You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN GB

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2023/2024


SK PT Bulat

Terima kasih cikgu Naziha selaku pengacara majlis,

Bismillahirrahmanirrohim..

Yang Berbahagia, Encik Amin bin Rathaman, Yang Di Pertua PIBG SK Pt Bulat

Pn Rozaliza bt Sarpuan, Naib Yang dipertua PIBG Sk Pt Bulat

Yang dihormati,

Tn Hj Ariffpudin b Abd Latif, Penghulu Mukim Sri Menanti

Encik Juahir bin Hj Yamin, Ketua kg Pt Bulat

Tn Hj Mohd Lasim bin Hj Amin, Imam 1 Masjid Jamek, Kg Pt Bulat

Encik Abdul Malek b Hj Siman, Ketua Kg Sri Menanti

Tn Hj Mansor bin Hj Ibrahim, Ketua kg Pt Nawi

Yang berusaha,
Pn Rusyati binti Parman, Penolong kanan Pentadbiran SK Pt Bulat

Pn Norayuni binti Rosman, Penolong kanan Kokurikulum,SK Bulat

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pt Bulat

Barisan guru
Tuan-Tuan, Puan-Puan, ibu bapa, hadirin-hadirat yang saya hormati seterusnya
anak anak didik SK Pt Bulat yang diraikan sekalian.

Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah inayahnya dapat kita berkumpul
pada pagi yang penuh bermakna ini untuk bersama-sama meraikan pengiktirafan
kepada anak-anak didik SK Pt Bulat yang telah memperoleh tahap pencapaian yang
cemerlang khususnya dalam bidang kurikulum sepanjang sesi persekolahan tahun
2023/2024.

Majlis yang gemilang ini telah disusun atur oleh pihak sekolah sebagai satu
agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah
diperoleh oleh anak-anak kita dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Ucapan syabas dan tahniah juga kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang
tentunya telah berusaha gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur
seterusnya mencapai matlamatnya.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Tahniah diucapkan kepada semua murid SK Parit Bulat yang telah


berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik sesi
2023/2024. Selain bidang akademik, kita juga turut berbangga dengan
pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum khususnya
pertandingan ko-akademik, kelab dan persatuan, unit beruniform serta
dalam bidang sukan sama ada di peringkat zon, daerah negeri, kebangsaan
mahupun antarabangsa.

Tidak dilupakan juga dari segi pencapaian sahsiah yang baik turut sama
diberikan pengiktirafan kerana kecemerlangan akademik perlulah seiring
dengan kecemerlangan sahsiah.
Sekalung tahniah diucapkan untuk semua guru yang telah bekerja keras demi
menyediakan dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Tidak lupa juga, Syabas kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting
dalam mencorakkan masa depan anak-anak. Maka saya ingin menyeru kepada diri
saya,tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa sekalian, marilah kita saling bergandingan
bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-
warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit
warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.

TUNDUK HORMAT

Para hadirin sekalian,

Sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua murid
yang menerima anugerah pada pagi ini. Jadikanlah kecemerlangan hari ini
sebagai motivasi dan contoh serta ikutan kepada murid-murid lain untuk
meningkatkan pencapaian akademik pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada


jawatankuasa pelaksana Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2023/2024. Kepada
para tetamu dan hadirin sekalian, sokongan tuan-tuan dan puan-puan, ibu dan ayah
sentiasa diharapkan agar kemenjadian murid SK Pt Bulat sentiasa berterusan.

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memetik 2 rangkap pantun.

Batu permata Cahaya gemerlap


Tampak berbayang di atas peti
Prestasi digarap potensi digilap
Anugerah cemerlang menjadi bukti
Ikan sembilang sepat dan kelah,
Guna bubu bisa di hujung,
Penat lelah terbalas sudah,
Budi dan bakti sentiasa dijunjung.

Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi


wabaratuh.

You might also like