You are on page 1of 1

Teks Ucapan Lembaga Pengurusan Sekolah Sempena

Program Lestari Sekolah.

Terima kasih pengerusi majlis.

Salam pagi, salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia.

Yang Berbahagia, YB Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Johor, Yang Berusaha, Encik Lin Wai Hong,Guru Besar SJKC
PEI CHENG, Guru-guru dan para tetamu kehormat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Saya bersyukur kepada Tuhan,dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul


pada pagi yang indah ini untuk menjayakan Program Lestari Sekolah. Saya selaku
wakil Lembaga Pengurusan Sekolah mengalu-alu kedatangan YB ke sekolah kami.
Saya berbesar hati atas sumbangan YB memberi sebanyak 200 anak pokok untuk
Program Lestari Sekolah. Persekitaran yang segar dan ceria dan memberi
semangat yang positif bagi warga sekolah untuk melakukan aktiviti harian di
sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, sebagai wakil Lembaga Pengurusan Sekolah


saya ingin memohon kepada YB berkenaan sumbangan pembinaan tempat
menunggu bas. Hal ini dapat mengatasi masalah murid dan ibu bapa yang
mengalami kesukaran ketika waktu pulang. Saya berharap dengan berbesar hati YB
akan pertimbangan permohonan kami.

Saya mengakhiri ucapan saya dengan ribuan terima kasih kepada YB Haji Tosrin bin
Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang telah
banyak menyumbang kepada sekolah kami dan semua pihak terlibat yang
meluangkan masa anda. Sekian terima kasih.

You might also like