You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2023

CUE ANN

Perarakan guru ke Mengumumkan, ketibaan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau


dewan terbuka ke Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau.

PROTOKOL MAJLIS
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan SalamSejahtera

Yang Berusaha, Che Noriza Binti Che Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau ,

Yang Dihormati, Pn Siti Kalthom Binti Salikin, GPK Pentadbiran, Sekolah


Kebangsaan Kangka Tebrau,

Yang Dihormati, En Mohd Fauzi Bin Yusak, GPK Hal Ehwal Murid, Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau,

Yang Dihormati, Pn Azean Irdawaty binti Othman, GPK KoKurikulum,


Skolah Kebangsaan Kangka Tebrau,

Yang Dihormati, En Mohd Razi bin Mohd Salleh, GPK Pend Khas Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau,

Barisan Ketua Panitia, guru-guru dan para murid sekalian.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah


rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau tahun 2023.
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang
bergelar ’cikgu’. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan
lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan
mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang
dipandang tinggi semurni tugas seorang guru

Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor dan


Lagu Negaraku.

Nyanyian lagu
………………………………………………………………………………………………………

Semua guru dan murid dipersilakan untuk duduk.

Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, kini majlis ingin


menjemput Ustaz Shahrezan Bin Zulkafle untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Bacaan doa
……………………………………………………………………………………

Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan ketua
murid Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua murid,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Qays Izz Rifqi Bin Mohd Shahrul,
Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau untuk menyampaikan
ucapan mewakili murid-murid sekolah kebangsaan kangka tebrau,
dipersilakan.
…………………………………………………………………………………………………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, marilah kita bersama-sama


mendengar bacaan perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah
Bacaan perutusan Pendidikan Malaysia yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati Encik
hari guru Ketua Mohd Fauzi Bin Yusak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah
Pengarah Kebangsaan Kangka Tebrau. Dipersilakan.
Pendidikan
Malaysia …………………………………………………………………………………………………………….

Terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi.

Selasih mekar di tengah desa,


Mencelah sama kembang melati,
Guru Pembina Negara Bangsa,
Menabur ilmu berkhidmat bakti.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bacaan perutusan Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Che Noriza Binti
hari guru dan
Che Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau untuk
ucapan guru besar
membacakan perutusan Hari Guru daripada Menteri Kanan Pendidikan
Malaysia. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…………………………………………………………………………………………………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan perutusan Hari


Guru sebentar tadi.
Bacaan ikrar guru
Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru. Guru-guru diminta


untuk berdiri bagi membaca ikrar guru.

………………………………………………………………………………………………………

Guru-guru dipersilakan duduk.

Majlis diteruskan lagi dengan acara nyanyian lagu “Guru Malaysia”dan


lagu tema hari guru. Guru-guru diminta untuk berdiri bagi menyanyikan
Nyanyian lagu lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema hari guru.
“Guru Malaysia”
dan lagu tema hari ………………………………………………………………………………………………………..
guru
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Kangka Tebrau atas
nyanyian yang penuh bersemangat itu tadi.

Pertukaran hadiah
Anugerah guru
Sesi bergambar

Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah itu sebentar tadi,


maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Saya mewakili pihak majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana
Penutup sudi bersama-sama dalam majlis pada pagi ini.

Sekian, saya sudahi majlis ini dengan kalimah, wabillahitaufik


walhidayah wassalamualaikum wrt.

You might also like