You are on page 1of 3

MASA

ATURCARA

SKRIP PENGACARA
7.30 pg Pendaftaran murid
tahun 1

Ibu bapa
mengambil tempat
di dalam dewan.
Pengumunan kepada ibu bapa / penjaga
Diminta kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk berada di
dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi
Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk tidak
berada di luar kelas agar tidak menggganggu ujian saringan yang
dijalankan
8.00 pg Alu-aluan
Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Tn. Hj. Subri bin Kasman
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Yang Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Hjh. Rusnawati bt Wok Ali
Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Siti Hamidah bt Md Ali
Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

En. Ameer Hamzah bin Ibramsah
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Hjh. Laila bt Mohamed Salleh
Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Barisan guru-guru, ibu bapa dan hadirin-hadirat yang dhormati
sekalian.

Selamat datang ke Hari Orientasi Tahun 1 2013.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatan kesyukuran
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat kita
berkumpul pada pagi yang berbahagia ini untuk sesi pendaftaran dan
taklimat untuk ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 yang bakal
memulakan sesi persekolah pada tahun ini.

Kami warga SKKJ mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir pada pagi
ini.
8.05 pg Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi hati
Doa dibaca mohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada pagi yang berbahagia
ini,majlis menjemput Ustaz Mohd Amin bin Md. Sidek untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
8.10 pg Ucapan Guru
Besar.
Untuk memulakan acara Hari Orientasi Tahun 1 2013 pada pagi ini,
majlis menjemput Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Syed
Sharapudin atas ucapan beliau sebentar tadi.
8.25 pg Ucapan YDP PIBG
& Perasmian

Hari Orientasi Tahun 1 ini diteruskan lagi dengan mejemput Tn. Hj.
Subri bin Kasman, YDP PIBG SK Kampung Jawa untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan YDP)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Subri
atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
8.40 pg Taklimat Unit
Kurikulum oleh
PK Kurikulum

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Hjh.
Rusnawati bt Wok Ali, Penolong Kanan Kurikulum untuk
menyampaikan taklimat mengenai Unit Kurikulum.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Taklimat Kurikulum)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Hjh. Rusnawati atas
taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.
9.00 pg Taklimat Unit
HEM oleh PK
HEM

Majlis seterusnya menjemput Pn. Siti Hamidah bt Md Ali, Penolong
Kanan HEM untuk menyampaikan taklimat mengenai Unit Hal Ehwal
Murid.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Taklimat HEM)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Siti Hamidah atas
taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.
9.20 pg Taklimat Program
Frog VLE
Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan taklimat Program
Frog VLE. Untuk itu majlis menjemput Pn. Wanida bt Sapuan bagi
menyampaikan taklimat berkenaan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Taklimat Program Frog VLE)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Wanida atas taklimat
yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharapkan semua ibu bapa dan
penjaga dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Pn. Wanida
berkaitan dengan Program Frog VLE tersebut.
9.50 tgh Sesi soal jawab Seterusnya jika ada sebarang soalan daripada ibu bapa boleh
diajukan kepada semua pentadbir SKKJ.
Dipersilakan.
10.00 tgh


Pembayaran Yuran Dengan ini maka berakhirnya Hari Orientasi Tahun 1 2013.

Kepada semua ibu bapa dan penjaga, kami warga SKKJ mengucapkan
jutaan terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami untuk
mendidik anak-anak ini. Semoga kerjasama dari semua pihak akan
dapat memberikan pendidikan yang terbaik demi memartabatkan
pendidikan di perngkat yang tertinggi.

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat
bagi mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan
kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan.
Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan
segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Kepada semua ibu bapa dan penjaga boleh membuat pembayaran
sumbangan PIBG dan lain-lain pembayaran kepada guru kelas.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like