You are on page 1of 4

ACARA Aluan pengerusi majlis

TEKS Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan ; Buat bingkisan salam pertemuan. Yang Berusaha Encik Roslan bin Rosli, Yang di Pertua PIBG, SMK Padang Polo, Yang berusaha Puan Noorzela binti Abu Bakar, Pengetua SMK Padang Polo Cik Yeow Poh Cheng, Penolong Kanan Pentadbiran Puan Nona binti Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Ong Poh Cheng, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Pua Yoke Fang, Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru-guru, ibu bapa yang kami sanjungi dan para pelajar tingkatan 1 yang kami kasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi program perjumpaan waris tingkatan 1. Pihak majlis ingin mengucapkan selamat datang kepada anak-anak didik tingkatan 1 yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan peringkat menengah.

CATATAN

Bacaan doa

Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat, Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat. Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk tazimnya menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Yazriha bin Yaakob untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mohd Yazriha bin Yaakob atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan YDP Bagi meneruskan majlis, dijemput yang PIBG berusaha Encik Roslan bin Rosli, Yang Dipertua PIBG SMK Padang Polo untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Roslan bin Rosli atas ucapan itu tadi.... Ucapan Pengetua Seterusnya pihak majlis ingin mempersilakan Yang berusaha Puan Noorzela binti Abu Bakar, Pengetua SMK Padang Polo untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Noorzela binti Abu Bakar atas ucapannya sebentar tadi. Taklimat PK Sekarang di jemput cik yeow poh cheng, Pentadbiran penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan taklimat berkaitan

pentadbiran dan juga akademik. Dipersilakan. Terima kasih di ucapkan kepada cik yeow poh cheng atas taklimat yang telah di sampaikan. Taklimat PK Majlis diteruskan dengan taklimat yang akan HEM disampaikan oeh puan nona binti din, penolong kanan hal ehwal murid. Dipersilakan. Terima kasih di ucapkan kepada puan nonan binti din atas taklimat yang telah di sampaikan. Taklimat PK Baiklah, seterusnya di jemput puan ong poh Kokurikulum cheng, penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan taklimat yang berkaitan. Dipersilakan. Terima kasih di ucapkan kepada puan ong poh cheng atas taklimat yang telah di sampaikan. Pengisian borang soal selidik sarana ibu bapa Sebelum majlis ini di tamatkan, pihak sekolah ingin memohon kerjasama dari semua pihak ibu bapa untuk menjawab borang soal selidik berkaitan dengan sarana ibu bapa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.

Borang soal selidik berkenaan boleh di kembalikan kepada guru-guru yang berhampiran dengan anda. Jamuan ringan Pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri bagi perjumpaan ini. Semua hadirin di jemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang di sediakan. Sekian tamatlah sudah majlis kita pada hari ini.Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatu dan Salam 1Malaysia.

bersurai

You might also like