmad  - Guru Penolong Kanan  Pentadbiran.
2) Cikgu Zamzurina binti Shuib – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Cikgu Mohd Shukri bin Marof – Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
4) Cikgu Hjh Fauziah binti Mohamad Noh – Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
 
Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru, kakitangan sekolah dan seterusnya murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA, maka
dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini. Tahniah dan Syabas kepada semua murid
yang telah menghadirkan diri ke sekolah pada hari ini.

DOA
Untuk memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Cikgu Nor
Khairulizam bin Ahmad, untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Habis Doa
Majlis mengucapkan terima kasih  kepada Cikgu Nor Khairulizam bin Ahmad atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

NYANYIAN  
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik. Hadirin
semua diminta untuk berdiri tegak, bersedia dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

Selepas Nyanyian
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi.

LAFAZ IKRAR
Seterusnya ialah Lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan diketuai oleh Cikgu
____________________________________. Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Selepas IKRAR
Terima kasih kepada Cikgu _________________________________________ atas lafaz ikrar itu tadi.
UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
Hadirin yang dihormati, seterusnya adalah Laporan Guru Bertugas. Majlis mempersilakan wakil guru
bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu _____________________________________________
untuk menyampaikan laporan beliau.

SELEPAS UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS


- Terima kasih kepada Cikgu _____________________________________ atas laporan itu tadi.

Untuk Makluman para hadirin, guru yang bertugas sepanjang minggu ini ialah :
- (rujuk senarai nama guru bertugas Mingguan)
Jika terdapat sebarang masalah atau kesulitan, sila berjumpa dengan guru bertugas.

UCAPAN GURU BESAR @ wakil pentadbir


Meneruskan kelangsungan perhimpunan ini, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat
daripada Cikgu ______________________________________ ( Guru Besar / GPK Pentadbiran /
GPK Hal Ehwal Murid / GPK Kokurikulum / GPK Pendidikan Khas). Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan

Habis Ucapan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Cikgu
_________________________ sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk ke arah kecemerlangan.

Sebelum mengakhiri perhimpunan pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin semua diminta untuk berdiri tegak, bersedia dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

… Nyanyian Lagu Negaraku…

BERSURAI.
Marilah kita sama-sama membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
…… Bacaan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr….

Bunga Mawar Harum Semerbak,


Dihadiahkan Puteri besar sejambak,
Jika tak mahu Covid merebak,
Pastikan kamu menjaga jarak

Kayuh basikal hendak ke pekan


Hendak ke pekan berjumpa Maksu
Balik rumah cucilah tangan
Agar kamu bersih selalu

Perhimpunan kita sudah sampai dipenghujungnya,   Salam sayang dari semua guru SK Penghulu Salleh…
Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi wabarokatuh.

You might also like