You are on page 1of 7

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum W.R.T.....Salam Muafakat Johor, Salam Sejahtera dan SALAM HARI


GURU kepada semua guru-guru yang dihormati sekelian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah rahmat dan
kasih sayang-Nya pada hari ini kita berjaya mengadakan MAJLIS PERHIMPUNAN
BULANAN BAGI KALI KE 5 TAHUN 2015 PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI JOHOR.

YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG


BERBAHAGIA DATO-DATO, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN
SEKALIAN

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru yang kita sambut
setiap 16 Mei kepada semua kakitangan guru yang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri
Johor.

Tema Sambutan Hari Guru 2015 ialah GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN
AKHLAK.

GURU : Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada
pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas,
berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya
menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

MEMBINA ILMU : Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti
pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu
yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek (kognitif).
MENYEMPURNAKAN : Menjadikan sempurna atau lengkap.Warga pendidik berperanan
untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

AKHLAK : Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap
modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat
membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohaian dan kurikulum,
menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta
menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi
menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting
dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam
membina negara bangsa yang berkualiti.

Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam
bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge
development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan
keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta
penggunaan bahan sumber secara berkesan.

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak
ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025,
sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru,guru merupakan agen ke arah
merealisasikan hasrat tersebut.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025, iaitu ke arah Sitem
Pendidikan Negara yang memastikan AKSES kepada kejayaan, KUALITI standard
antarabangsa yang tinggi, EKUITI untuk semua murid, memupuk PERPADUAN dalam
kalangan murid dan pelaksanaan BERKECEKAPAN tinggi.

1AGENDA pula menghuraikan semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda, iaitu
memastikan kejayaan PPPM 2013 2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika
profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid
seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada kesempatan ini marilah kita sama-sama tilik taakul dengan penuh pencermatan gagasan
pemikiran pemimpin pendidikan negara dalam mencapai MISI NASIONAL PENDIDIKAN
NEGARA dan TEMA HARI GURU 2015.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyatakan bahawa
usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila
kepakaran dari semua peringkat pendidikan digemblengkan secara lebih menyeluruh untuk
menghasilkan satu lonjakan dalam pendidikan negara.

Tema hari guru amat sesuai dijadikan wadah perjuangan semua guru dalam melaksanakan
Pelan Transformasi Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja
berkualiti tinggi malah mampu menjana kemakmuran negara.

Menurut Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula menyatakan bahawa tema hari guru
pada tahun ini menuntut semua guru melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan
berlandaskan aspirasi murid seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Kejayaan sistem pendidikan adalah bergantung kepada guru yang cemerlang dan
profesional. Guru yang cemerlang dan profesional dalam jentera pendidikan ialah guru di
bilik darjah, pentadbir sekolah dan pentadbir pendidikan yang daya fikirnya, komitmennya
dan etos profesionalnya tertuju dan tertumpu kepada usaha menyampaikan perkhidmatan
pendidikan yang berkualiti.
Menurut Dato Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa para
guru perlu keinginan yang kuat dan semangat yang kental untuk membentuk anak bangsa
menjadi generasi insan minda kelas pertama yang bersedia menghadapi persaingan global di
persada antarabangsa.

YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG


BERBAHAGIA DATO-DATO, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN
SEKALIAN

Demi menjayakan MISI NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA, maka 1ASPIRASI dan


1AGENDA hendaklah tersebar luas, difahami, dihayati dan dibudayakan oleh semua warga
guru walau pun di mana mereka berada.

Bermula hari yang mulia dan bersejarah ini , saya menyeru dan mengajak semua sahabat guru
bersama-sama kita pertingkatkan profesionalisme masing-masing, sanggup membuat
perubahan paradigma minda kelas pertama, bersedia dan berani menempuh cabaran dan
pertingkatkan prestasi kerja diri menjayakan PPPM 2013 2025.

Kita sebagai sebuah pasukan pendidikan hendaklah bersama-sama menghayati


budaya prestasi puncak (peak performance) dalam kerja buat pendidikan dan persekolahan
kita. Menerusi budaya ini kita bersama-sama memberi penekanan kepada pencapaian
akademik dan juga dalam masa yang sama kita memberi peneguhan yang kuat dalam aspek
kemenjadian insan murid.

Kita tidak mahu berbangga dengan pencapaian UPSR di peringkat rendah sahaja, tetapi bila
besar jika kita tidak memperlengkapkan diri mereka dengan segala kelengkapan, maka isunya
ialah murid kita tidak dapat bersaing di pentas global lebih-lebih lagi dengan dunia negara
maju.

Sekolah kita sudah pun dibekalkan dengan pelbagai sumber dan kemudahan pendidikan yang
bertaraf dunia. Penggerak utama ialah barisan kepimpinan pendidikan dan penjana utama
ialah barisan guru.
YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG
BERBAHAGIA DATO-DATO, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN
SEKALIAN

Antara faktor utama yang membantu menjayakan Transformasi Pendidikan Negara ialah
GURU YANG HEBAT (SUPPER CHARACTER) dan SEKOLAH YANG HEBAT (GREAT
SCHOOL).

Jika dilihat dalam aspek penyelidikan konvensional, faktor GURU YANG HEBAT dan
SEKOLAH YANG HEBAT adalah merupakan dua pembolehubah yang mempunyai korelasi
yang tinggi. Hipotesisnya ialah GURU YANG HEBAT boleh melahirkan SEKOLAH YANG
HEBAT.

Perkembangan pendidikan hari ini kita dituntut menjadi seorang GURU YANG HEBAT
(Supper Character). Menghadapi pendidikan globalisasi bertaraf dunia, maka kita tidak ada
pilihan melainkan menjadi seorang GURU YANG HEBAT.

Ciri-ciri GURU YANG HEBAT (Supper Character) ialah mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT), sentiasa belajar ilmu dan kemahiran baru, berjaya meneroka isu-isu
pendidikan yang baru, minda yang berani menanggung risiko, dedikasi dan jati diri.

Marilah kita menjadi seorang GURU YANG HEBAT (supper character) agar kita dapat
melahirkan lebih banyak sekolah di negeri ini sebagai SEKOLAH YANG HEBAT (GREAT
SCHOOL).

Seterusnya sama-samalah kita mewujudkan kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang


kental untuk terus kita dengan penuh setia memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi
membina masa depan pendidikan negeri Johor dan memastikan murid kita mendapat tempat
dalam dunia Malaysia negara maju menjelang 2020.

Dalam menjayakan usaha kita bersama-sama menyediakan peluang dan membina masa depan
murid-murid kita, marilah kita melakukan perubahan minda, lonjakan berganda dan meneroka
dimensi baru pendidikan abad ke-21 negara maju.
Pendidikan Johor pada tahun ini akan memberi fokus kepada KEMENJADIAN
KEPEMIMPINAN, KEMENJADIAN GURU, KEMENJADIAN MURID dan
KEMENJADIAN SEKOLAH menerusi terjemahan idealisme MESRA GURU, GURU
MESRA dan GURU PENYAYANG.

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua ketua-ketua sektor, ketua-ketua unit dan
warga jabatan keseluruhan ke Majlis Perhimpunan Bulanan kali ke 5 Peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri Johor Tahun 2015.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perhimpunan
Bulanan Tahun 2015.

Ucapan terima kasih kepada mantan pengarah dan mantan timbalan kerana turut sama
menjayakan majlis sambutan pada tahun ini.

Tahniah kepada sahabat guru negeri ini yang telah mencipta kejayaan dalam pendidikan yang
tidak dapat saya menyatakannya secara satu persatu sama ada di peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa sepanjang tahun 2014 sehingga hari ini.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Bulanan iaitu Sektor
Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah berkerja
kuat untuk menjayakan majlis perhimpunan pada kali ini.

Tahniah juga diucapkan kepada insan-insan cemerlang yang terpilih untuk menerima
Anugerah Tokoh Guru Negeri Johor Tahun 2014 dan anugerah-anugerah lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri
Johor Tahun 2015.

Akhir kalam, sekali lagi saya menyeru kepada semua guru supaya terus melaksanakan
amanah pendidikan dengan penuh integriti berteraskan Etika Profesion Keguruan.
Setiap institusi pendidikan di negeri ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi
membolehkan murid daripada pelbagai latar belakang bangsa, etnik dan agama dapat bergaul
dengan lebih mesra dan akrab untuk memantap dan mengekalkan perpaduan bangsa Malaysia.

Modal insan bertaraf antarabangsa hanya mampu dilahirkan menerusi sistem pendidikan
bertaraf dunia dan guru bertaraf dunia.

SELAMAT HARI GURU.


GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
TERIMA KASIH CIKGU.
Wassalamualaikum w.b.t.

You might also like