You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

PERKARA TEKS CATATAN


Lagu Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah.
Majlis menjemput dan mempersilakan guru dan murid berdiri dan
bersedia untuk nyanyian lagu.

************nyanyian************

Guru-guru dan murid-murid dipersilakan duduk

Salutasi / Assalamualaikum dan salam sejahtera


aluan
pengerusi Yang berusaha,
Puan Fuziah Binti Zainal Abidin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perik

Yang dihormati,
Puan Norhiza binti Ahmad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Perik

Encik Mohd Yusoff bin Yaakob,,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Perik

Puan Nor Azah Binti Abd Rahman,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Perik.

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Sekolah Kebangsaan Perik.

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Perik.
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.

Para hadirin sekalian,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda


semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama mengukuhkan
perpaduan dan menjadi warganegara yang patriotik.
Dengan tema, ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’
secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan
kemerdekaan ke-66 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat
berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni. Semuanya berada
di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama
untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran
secara berterusan.

Doa Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Ustaz Jamaluddin
Bin Hassan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

• Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi


memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

Gimik Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan


tumpuan terhadap gimik pelancaran Bulan Kebangsaan Sekolah
kebangsaan Perik tahun 2023. Sama-sama kita saksikan.

******************gimik******************

Hadirin yang dimuliakan, gimik pelancaran sebentar tadi secara


keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh Puan Mariyam Thaniah Binti
Zubir Dan Puan Roswida Binti Salleh.

Ucapan Gunung dan lembah sudah ku redah


perasmian Membawa joran mengail ikan
Lagu sudah, Gimik pun sudah
Ucapan pelancaran kita sajikan.

Rakan-rakan guru dan murid yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang


Berusaha Puan Fuziah Binti Zainal Abidin, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Perik untuk menyampaikan bingkisan kata, sekaligus
melancarkan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Perik tahun 2023.
Tuan dipersilakan.

*******************ucapan*******************
Dengan ucapan itu tadi, maka bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan
Perik telah pun dilancarkan dengan rasminya.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah
disampaikan.
Lagu & Hadirin yang dihormati,
penutup
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ dan
‘Malaysia Madani. Hadirin dipersilakan berdiri.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik
yang penuh semangat daripada para guru dan murid.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu, maka berakhirlah majlis kita


pada pagi ini.

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran
sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Perik edisi tahun
2023 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
w.b.t.

You might also like