You are on page 1of 2

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SK BANDAR ANGGERIK

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera


Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat
kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 ini dalam suasana yang harmoni.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi demi meningkatkan prestasi
sekolah ini.Untuk makluman hadirin semua, tahun 2020 merupakan tahun memperkasakan
akademik dan sahsiah yang telah diadun khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan
akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku transformasi dalam sistem pendidikan
negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada
semua pendidik dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat
kejayaan. Bertitik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan
melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga
cemerlang dari segi pembangunan rohani dan jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan
matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar impian murni dalam usaha
mencapai prestasi akademik dan sahsiah murid yang cemerlang .
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat
bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung
dalam NKRA dan merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru
sesi 2020/2021 dan warga pendidik SKBA pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih
saya ucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta
penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan
tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang
terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan
Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan amanah,

(MAZLI BIN BOJO)


Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik

You might also like