You are on page 1of 6

Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek
pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk
membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah
berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa
dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun
begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi
beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah
negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.

INTERGRASI NASIONAL

Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat
di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya
dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi
berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”

Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera,


Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi
bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran
yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian
tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi
nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan
untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio
ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan
bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi
Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan.
Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu
ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).
Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita,


kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut: Perbezaan dalam agama dan
budaya Polisi pecah perintah British Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara
yang berbeza di sekolah Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik Parti
politik berdasarkan kumpulan etnik.

Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua


kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang
secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat
patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang
cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan


penilaian yang sama di semua sekolah. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk
memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata
pelajaran. Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah
dan sekolah menengah pada tahun 2003. Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK,
SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:

Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam
aktiviti-aktiviti khas. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan
toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga
jenis sekolah bersama-sama secara maksimum. Integrasi nasional boleh dicapai
berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-
aspek yang disenaraikan di bawah:
Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik Modul Aktiviti untuk sukan dan
permainan Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial Modul
Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik Konsep 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah
salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk
perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik
di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1
Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan
aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya
konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh
masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi
destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi
itu.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu
budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan
dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor
yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat
negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk
bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting
kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada
membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza.
Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua
orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana
bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa
depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai
tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat
Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua


orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar,
melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi
sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos
bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka
prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih
tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang
yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan
pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang
lebih baik.

Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan

Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk
memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang
berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa
pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama
dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian
pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan
percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah
vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama
dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi
keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil.

Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan
pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas
talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan
Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan
untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus
kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.
Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian


pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada
pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti.
Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan
kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar
dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi
memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang


kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiridaripada bangsa utama iaitu bangsa
Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan
budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum.
Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari
pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada
kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.

Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada


kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga
perspektif seperti berikut: Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap
masyarakat secara universal) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap
etnik) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya
mereka).

Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya


dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati
kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein
Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional
sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya,
interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan
dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan
wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah
kepelbagaian budaya adalah seperti mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan,
bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan,
memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya, menghormati dan
memahami keadaan sosial murid-murid dan hendaklah mengadakan suasana demokratik
dalam kelas

Rujukan

http://maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html

You might also like