You are on page 1of 1

Teks Ucapan YDP PIBG Sempena Hari guru 2019

Yang dihormati, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, En Zam Zam Bin Tumijan
Guru Besar SK Sengkang, Pn. Aizah binti Ghazali Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sengkang , En Shamsul Kamar Bin Mat Yassin Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Sengkang ,Puan Salmizan Binti Salam Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Sengkang ,barisan guru-guru dan tidak dilupakan, anak-anak
yang dikasihi. Salam Sejahtera.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana pihak sekolah menjemput saya hadir ke majlis Sambutan Hari Guru
peringkat SK Sengkang untuk bersama-sama meraikan Hari Guru.

Sepanjang saya menyandang jawatan sebagai Yang Di Pertua PIBG, saya


mendapati pihak pentadbir dan juga guru-guru sentiasa berusaha untuk
memastikan anak-anak kami dapat belajar dalam suasana yang kondusif.
Semua masalah terutama yang melibatkan masalah disiplin anak-anak kami
dapat diatasi bersama. Terima kasih cikgu kerana membantu kami sebagai
ibu bapa yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak
kami.

Saya mewakili AJK PIBG dan juga ibu bapa bagi semua pelajar Sk Sengkang
ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru. Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak
berkorban membantu demi kemajuan pendidikan anak-anak kami.
Harapan kami sebagai AJK PIBG SK Sengkang agar cikgu-cikgu semua diberi
kesihatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian.

SELAMAT HARI GURU.


“GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”.

Terima kasih.

You might also like