You are on page 1of 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Perai

Majlis Pelancaran Skrin Digital dan


Program “1 Murid 1 BKS Bulanan

Ucapan Yang Dipertua PIBG


PN. ROSHANNISA BINTI CHE KASSIM
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk
memberi sepatah dua kata sempena Majlis Pelancaran
Skrin Digital dan Program “1 Murid 1 BKS Bulanan”. Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga
kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK
Majlis. Kejayaan ini merupakan lembaran baru kepada warga
SMK Perai yang sedang menuju ke arah dunia Pendidikan yang
maju ke hadapan. Saya pasti semangat juang dan dedikasi
warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang
dalam aspek akademik maupun sahsiah.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama


melahirkan kejayaan anak-anak. Kejayaan dan komitmen yang
tinggi ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum
maupun kokurikulum . Jelaslah di sini , komitmen semua pihak
mampu menjayakan aspirasi negara.
Saya berdoa agar SMK Perai akan terus menjadi gedung ilmu
terbaik yang dibangunkan oleh barisan pendidik yang waja
dalam hati dan cekal dalam jiwa. Kita berkhidmat kerana kita
yang terpilih oleh Allah untuk menyampaikan setitis daripada
ilmu-NYA yang seluas lautan membiru. Insha-Allah semoga
dengan keberkatan ilmu yang kita curahkan kepada para pelajar
dengan penuh keikhlasan akan menjadi asbab kepada lahirnya
lebih ramai anak watan yang menyumbang kepada berdirinya
sebuah negara yang makmur dan maju setanding dengan
negara-negara yang lain.

Sekian terima kasih.

You might also like