You are on page 1of 5

MAJLIS MAKAN MALAM KARNIVAL PSKPP DAN

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT


DAERAH DARO TAHUN 2011.
Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.
Assalamualaikum warahmatullah
sejahtera dan salam 1Malaysia.

hibarakatuh,

pengetua SMK TPDPHN Daro, SMK Belawai, Pengerusi


MGB Daerah, Pengerusi setiap zon kelompok sekolah
rendah, Guru Besar-Guru Besar atau wakil, penguruspengurus setiap pasukan, semua ahli jawatankuasa kerja,
para hadirin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian serta para pelajar yang dikasihi.

salam

YB Encik Abu Seman Jahwie Setiausaha Politik Kepada


Ketua Menteri Sarawak merangkap ADUN N. 38
Jemoreng
Yang Berbahagia ................................ wakil Pegawai
Daerah Matu,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan


limpah dan kurnianya juga memungkinkan kita dapat
berkumpul di Dewan SMK Matu pada malam ini dalam
keadaan yang damai dan rukun. Kepada semua warga
pendidik Daerah Daro khasnya, syukur alhamdulillah
kerana sekali lagi kita berjaya berkumpul sebegini pada
tahun ini.

Yang dihormati Cikgu Abg Razali Abg Sulaiman dan


Ustaz Awang Sarkawi bin Awang Rosli wakil Pegawai
Pelajaran Daerah Mukah

Selaku pengerusi jawatankuasa induk Karnival PSKPP dan


Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Daro tahun 2011,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat datang kepada semua khasnya kepada tetamu
kehormat kita iaitu YB Encik Abu Seman Jahwie kerana
dalam kesibukan beliau mengalas tugas politik, beliau
masih mampu melapangkan masa beliau seterusnya
menerima undangan kita sebagai tetamu kehormat kita
pada malam ini.

Yang
dihormati
ketua-ketua
jabatan, Ayahanda
Temenggong Hj. Tioh, penghulu-penghulu, pemancapemanca, Tuan-imam-tuan imam, ketua-ketua kaum,

Ucapan selamat datang ke majlis makan malam sempena


karnival PSKPP dan Sambutan Hari Guru ini juga saya
panjangkan kepada semua tetamu undangan yang sudi

Yang Berusaha Cikgu Abdul Hamid Alias ( Pengetua SMK


Matu ) dan Cikgu Yahya bin Wahap ( Guru Besar SK Sok )
selaku pengerusi bersama Karnival PSKPP dan Sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Daro tahun 2011

meluangkan masa mereka bagi menambahserikan lagi


majlis kita pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran yang
berhormat dan para jemputan ke majlis kita pada malam
ini mencerminkan betapa mereka memberi sokongan yang
padu kepada program/aktiviti yang dikelolakan oleh
pejabat pelajaran ( mohon warga pendidikan yang berada
di dewan memberi tepukan gemuruh sebagai tanda
penghargaan kita kepada kehadiran dan sokongan yang
telah ditunjukkan oleh mereka, terima kasih ).
Yang Berhormat serta para hadirin sekalian,
Majlis Makan Malam yang diadakan kita pada malam ini
adalah merupakan kemuncak kepada dua program yang
saban tahun diadakan di peringkat Kebangsaan dan Negeri
iaitu Pesta PSKPP ( Persatuan Sukan Kebudayaan
Pegawai-Pegawai Pendidikan ) dan Sambutan Perayaan
Hari Guru. Kita di peringkat Daerah Daro cuba sedaya
upaya agar seluruh warga pendidikan yang menabur bakti
di setiap sekolah sama-sama dapat merasakan bagaimana
rasanya menyambut kedua-dua aktiviti tersebut dalam
kelompok yang lebih besar. Walaupun di peringkat
kebangsaan atau negeri kedua-dua aktiviti ini diadakan
secara berasingan, namun kita di peringkat daerah Daro
khasnya mengambil inisiatif untuk mengadakannya
serentak memandangkan kita menghadapi kekangan dari
aspek kewangan dan masa. Namun, walaupun diadakan
secara serentak, berkat kerjasama dan komitmen yang

telah ditunjukkan oleh semua pihak maka kita masih


mampu mengadakannya dengan jayanya. Syabas dan
tahniah kepada semua. Untuk makluman yang berhormat
serta hadirin sekalian, untuk mengelolakan aktiviti ini kita
hanya bergantung kepada peruntukan kewangan sendiri
dan sedikit derma ikhlas pihak yang baik hati
menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga
mahupun kewangan. Oleh itu, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua pihak atau individu yang telah
bermurah hati menghulur bantuan derma kepada
Jawatankuasa pengelola untuk menjayakan perjalanan
aktiviti yang telah dikelolakan. Kepada semua warga
pendidik yang tidak berkira sangat tentang pengorbanan
kewangan demi menjayakan program kita, saya ucapkan
terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat serta para hadirin sekalian,
Aktiviti ini telah dijalankan bermula pada 23 Jun sehingga
25 Jun dan kemuncaknya ialah majlis makan malam yang
diadakan pada malam ini. Sepanjang tempoh itu, terdapat
12 acara yang telah dijalankan iaitu pertandingan
bolasepak, sepak takraw, badminton, bola tampar, bola
jaring, menyumpit, memancing, olahraga, ping pong,
derma darah dan perlawanan persahabatan dengan
MAKSAK Daerah Matu.

Untuk makluman yang berhormat aktiviti-aktiviti yang


dikelolakan adalah gabungan aktiviti yang sering diadakan
apabila pesta PSKPP dan Sambutan Hari Guru diadakan di
peringkat Negeri. Pada tahun ini, sekolah-sekolah
kelompok Zon Matu dan SMK Matu telah diberi mandat
untuk menjadi tuan rumah. Sejumlah 8 pasukan yang telah
menyertai karnival ini iaitu Zon Tanjung Alan, Zon
Tanjung Jol, Zon Tanjung Gelang, Zon Tanjung Sirik, Zon
Tanjung Manis, SMK TPDPHN Daro, SMK Matu dan
SMK Belawai. Syabas dan tahniah di atas kejayaan
jawatankuasa pengelola yang telah berjaya mengelolakan
semua aktiviti yang dirancang dengan jayanya. ( Mohon
tepukan gemuruh untuk jawatankuasa pengelola terima
kasih ). Objektif teras pengelolaan Karnival PSKPP dan
Sambutan Hari Guru kali ini adalah;
1) Sebagai penghargaan kepada sumbangan para guru
di Daerah Daro
2) Aktiviti riadah seterusnya memilih pemain ke pesta
PSKPP peringkat Negeri yang akan diadakan di
Sarikei pada akhir Julai ini
3) Memupuk dan mempertingkatkan kerjasama
dikalangan sesama warga pendidikan dan dengan
komuniti setempat
4) Sebagai wadah untuk seluruh warga pendidikan
Daerah Daro saling kenal mengenali antara satu
sama lain seterusnya berkongsi idea ke arah
penambahbaikan mutu profesion

Yang berhormat dan para hadirin sekalian,


Tema Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Penjana
Tranformasi Pendidikan Negara. Pemilihan tema ini
adalah bertepatan dengan sumbangan guru dalam
menjayakan program transformasi pendidikan yang
dilaksana bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama
Negara ( NKRA ) pendidikan. Sememangnya tanpa
komitmen dan dedikasi para guru adalah tidak mungkin
tercapai hasrat mewujudkan sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi selaras dengan Gagasan 1Malaysia
yang berlandaskan prinsip Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Kejayaan membangunkan
modal insan terletak pada peranan berkesan yang
dimainkan oleh guru sebagai golongan yang bertauliah
secara formal. Namun, peranan aktif semua pihak samada
pemimpin-pemimpin, jabatan kerajaan yang lain, komuniti
serta para ibu turut membantu usaha kementerian pelajaran
untuk membentuk modal insan. Oleh itu, saya berharap
agar kita semua saling bantu membantu ke arah
kemenjadian anak didik yang kita harapkan.
Kepada semua warga pendidik,
Saya mengambil kesempatan ini menyeru agar kita semua
mampu memegang amanah yang digalas di bahu kita agar
kita memberi khidmat kita tanpa mengambilkira

kedudukan atau status stesen kita bertugas, latar belakang


anak didik yang pelbagai serta kekurangan prasarana yang
terdapat di sekolah. Kita sedia maklum, bahawa pihak
kerajaan dari semasa ke semasa akan terus berusaha untuk
mempertingkatkan tahap prasarana di sekolah demi untuk
keselesaan para pegawai dan anak didik. Apa yang perlu
ialah sewajarnya guru sentiasa bersedia dan melengkapkan
diri dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam
dunia pendidikan supaya guru relevan, versatil berperanan
sebagai pemangkin untuk menyempurnakan kehendak
negara.
Yang berhormat serta para hadirin sekalian,
Bertitik tolak dengan pentingnya penglibatan semua pihak
dalam arena pendidikan, maka pengelolaan karnival
PSKPP kita pada tahun ini adalah berkonsepkan kepada
memasyarakatkan pendidikan. Hasrat kita agar tugas
dan tanggungjawab untuk mendidik anak didik tidak hanya
terletak 100% di bahu para guru sahaja. Keterbatasan
waktu para guru bersama anak didik mereka serba sedikit
membantut usaha pemantauan mereka terhadap
perkembangan anak didik mereka terutama apabila habis
waktu rasmi pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik
darjah atau di sekolah. Sisa masa dan waktu yang tinggal,
kebanyakan anak didik kita berada di rumah bersama
keluarga atau di luar rumah rakan sepermainan. Waktu dan
masa inilah yang memerlukan pihak luar agar terlibat

secara aktif untuk memantau perkembangan mereka. Kita


hanya mengharapkan agar anak didik kita apabila berada
di rumah mereka terus menjalankan peranan mereka
sebagai seorang pelajar dengan membuat kerja rumah,
mentelaah buku dan membuat ulangkaji pelajaran.
Kegagalan mereka melakukan semua ini sedikit sebanyak
membantutkan proses menuntut ilmu di kalngan mereka.
Yang berhormat serta para hadirin,
Sedikit singkapan rentetan kejayaan PPD Daro sepanjang
tahun 2010 yang lalu. Beberapa buah sekolah dan pelajar
telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan awam, terdapat juga sekolah yang menerima
beberapa anugerah di atas kejayaan tersebut semasa
sambutan Hari Guru peringkat negeri yang lepas. Selain
itu, terdapat 8 buah sekolah rendah dari Daerah Daro telah
berjaya menerima New Deal di atas usaha dan kejayaan
pihak sekolah sepanjang tahun 2010. Harapan kita agar
bilangan ini bukan sahaja bertahan malah perlu
dipertingkatkan. Selain daripada itu, Daerah Daro telah
menunjukkan percapaian cemerlang dalam keputusan
UPSR sama ada dari segi kuantiti mahupun kualiti.
Kejayaan ini tidak hanya terhad kepada sekolah rendah,
malah 3 buah sekolah menengah dibawah seliaan PPD
Daro juga telah menunjukkan kecemerlangan. Sekolah
menengah di daerah kita mampu melahirkan pelajar yang
berkualiti dalam PMR dan SPM. Dalam bidang

kokurikulum, budaya kecemerlangan yang diamalkan turut


menampakkan keberhasilannya. Ini jelas terbukti beberapa
buah sekolah mampu melahir pelajar yang mewakili
bahagian Mukah sama ada dalam bidang sukan, kelab dan
persatuan ke peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan
tahniah kepada sekolah yang telah menunjukkan
kecemerlangan tersebut dan saya percaya dan yakin manamana sekolah yang belum berjaya terus mempertingkatkan
usaha untuk mencapai kecemerlangan dan teruskan usaha
tersebut.
Yang berhormat serta hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terlebih dahulu
saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua yang hadir ke majlis pada malam ini terutamanya
kepada yang berhormat Encik Abu Seman Jahwie serta
rombongan, ketua-ketua jabatan atau wakil, ketua-ketua
masyarakat, semua pengetua, guru besar, para ibu bapa
serta para hadirin sekalian.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dipanjangkan
kepada jawatankuasa pengelola yang dipengerusi bersama
oleh Pengetua SMK Matu dan Guru Besar SK Sok serta
semua ahli-ahli yang telah berkerja keras bagi memastikan
kejayaan pengelolaan aktiviti kita pada tahun ini.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara


kumpulan atau individu yang telah menghulur sumbangan
sama ada dalam bentuk tenaga tulang empat kerat
mahupun wang ringgit. Sesungguhnya sumbangan semua
pihak banyak membantu kejayaan pengelolaan akviti kami
dan semoga usaha murni tuan-tuan dan puan-puan semua
tidak terhenti di sini sahaja. Sudilah kiranya menghulur
bantuan di masa-masa akan datang.
Kepada semua pasukan yang telah berjaya dalam
pertandingan yang dikelolakan, ucapan syabas dan tahniah
diucapkan. Kepada yang belum berjaya cuba lagi di masa
akan datang. Memang sudah adat bertanding sudah pasti
ada yang kalah jika ada pemenangnya.
Sekian, wabillah hitaufiq....... assalamualaikum warah
matullah hibarakatuh.

You might also like