You are on page 1of 1

PERATURAN PERTANDINGAN NASYID SEMPENA KARNIVAL SKKJ KALI KE 3 1. PENYERTAAN 1.1.

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) SKKJ. 1.2. Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang terdiri daripada 9 orang murid termasuk pemain muzik. 1.3. Anggaota kumpulan hendaklah terdiri daripada satu kumpulan jantina sahaja. 2. LAGU DAN LIRIK 2.1. Setiap kumpulan dikehendai mempersembahan satu buah lagu. 2.2. Lirik lagu yang dipersembahkan mestilah berkaitan dengan Rasulullah. 2.3. Lirik lagu berkenaan juga perlulah diselitkan dengan selawat. 3. PERSEMBAHAN 3.1. segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan. 3.2. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja. 3.3. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live). 4. PAKAIAN 4.1. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut : 4.1.1. Lelaki memakai pakaian kebangsaan (bersampin dan bersongkok hitam) yang lengkap dan berkasut. 4.1.2. Perempuan berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut. 4.1.3. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. 4.1.4. Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. 5. MASA 5.1. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk mempersembahkan lagu pilihan. 5.2. Masa dikira bermula peserta mula menaiki pentas. 5.3. Loceng pertama akan dibunyikan selepas 5 minit pertama. 5.4. Loceng kedua akan dibunyikan selepas 8 minit. 6. PEMARKAHAN 6.1. Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada tiga bahagian : 6.1.1. Lagu 30 markah 6.1.2. Gaya persembahan 30 markah 6.1.3. Suara harmoni 40 markah 7. PENENTUAN KEPUTUSAN 7.1. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan. 7.2. Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya. 7.3. Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk kepada : 7.3.1. Pertama : Suara 7.3.2. Kedua : Lagu 7.3.3. Ketiga : Persembahan 7.4. Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan membuat keputusan. 7.5. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

You might also like