You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN GURU BESAR

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Assalamualaikum W.B.T, Selamat Pagi dan “Salam Keluarga Malaysia” kepada semua warga SK
Sungai Merab Luar.

Yang Berusaha,

Encik Mohd Izzuddin Bin Yoop, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Hajah Hartini Binti Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En Muhammad Samsolri Bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum.

Barisan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini
sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Gemilang ini bagi peringkat SK
Sungai Merab Luar.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, kehadiran semua warga sekolah dalam majlis penutupan Bulan Kebangsaan pasti
dapat menyemarakkan lagi program kita pada pagi ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta semua panitia
akademik yang terlibat dalam sambutan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat
sekolah bagi tahun 2022. Tahniah kerana usaha gigih tuan puan merancang dan menyusun serta
sekaligus menjayakan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada majlis sambutan ini di peringkat
sekolah.

Hasil permuafakatan dan capaian idea yang bernas oleh ahli jawatankuasa induk dan panitia
akademik ini maka lahirlah pelbagai program dan aktiviti yang dirasakan cukup meriah dalam
melahirkan warga SK Sungai Merab Luar yang mempunyai semangat patriotic.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu
matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara
Malaysia. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat
negara Malaysia yang tercinta. Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi
sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap
kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

Sebelum saya akhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi ingin saya ucapkan syabas dan tahniah
kepada para pemenang. Bagi yang tidak menang jangan bersedih. Tahun hadapan cuba lagi.
InsyaAllah. Sehubunganr itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan
Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sungai Merab Luar.

Sekian, terima kasih.

You might also like