You are on page 1of 6

Selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada

tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijaksana,


guru – guru serta rakan – rakan sekalian. Tajuk cerita saya
pada hari ni ialah “Gigih dan Usaha Tonggak Kejayaaan”.

Siti Zuriah berumur 11 tahun. Dia merupakan seorang


murid yang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sekolah,
dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana sentiasa
mendapat markah yang tercorot dalam peperiksaan.

Seperti biasa, setiap pagi Zuriah akan tergesa – gesa ke


sekolah kerana bangun lewat. Dia pon menjerit “Makcik Leha
mana kasut Siti?”tanya Siti Zuriah kepada pembantu
rumahnya.” “Saya tidak tahu cik” balas pembatu rumah Siti
dengan lembut. Zaleha ialah pembantu rumah Puan Asyikin
dan Encik Amran iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik
Leha berasal dari Indonesia telah berkerja dengan Puan
Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun yang lalu.

Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan


menuju ke arah Siti sambil berkata “semalamkan Siti letak
kasut Siti di pintu dapur.” Siti Zuriah teringat akan kejadian
semalam bahawa dia terlupa membawa air ke sekolah dan
pada waktu balik dia segera ke dapur untuk mendapatkan air
daripada ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur
untuk mendapatkan kasut sekolahnya kerana takut didenda
kerana terlambat ke sekolah.

Setelah siap, Pak Mat menghantar Siti ke sekolah dengan


menaiki kereta mewah yang cantik bersesuaian dengan
statusnya sebagai anak orang kaya. Setibanya di sekolah Siti
berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis untuk meniru kerja
rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang
nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti.
Selesai meniru Siti dan Hanis bersama kawan-kawan mereka
yang lain bermain di dalam kelas.

Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran


akan bermula. Mereka tidak menghiraukan bunyi loceng
tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka untuk segera
beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu
nampak kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka.
Cikgu Mariam memanggil kesemua mereka dan dia merotan
telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di
sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam
kerana Cikgu Mariam terkenal seorang yang garang
termasuklah Siti Zuriah.

Mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mata pelajaran yang


paling dibenci oleh murid - murid kelas 5 Angerik iaitu kelas
yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru
mata pelajaran matematik tidak hadir ke sekolah kerana sakit
dan akan diganti oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai
guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah paling gerun apabila
belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan
ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak
mengendahkan ujian itu dia merasakan ujian itu tidak penting
buat dirinya.

Pada ujian bulanan sebelum ini, Siti memang gemar


menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia tidak
mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu
memerhatikannya. Waktu ujian bagi matapelajaran matematik
hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan kertas
ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis
gambar kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun
mengutip kertas ujian dari murid-murid kelas itu. Setelah
habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari kelas.

Mata pelajaran seterusnya pun bermula. Ayuni adalah


seorang murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu
diganggu oleh beberapa orang murid termasuk Siti. Setelah
loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Ayuni
akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan
Masliyana . Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal
dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Masliyana
dan Tasya juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya.

Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat.


Setelah sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus
mengangkat beg sekolah Siti. Pada waktu itu ibu dan ayah Siti
belum pulang lagi, ibunya akan pulang pada pukul 5.30 petang
dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam. Ibu dan ayah Siti
selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya.
Setelah pulang dari sekolah, dia terus menukar baju dan
menonton televisyen. Itulah tabiat buruk Siti, dia tidak pernah
mengulang kaji pelajaran walaupun tahun hadapan dia akan
menduduki peperiksaan UPSR. Dia juga selalu bermain tanpa
menghiraukan jadual waktu belajar yang ditetapkan oleh
ibunya.

Puan Asyikin selalu juga menasihatkan Siti agar rajin


belajar supaya dia menjadi lebih baik dalam pelajaran. Tetapi
nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti
langsung tidak menghiraukan nasihat itu malah makin
bertambah malas perangainya. Puan Asyikin dan Encik Amran
sudah tidak mampu berbuat apa – apa lagi. Setelah satu
minggu berlalu, Cikgu Maimunah pun memberikan kertas
ujian Bahasa Melayu yang diadakan pada minggu lepas. Ayuni
mendapat markah tertinggi manakala yang terakhir diperolehi
oleh Siti.

Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati


Siti, “ Siti saya sudah lama memerhatikan kamu, kamu
bagaikan tidak mahu belajar dalam semua mata pelajaran.
Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu
perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak
beri nasihat sedikit yang kamu harus belajar bersungguh-
sungguh kerana tahun hadapan kamu akan menghadapi
peperiksaan UPSR. Ibubapa kamu telah bersusah payah
membayar yuran sekolah kamu, berilah mereka sedikit
kejayaan dan senyuman” kata cikgu Maimunah

Setelah pulang ke rumah, Siti memikirkan apa yang


dicakapkan oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal
kerana selalu bermain dan tidak menghiraukan pelajarannya.
Dia mula menyemak kerja rumahnya dan membuat ulang kaji
pelajaran. Sejak hari itu, Siti tidak lagi bermain ketika cikgu
sedang mengajar. Dia mula memberi tumpuan didalam kelas.
Dia juga tidak lagi berkawan rapat dengan rakannya seperti
Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula berkawan dengan
Tasha, Ayuni dan Masliyana.
Hari berganti hari, prestasi Siti semakin meningkat. Cikgu
Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun dia
di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6
Mawar iaitu kelas kedua yang terpandai bersama kawan
baiknya kerana markah kertas peperiksaannya memuaskan.
Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyen.
Prestasinya juga semakin meningkat dia mula mendapat A
dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.

Kini cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum UPSR


dijalankan. Siti makin berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai 5A dalam UPSR. Hari berganti hari kini percubaan
UPSR dijalankan Siti mendapat 4A1B. Sewaktu UPSR
dijalankan Siti menjawab dengan tenang dan bersungguh-
sungguh. Dia yakin akan mendapat 5A. “Mak, Siti dapat 5A
dalam UPSR!!!” kata Siti kepada ibunya dengan gembira
setelah mendapat keputusan UPSR daripada gurunya. Ayuni
dan Tasha turut memperoleh 5A dan Masliyana memperoleh
4A1B. Makcik Leha dan Pak Mat turut gembira di atas kejayaan
Siti. Sekian, Terima kasih

You might also like