You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

SESI 2023/2024 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.

SALUTASI NAMA DAN JAWATAN

Yang Berusaha,
Puan Ros Haya binti Aziz,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Noriah bt Othman,


Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Zalina binti Razali,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Ladang

Encik Azli Sham bin Abdul Wahab


Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Norwati binti Omar,


Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Ladang

Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras Majlis Pelancaran Program Mentor-mentee sesi


2023/2024.

Barisan guru-guru , serta murid-murid yang dikasihi sekalian.


TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
SESI 2023/2024 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.

MASA CUE ANN.

10.45pagi Pengumuman Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam


Madani. Semua murid berdiri di dalam barisan mengikut
kelas masing-masing.

10.50 pagi Nyanyian Lagu Guru-Guru dan murid-murid sekalian.


Negaraku &
Sekolahku Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian 3 buah
Sejahtera lagu iaitu Lagu Negaraku dan Sekolahku Sejahtera.

“Pause”

Terima Kasih, semua guru dan murid diminta duduk.

11.10 pagi Ucapan Bismillahirrahmanirrahim.


Alu-aluan / Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Madani.
Protokol
Yang berusaha,
Puan Ros Haya binti Aziz,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Noriah bt Othman ,


Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Zalina binti Razali,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Ladang

Encik Azli Sham bin Abdul Wahab


Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Ladang

Puan Norwati binti Omar,


Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Ladang

Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Program Mentor-


mentee sesi 2023/2024.

Barisan guru-guru seterusnya anak didik yang cikgu kasihi


sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana


dengan izin dan limpah kurniaNya, kita diberi kesihatan
dan kesempatan untuk bersama-sama menjayakan
program kita pada pagi ini.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
SESI 2023/2024 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.

11.15 pagi Bacaan Doa Guru-guru dan murid –murid sekalian,

Agar majlis kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT,


majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Zakaria
bin Ali untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

“Pause”

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zakaria


bin Ali atas bacaan doa sebentar tadi.

11.20 pagi Ucapan Guru-guru dan murid –murid sekalian,


Penyelaras
Program Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput
Cikgu Khairawati Suraya binti Kamaruddin selaku
penyelaras program bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

“Pause”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


Khairawati Suraya binti Kamaruddin atas ucapan sebentar
tadi.

11.45 pagi Ucapan Guru Guru-guru dan murid –murid sekalian,


Besar
Sudilah tuan tampil ke depan
Tampil ke depan tersenyum manis
Sudilah tuan beri ucapan
Beri ucapan merasmi majlis.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan dengan


menjemput Yang Berusaha Puan Ros Haya binti Aziz,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ladang bagi
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Program Mentor-mentee sesi 2023/2024
peringkat Sekolah Kebangsaan Ladang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

“Pause”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan


Guru Besar atas kesudian menyempurnakan perasmian
sebentar tadi.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
SESI 2023/2024 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.

12.00 pagi Gimik Guru-guru dan murid –murid sekalian,


Pelancaran
Marilah kita sama-sama menyaksikan gimik Pelancaran
Program Nilam bagi tahun 2023 peringkat Sekolah
Kebangsaan Ladang. Dipersilakan.

Untuk itu, Majlis menjemput Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid, Puan Zalina binti Razali untuk mengiringi Puan Guru
Besar untuk ----------------------------------------------------------
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

“Pause”

Majlis mengucap terima kasih kepada Puan Ros Haya binti


Aziz atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran
sebentar tadi.

12.30 Ucapan Alhamdulillah, Majlis kita telah pun sampai ke


Penutup penghujungnya.Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada puan Guru Besar kerana sudi
merasmikan masjlis pada pagi ini.

Sekian saja untuk kali ini. Mohon Maaf dari meja


Pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.

Gugur Menguning Buah Kuini


Menghijau Pohon Subur Dibaja
Majlis Kita Berakhir di sini
Salah dan Silap Maaf dipinta.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

You might also like