You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN PERSAMI

PUAN HAMIDAH BINTI RADIN

TIMBALAN PPD, SEKTOR
PEMBELAJARAN, PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH
BATU PAHAT.

MAJLIS SEKALUNG BUDI SELAUT KASIH

GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS DAERAH
BATU PAHAT
1.12.2021
RABU
HOTEL KATERINA BATU PAHAT

1
TEKS UCAPAN PERASMI :

Terima kasih Tuan/Puan Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Dihormati, Pn Hamidah binti Radin Husin – Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran, PPD
Batu Pahat.

Yang Dihormati, En Mohd Faris bin Adanan – Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis ini yang
disekalikan dalam majlis perpisahan En Faris dan pesaraan rakan-rakan guru PPKI daerah
Batu Pahat.

Yang Dihormati, En. Abu Bakar bin Abdul Rahim dan En Shamsudin bin Awang- Penolong
PPD Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Batu Pahat.

Yang Berusaha, Cikgu Azman bin Salip, Pengerusi Pertubuhan Guru Pendidikan Khas
(PGPK) Johor Cawangan Daerah Batu Pahat.

Yang Diraikan, mantan guru-guru pendidikan khas Daerah Batu Pahat yang bersara mulai
2019 sehingga Disember 2021. Saya dimaklumkan guru pencen yang diraikan dan yang
hadir berjumlah 18 orang daripada jumlah 22 orang kesemuanya. Tahniah.

Tahniah kepada barisan jawatankuasa Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK ) Johor
Cawangan Daerah Batu Pahat bersama Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Khas
Daerah Batu Pahat.

Yang Dihormati , Barisan Jawatankuasa PGPK dan Jawatankuasa Majlis Sekalung Budi
Selaut kasih dan para hadirin yang dikasihi sekelian.

Beras kunyit saya taburi,

Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

2
Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa, Allah SWT
kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita bersama-sama pada petang yang berbahagia ini
untuk meraikan majlis persaraan guru-guru PPKI Daerah Batu Pahat sepanjang tahun 2019
sehingga tahun 2021.

Hadirin yang dimuliakan,

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Majlis Sekalung Budi Selaut kasih
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak PGPK yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program rutin meraikan matan guru PPKI yang telah
menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang, sepanjang tempoh perkhidmatan.
Saya yakin cikgu-cikgu telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan,
perkembangan dan pembangunan sekolah,sama ada dari segi akademik, kokurikulum,
keceriaan dan pembinaan modal insan. Penglibatan murid dan pelajar semasa PdPr,
penyertaan murid dan pelajar dalam aktiviti dalam talian seperti e-Senamrobik, e-Mahabah
dan e-Kokurikulum sangat memberangsangkan.
Maka tidak mustahil Program Pendidikan Khas Integrasi dan Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas berada ditahap yang cemerlang di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
Tahniah juga kepada guru dan murid antaranya yang cemerlang daripada PPKI tahun
2020/2021:

BILANGAN KATEGORI PENCAPAIAN

2 GURU ANTARABANGSA
4 MURID ANTARABANGSA
2 GURU KEBANGSAAN
27 MURID KEBANGSAAN
4 GURU NEGERI
46 MURID NEGERI

3
Burung kedidi di sambar helang

Bawa naik ke pohon tinggi

Budi kalian mana nak hilang

Sudah mesra di dalam hati

Hadirin yang dimuliakan,

Patah tumbuh hilang berganti, namun yang hilang akan tetap abadi dalam memori dan yang
tumbuh mengantikannya pula diharapkan dapat meneruskan legasi. InsyaAllah.
Hadirin yang berbahagia,
Semoga hubungan silaturahim ini akan berkekalan sepanjang zaman. Pada kesempatan ini,
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua matan guru PPKI atas sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan.
Saya doakan semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmatNya dan peliharaanNya,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan pada
setiap masa. Semoga Allah menganjari kebaikan atas usaha murni yang telah disumbangkan.
Sabda Rasululah SAW ”Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka
dia dapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang-orang yang melakukannya” (Riwayat
Muslim)

Untuk yang terakhir kalinya, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya
membacakan sebuah gurindam yang saya petik daripada Gurindam 12 Fasal kelima Karya
Raja Ali Haji yang mengambarkan keperibadian.

Jika hendak mengenal orang berbangsa

Lihatlah kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memelihara yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihatlah pada ketika bercampur dengan orang ramai.

4
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Sekalung
Budi Selaut Kasih

Sekian terima kasih.

Wabilhitaufik Walhidayah Wasalamualikum Warah Matullah Hiwa

Barakatuh.

5
6
7

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan

Sekian terima kasih.

Wabilhitaufik Walhidayah Wasalamualikum Warah Matullah Hiwa

8
Barakatuh.

You might also like