You are on page 1of 14

.

Kita sedia maklum bahawa Hari Guru ialah hari untuk menunjukkan penghargaan terhadap
para guru atas sumbangan bakti dan khidmat murni kepada masyarakat dan negara. Di
Malaysia, Perayaan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bermula pada tahun 1972.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis
Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pelajaran Negara kita.
TEMA HARI GURU
3. Tema Hari Guru 2018, iaitu ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’ telah dilancarkan pada
23 Mac 2018. Tema ini membawa pengertian bahawa guru sebagai barisan hadapan yang
memainkan peranan penting dalam melaksanakan transformasi pendidikan negara. Sebagai
agen perubahan, guru mampu membawa pembangunan pendidikan negara kepada tahap yang
lebih cemerlang dan disegani di mata dunia.
4. Pemilihan tema Hari Guru pada tahun 2018 amat bersesuaian dengan perkembangan
semasa dunia pendidikan masa kini. Di negara kita khususnya, peranan guru merupakan faktor
kritikal menentukan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025.
Transformasi pendidikan secara menyeluruh dapat dirasai apabila berlakunya transformasi
dalam bilik darjah.
Para hadirin yang saya hormati,
FORMAT SAMBUTAN HARI GURU
5. Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah membuat
pembaharuan dalam mengadakan Sambutan Hari Guru 2018. Pada tahun ini, sambutan hari
guru diadakan bermula di peringkat sekolah, diikuti sambutan di peringkat negeri dan acara
kemuncaknya iaitu sambutan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh KPM.
6. Perubahan format sambutan ini adalah kerana KPM merasakan bahawa semua pihak perlu
dilibatkan untuk turut sama merai dan menghargai segala jasa dan pengorbanan guru. Ucapan
penghargaan terima kasih cikgu ini perlu dizahirkan secara terbuka di semua peringkat
melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa,komuniti dan pihak swasta untuk memastikan
guru rasa dihormati dan dihargai.
7. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur pelbagai program dan aktiviti menarik bagi
memastikan Perayaan Sambutan Hari Guru lebih meriah dan mencapai objektifnya. Antara
program yang dirancang bagi menyemarakkan dan menghangatkan sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan adalah Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Tokoh
Kepimpinan Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Ikon Guru, Anugerah Guru
Cemerlang, Forum Berkaitan Kemenjadian Murid, Acara Sukan serta Majlis Solat Hajat,
BacaanTahlil dan Yasin di Masjid Putra, Putrajaya.
8.Untuk makluman para hadirin, sambutan tahun ini melibatkan semua lapisan masyarakat
termasuk penglibatan kumpulan penggerak ibu bapa, komuniti dan pihak swasta. Pada 23 Mac
2018 yang lalu, Majlis Pelancaran Gerakan Massa Penghargaan ‘Terima Kasih Cikgu’ Peringkat
Kebangsaan telah disempurnakan di KualaLumpur.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
9. Kemenjadian murid dan pendidikan berkualiti yang menjadi matlamat utama PPPM 2013-
2025 boleh dicapai melalui penterjemahan semua dasar dan aspirasi negara. Kebersamaan
pemikiran kepemimpinan KPM dan barisan hadapan pelaksana iaitu guru perlu selari dalam
menjayakan transformasi pendidikan. Dalam perkaraini, guru perlu memahami peranan utama
bagi memastikan kemenjadian murid secara holistik.
10. Proses awal membentuk kemenjadian murid yang holistik perlu dilakukan dan dimantapkan
dalam fasa pendidikan wajib enam tahun di peringkat rendah dan tiga tahun di peringkat
menengah rendah. Inilah masa strategik untuk membangunkan potensi murid yang harus
dimanfaatkan oleh guru.
11. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS)bermula tahun 2011 yang merupakan satu anjakan paradigm dalam sistem pendidikan
negara. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
12. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran
Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
dan Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK).
13. PBS merupakan mekanisme sekaligus sebagai alat ukur utama dalam menterjemahkan dan
mengoperasikan maksud pembentukan kemenjadian murid yang bersifat holistic iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan social selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14. Adalah diharapkan kefahaman dan pelaksanaan PBS yang sejajar dengan matlamatnya
dapat memastikan pembangunan murid secara holistic di capai. Selain itu, PBS juga dapat
memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu
sendiri.
15. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inilah antara focus utama gerak
kerja yang akan meletakkan peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan.
Para hadirin sekalian,
KEJAYAAN GURU
16. Sesungguhnya KPM amat menghargai usaha dan pengorbanan guru dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Komitmen jitu guru dalam bidang tersebut telah dapat
memperkembangkan potensi murid dan mengetengahkan bakat dan kebolehan diri sendiri.
17. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru walau di mana mereka
berada yang telah berjaya memberi sentuhan walaupun sekecil mana kejayaan kepada
kemenjadian murid.
18. Saya amat berbangga dengan prestasi tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua warga
pendidik bagi memastikan Malaysia menempa nama di persada antarabangsa. Semoga
prestasi cemerlang ini dikekalkan dan ditambah baik secara berterusan.
19. Kementerian telah pun menyediakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kualiti dan
memartabatkan profesionalisme keguruan di negara kita. KPM telah menyediakan laluan
kerjaya baharu guru yang memberi peluang dan pilihan untuk meningkatkan kemajuan masing-
masing. Selain itu, turut diperkenalkan inisiatif Menjadi Guru Malaysia dalam usaha
memperkemaskan profil guru secara berpusat ke arah pemantapan dan peningkatan kerjaya
serta pembangunan profesionalisme berterusan.
Para hadirin yang dihormati,
PENGHARGAAN KEPADA KSU
20. Masa berlalu begitu pantas. Pada tanggal 22 Mei 2018, YBhg. Dato’ Sri Alias bin Haji
Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia akan bersara wajib. YBhg Dato’
Sri Alias telah memulakan perkhidmatan di KPM sejak September 2016.Pada masa itu,KPM
berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha memenuhi tanggungjawab menyediakan
pendidikan yang berkualiti kepada seluruh anak bangsa kita.
21. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan perkenan-Nya, YBhg. Dato’ Sri Alias
telah berjaya memimpin KPM mendepani cabaran tersebut sehingga terbukti kita mencapai
kecemerlangan demi kecemerlangan seperti yang kita lihat pada hari ini.
22. Bagi pihak KPM, saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti YBhg. Dato’ Sri sepanjang memimpin kita di
Kementerian ini.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
PENUTUP
23. Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 yang berusaha memastikan semua program yang
dirancang berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak media massa yang telah memberikan
sokongan dan komitmen serta publisiti dalam menjayakan program Sambutan Hari Guru 2018.
24. Akhirkata, kepada semua ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, serta Persatuan Ibu Bapa
dan Guru(PIBG),bagi pihak KPM,saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas pelibatan
penganjuran aktiviti pendidikan di sekolah untuk faedah anak-anak kita.
25. Teruskanlah memberi sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah dalam apa jua
bentuk sama ada dari sudut pandangan, kemahiran mahupun kewangan untuk melonjakkan
prestasi pendidikan anak-anak kita. Marilah bersama-sama memberi perhatian, kasih sayang
dan bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak agar mereka dapat mencorakkan masa
depan negara kita.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima
Kasih.
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA  

ajak Obor Hemah oleh A. Samad Said, 1988


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 


melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 


ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 


menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID, 2 APRIL 1988


Murabbibermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka
menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Ingatlah muslimin yang dirahmati Allah sekalian, sesungguhnya negara cemerlang terhasil daripada
umat yang cemerlang, bangsa cemerlang terhasil daripada keluarga yang cemerlang, keluarga cemerlang
terhasil dari individu cemerlang, manakala individu cemerlang terhasil daripada didikan insan bergelar
guru.

Tidak ada pekerjaan yang peling mulia selain sebagai pendidik (guru).Dimana pekerjaan ini
merupakan pekerjaan yang paling mulia dan paling luhur.Semakin tinggi dan bermanfaat materi
ilmu yang diajarkan ,maka bagi yang mengajarkan ilmu tersebut juga semakin tinggi
derajatnya.Begitulah yang dikemukakan oleh Fuad al Syalhub (2006) dalam kitabnya,Al-Mu’lim
al-‘Awal Shallahu’Alaihi Wasalam.Sedangkan menurut Asma Hasan Fahmi (1979:25
menempatkan guru pada tempat yang kedua sesudah martabat para nabi.Jadi betapa muliannya
pekerjaan seorang guru,sampai-sampai hampir sama dengan rosul,yakni mengajar,mendidik dan
membina umat.

Menurut imam Al Ghazali,Seorang guru yang mengamalkan ilmunya lebih baik dari pada
seorang yang beribadah saja,puasa dn shalat setiap malam.Pendidik diibaratkan sebagai pelita
segala zaman,Orang yang hidup semasa dengannya akan memperoleh
pancaran nur keilmuannya.Andaikata di dunia ini tidak ada pendidik,niscaya manusia seperti
binatang,sebab pendidikan adalah upaya mengeluarkan manusia dari sifat
kebinatangan(hayawaniyah) kepada sifat kemanusiaan (insaniyah).Ia juga mengatakan bahwa
tugas utama seorang pendidik adalah menyempurnakan,menbersihkan,menyucikan,serta
membawakan hati manusia untukber-taqarrub kepada Allah SWT.Menurutnya karena
pendidikan adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub
ilallah) (A,H.Fahmi,1979:25).

Dari pandangan tersebut dapat diipahami,bahwa tugas pendidik sebagai warasat al-anbiya,yang


pada hakikatnya mengemban misi “rahmatan li al-alamin”,yakni suatu misi yang mengajak
manusia untuk tunduk dan patuh pada hukum-hukum Allah SWT.Guna memperoleh
keberkahan,keselamatan,dan kedamaian dunia dan akhirat.Kumudian misi ini dikembangkan
kepada pembentukan kepribadian yang berjiwa tauhid,kreatif,beramal sholeh dan bermoral
tinggi.

Untuk melaksanakan tugas sabagai warasat al-anbiya,pendidika hendaklah bertolak pada amar


ma’ruf yang diimbangi dengan nahyian al-munkar.Dan menjadikan pusat tauhid ini sebagai
pusat kegiatan penyebaran misi iman,islam dan ihsan.Sebagaimana dalam QS.Ali Imran yang
artinya:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,karena kamu menyuruh
berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah
SWT,Sekiranya ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka,diantara mereka ada yang
beriman,dan kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik”.(QS.Ali Imran:110)
PENDIDIKAN adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa
sistem pendidikan komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan
zaman, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap sebagai gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya.

Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan


supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Lantas, bagi memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada 6 September 2013. Hasrat
PPPM adalah untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia
supaya selaras dan sejajar dengan perkembangan yang berlaku di negara
lain seterusnya dapat menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat
dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru umpama berlian yang
memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu
bernilai.

Peranan guru mencabar

Hal demikian kerana guru adalah golongan yang berada di barisan hadapan.
Susulan itu, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk
merealisasikan hasrat PPPM. Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti
pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid
yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Bersandarkan kepada input inilah, maka guru memainkan peranan signifikan


untuk merealisasikan PPPM dalam tempoh pada tahun 2013 hingga tahun
2025. Jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan pendidik bagaimana guru
harus memainkan peranan untuk merealisasikan PPPM dalam memikul
amanah dan tugasan mereka.

Guru Berperanan Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara Ke Tahap Global.


Bagi merealisasikan PPPM, guru memainkan peranan untuk melonjakkan
kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks
merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu wawasan yang
unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran
aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan
sekolah dan kemenjadian murid.
Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup
mencabar untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global.
Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah
dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih
dulu perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan
mengikut acuan dihasratkan dalam PPPM.

Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri dalam konteks
global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah kejayaan atau
kegagalan modal insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti. Guru perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat
holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang
memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras
tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.

Bagi mencapai tahap ini, guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan
pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta
keupayaan belajar berjaya diasah oleh guru kepada anak murid sebagai
persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi. Kementerian
Pendidikan akan sentiasa berusaha dan bertanggungjawab menyediakan
kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan mereka
sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan
negara. Guru seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu
mengharungi gelombang transformasi ini dengan fikiran positif atau
sebaliknya. Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan
sistem pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa.

Guru perlu memiliki iltizam tinggi untuk menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Memetik kata-kata Pendeta Za'aba yang menegaskan
bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan
manusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan
penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya kita kekal relevan dalam
persaingan menuju negara maju.

Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk


mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan. Sehubungan itu,
Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif oleh
guru. Dalam PPPM, satu penanda aras dikenali sebagai Standard Teknologi
Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di bilik darjah
mencapai standard iaitu memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran
serta kreativiti murid.

Selain itu, guru juga perlu mereka bentuk dan membangunkan pengalaman
pembelajaran serta pentaksiran era digital. Oleh yang demikian, guru perlu
mampu mempamerkan cara bekerja dan mengajar era digital. Dalam situasi
sama, guru juga perlu mempromosikan serta menjadi model masyarakat
digital yang bertanggungjawab. Selanjutnya, guru perlu membabitkan diri
dalam pembangunan dan kepemimpinan serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat.

Situasi ini menunjukkan komitmen Kementerian Pendidikan adalah tidak


berbelah bahagi dalam usaha mempersiapkan generasi muda dan guru ke
tahap global. Bagi memastikan guru menjadikan amalan terbaik dalam
pedagogi, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu perpustakaan
video pengajaran guru melalui Video e-Guru bagi membantu guru yang
memerlukan inspirasi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran
mereka.

Guru perlu jadi suri teladan

Kementerian Pendidikan telah menyediakan segala akses itu, maka guru


perlulah bersedia membuka minda untuk menjadikan kemahiran ICT sebagai
amalan terbaik dalam pedagogi. Manakah mungkin ilmu boleh disalurkan
kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium
ilmu itu yang perlu disebarluaskan. Justeru, guru harus membuat refleksi
mengenai tahap kompetensi masing-masing supaya seiring dengan dasar
langit terbuka dunia masa kini.

Lebih daripada itu, guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai
dan perpaduan dalam kalangan murid seperti mana yang ada dalam hasrat
PPPM ini. Hasrat itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga
iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini tentunya menjadi
keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik. Generasi hari ini
bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari
kemusnahan alam sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik
pembangunan.

Kita semua menyedari bahawa penghayatan nilai rohani adalah salah satu
tonggak utama dalam pendidikan. Sementara masyarakat ghairah mengejar
kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia
seharusnya tidak disisihkan. Berdasarkan PPPM, setiap murid menghabiskan
lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah semasa mereka
berusia 7 tahun hingga 17 tahun.

Dalam tempoh ini, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai
dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri
teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka,
malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk
menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh
melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek
pembangunan sahsiah murid. Oleh yang demikian, guru perlu melihat
peranan ini bukan saja sebagai amanah untuk aset pembangunan negara,
malah juga turut disemai sebagai satu tanggungjawab kepada penciptaNya.

Persoalannya, apakah yang hendak dicapai daripada peranan guru untuk


anjakan transformasi ini? Sudah pastilah setiap murid yang meninggalkan
alam persekolahan adalah seorang warga global yang dipupuk oleh guru dan
institusi sekolah dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang
utuh. Selain itu, setiap murid yang menamatkan alam persekolahan bersedia
menjadi pemimpin bagi diri, keluarga, organisasi serta negara, seterusnya
bersaing di persada antarabangsa. Bagi menghasilkan acuan ini, guru
perlulah melihat betapa besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka
kerana generasi di hadapan kita hari ini, bakal melakarkan keberhasilan
negara dalam aspek landskap kepemimpinan negara dan sumbangannya di
arena antarabangsa.

Sayugia diingatkan bahawa PPPM adalah transformasi pendidikan negara


yang menjadi salah satu usaha untuk mencapai misi negara. PPPM akan
terus kaku dan terkunci sekiranya tidak berlaku anjakan paradigma pada
semua peringkat yang merangkumi pusat, negeri, daerah, sekolah, guru, ibu
bapa dan murid. Semua peringkat itu perlu memahami dengan teliti mengenai
hasrat Kementerian Pendidikan supaya tidak berlaku ketirisan maklumat dan
fungsi masing-masing.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh melalui transformasi bersepadu ke


atas setiap pihak berkepentingan, sudah pasti sistem pendidikan negara
mampu menangani cabaran yang sentiasa berubah pada abad ke-21.
Sesungguhnya, keghairahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru kerana di bahu
mereka terletak anak-anak murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan
untuk bersaing di peringkat global. Mudah-mudahan hasrat murni sistem
pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan untuk
memastikan sistem pendidikan di negara kita menjadi antara yang gemilang
di dunia

PENGUMUMAN Perdana Menteri baru-baru ini mengenai penjajaran semula


pendidikan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 datang tepat pada
masanya setelah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 menempuh separuh jalan pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan bahawa penjajaran semula sistem pendidikan harus


dilakukan sebagai persediaan kerajaan mewujudkan set kemahiran baharu
dalam kalangan rakyat bagi mendepani cabaran masa hadapan selaras
dengan era Revolusi Industri 4.0 kini dan seterusnya.

Ketika PPPM 2013-2025 dibangunkan, Kementerian Pendidikan telah pun


membayangkan apakah kemahiran yang diperlukan untuk anak-anak
warganegara menongkah arus kepesatan teknologi dunia.

Walaupun masa hadapan tidak dapat ditentukan dengan spesifik, tetapi


berdasarkan input yang komprehensif daripada pelbagai pihak dan penanda
aras antarabangsa, PPPM 2013-2025 dibentuk untuk mewujudkan visi dan
aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara
keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.

Justeru kerajaan mengambil langkah yang tepat untuk menilai semula


keberkesanan pelaksanaan PPPM 2013-2025 pada tahun ini bagi
memastikan pelan itu terus kekal relevan selaras dengan perkembangan
teknologi yang terlalu pesat.

Dengan mengambil kira persekitaran yang dinamik mempengaruhi ekosistem


pembelajaran, faktor yang penting adalah untuk memastikan kemenjadian
murid–murid yang seimbang ilmu dan akhlaknya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Tidak dapat dinafikan terdapat suara sinis yang begitu skeptikal dengan
usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan negara. Antara ayat yang
sering digunakan termasuk “polisi yang sering berubah” , “pendidikan dipolitik
dan dibisneskan” atau “pendidikan masih mencari identiti” dan selalu juga
perbandingan dibuat dengan negara maju yang lain.

Dalam mencelikkan minda daripada pemikiran yang agak dangkal ini,


seperkara yang kita harus faham adalah secara relatifnya, negara kita masih
muda berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
United Kingdom, yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih ‘baik’.

Negara kita adalah negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian


bangsa, agama, bahasa dan budaya serta adat resam, justeru sistem
pendidikan kita perlu mengambil kira kepelbagaian ini dalam menerapkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Murid yang berusia antara 7 hingga
17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di
sekolah.

Kementerian perlu mewujudkan suasana sekolah di mana melalui interaksi


bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama
dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.

Namun begitu, aspirasi negara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan


masyarakat bukanlah sesuatu yang boleh dapat dicapai dalam sekelip mata.
Apa yang telah dicapai dalam masa 60 tahun kemerdekaan negara adalah
satu kejayaan yang begitu membanggakan. Dalam kepelbagaian ini, kita telah
berjaya meletakkan negara kita dalam barisan negara yang dihormati di
rantau ini.

Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi, dan sistem pendidikan negara
yang dituduh “tidak konsisten” telah berjaya memupuk nilai toleransi dalam
diri individu warganegara Malaysia.

Ada juga dalam kalangan masyarakat yang mempertikaikan sistem


pendidikan negara yang “sering berubah”. Belum satu polisi dapat dihadam
dan dilaksanakan, tiba pula polisi baharu yang membawa perubahan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu kita harus sedar bahawa
perubahan memang akan berlaku, dan berlaku dengan cukup pantas.

Lihat sahajalah evolusi telefon – telefon kini bukan sahaja alat untuk
berkomunikasi, malah dunia kini berada di hujung jari sahaja. Segala
maklumat dan berita terkini dapat diakses dalam masa yang singkat, dan
dapat pula disebarkan dengan cepat.

Bayangkan kalau sistem pendidikan kita kekal sama – cara mengajar tidak
berubah, guru mengajar di hadapan kelas dan murid mendengar, menyalin
nota dan menghafal untuk peperiksaan – bolehkah kita menghasilkan murid
yang berupaya menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid yang mahir
berkomunikasi dan seimbang etika dan kerohaniannya?
Sistem pendidikan Malaysia hanya dapat memenuhi aspirasinya yang tinggi
menerusi sokongan dan komitmen berterusan semua pihak berkepentingan.

Suasana pembelajaran kini sangat berbeza dan memerlukan kerjasama ibu


bapa, guru, pentadbir pendidikan, komuniti dan sektor swasta secara
menyeluruh demi kemenjadian murid. Tidak kiralah pada masa hadapan
murid ini akan menjadi Perdana Menteri atau pekerja kolar biru, mereka perlu
dipupuk dengan kemahiran dan nilai yang membolehkan mereka menjadi
warga Malaysia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada
pembangunan negara.

Penjajaran sistem pendidikan memerlukan penilaian semula PPPM 2013-


2025 untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya selama
enam tahun ini. Penjajaran ini merupakan peluang bagi mencorak masa
depan yang lebih cerah dan gemilang untuk semua kanak-kanak Malaysia;
satu cita-cita besar yang penuh berinspirasi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk


berusaha ke arah merealisasikan aspirasi ini, dan hanya dengan kerjasama
semua pihak berkepentingan akan membolehkan semua kanak-kanak
Malaysia memperoleh masa depan yang benar-benar diingini.

You might also like