You are on page 1of 2

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini memasuki Gelombang


2 (2016-2020) yang berteraskan kepada 11 anjakan utama dan salah satunya adalah
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Menerusi anjakan ini juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menanda
aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard
antarabangsa selain meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal serta pengajaran kepada
murid dengan keperluan khusus.
KPM turut memberi penekanan kepada penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama
pada peringkat rendah diikuti sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan
bagi menggantikan kelas Peralihan. Langkah memperluaskan program LINUS supaya
meliputi literasi Bahasa Inggeris juga dilaksanakan selain meningkatkan kemahiran
Bahasa Inggeris guru dan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan
menjelang 2020.
Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada pembentukan seorang
murid yang holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seperti yang saya sebutkan
sebelum ini, peranan mendidik adalah tanggungjawab kita semua. Di bawah Anjakan 9
PPPM, KPM telah membuka pintu seluas-luasnya kepada penglibatan ibu bapa, komuniti
dan sector swasta supaya kita sama-sama berganding bahu memastikan bahawa anak-anak
kita dilengkapi ilmu dan akhlak untuk menjadi warga Malaysia yang dapat menyumbang
kepada agama, bangsa dan tanah air.
Sekiranya nilai dan akhlak yang sempurna dalam diri anak-anak kita dapat
diterapkan, kita akan dapat memastikan bahawa warga kita akan terus hidup dalam
keadaan aman dan harmoni dalam kepelbagaian ini. Perpaduan merupakan salah satu
Aspirasi Sistem pendidikan kita, dan pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk murid kita
daripada pelbagai latar belakang sosio ekonomi, agama dan etnik belajar memahami,
menerima dan menghayati perbezaan. Kita mahu mewujudkan satu sistem pendidikan
yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi
membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat negara kita. Akhir kata, tahniah
dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih
bagi merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini.

Selamat Maju Jaya.

You might also like