You are on page 1of 11

RUMUSAN PROGRAM AMALI MATA PELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL SEKOLAH RENDAH AHLI KUMPULAN : VASANTHI A/P S.

MUNIANDI SALMI BT ZAKARIA MARIAM BT IBRAHIM RAZIDAH BT ABD KADIR ZALIFFAH BT IBRAHIM

1.0 Faktor Kekuatan Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Program Amali mata pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah adalah program wajib yang tertakluk kepada keperluan mata pelajaran Pengajian Sosial. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada peserta PGSR agar dapat menyiapkan diri untuk menjadi seorang guru berpengetahuan dan mantap dari segi fizikal dan mental serta melatih peserta dalam merancang dan melaksanakan program yang berkaitan dengan khidmat pendidikan kepada komuniti sekolah dan

masyarakat setempat. Selain daripada itu, program ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang projek kewarganegaraan yang merupakan sebahagian aktiviti amali dalam pembelajaran khidmat sosial.

Melalui program ini, kami telah dapat merealisasikan objektif dan matlamat yang berkaitan dengan bidang Pengajian Sosial. Keputusan untuk membuat program ini yang

agak jauh dari IPG, pada mulanya mendapat pandangan yang berbeza dari setiap ahli kelas kami. Namun, apabila memikirkan rasional dan ia merupakan satu projek yang besar serta kemudahan untuk berhubung dan membuat urusan, maka Sekolah

Kebangsaan Bukit Abal telah dipilih sebagai sekolah untuk melaksanakan projek ini. Sehubungan dengan itu kami dalam kumpulan telah berusaha dengan keras dan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Setelah melalui program ini selama 2 hari di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal , kami telah dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Melalui program sebegini , persiapan sebelum, semasa dan selepas telah memberi perubahan paradigma kepada kami satu

ke arah menjadi seorang guru yang

berpengetahuan dan bijak membuat keputusan dan berkredibiliti.

Pengalaman kami sebagai pendidik merupakan kekuatan yang utama dalam projek ini. Sebahagian daripada kami telah mempunyai pengalaman sebagai pendidik lebih daripada 15 tahun, oleh itu banyak ilmu yang telah dikumpul dan pengalaman yang ada dicurahkan untuk menjayakan projek ini. Pengalaman menjayakan program di sekolah, menguruskan murid dan aktiviti berkaitan murid menjadikan program sebegini amat mudah bagi kami. 3 orang ahli kelas kami merupakan guru penolong kanan di sekolah menyebabkan kami faham urusan pentadbiran dan protokol untuk melakukan sesuatu acara. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara kami memudahkan kami melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai pendidik yang berpengalaman, kami mudah melakukan setiap aktiviti yang dirancang. Setiap seorang daripada kami faham akan tanggungjawab masing-masing dan tidak banyak karenah. Ini menjadikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, yang merupakan abang kepada salah seorang ahli kelas kami,telah memudahkan lagi perjalanan program ini. Segala

urusan dan latar belakang sekolah tersebut telah digambarkan dengan jelas dan ini memudahkan kami memahami keperluan sekolah tersebut dan merancang aktiviti yang sesuai. Melalui Guru Besar, kami dapat mengetahui apa kehendak sekolah dan

program yang boleh dijalankan. Kerjasama yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah menjadikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Kekuatan dalam diri sendiri juga merupakan salah satu faktor program yang dirancang berjalan dengan lancar. Pengalaman sebagai guru yang mengajar berbelas tahun dan mahir dalam subjek tertentu, menyebabkan kami faham apa bahan dan alat yang sesuai untuk diberi dan dipamer pada murid. Malahan ada antara kami yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam menguruskan sesuatu kerja,seperti melukis dan mewarna mural, ada pula yang kreatif dalam menyusun atur ,dan tidak kurang juga yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi. Ditambah dengan pengalaman yang dimiliki oleh semua, menjadikan kerja berpasukan lebih mudah dan segala urusan dapat dijalankan dengan jayanya.

Perasaan ingin menjayakan projek dan tidak mahu melihat kegagalan, menjadikan setiap orang berusaha untuk memberikan khidmat dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Sifat kerjasama antara kami merupakan salah satu faktor kekuatan yang tiada galang gantinya. Ini mungkin kerana sudah beberapa semester kami bersama sebagai satu pasukan. Walaupun ada sedikit pandangan yang berbeza, namun kami dapat mengatasinya dengan berbincang secara baik antara satu sama lain.

Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing serta sokongan daripada Guru Besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan yang telah mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan program amali ini. Guru-guru di sekolah tersebut mudah memberikan pertolongan dan

kerjasama yang baik, Sikap tersebut menjadikan kami merasa seronok untuk meneruskan program ini dengan hati yang ikhlas. Komitmen para guru disekolah tersebut perlu dijadikan teladan kepada kami,kerana kami merasakan tidak asing berada di sana. Kedudukan sekolah tersebut juga merupakan kekuatan,kerana sekolah tersebut berada dilaluan utama ke Bandar Kota Bharu. Ini memudahkan kami mencari sekolah tersebut dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana,

Dengan adanya aktiviti seperti ini sebenarnya memberi pendedahan kepada kami tentang keistimewaan negeri lain,terutamanya tentang kedudukan fizikal sesuatu kawasan dan begitu juga dengan keistimewaan negeri tersebut. Bagi kami negeri Kelantan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri seperti makanan yang berbeza, loghat yang menarik dan banyak tempat-tempat yang tidak terdapat di negeri kami. Dengan aktiviti seperti ini akan memudahkan kami untuk memberi penerangan yang sebenar setelah kami balik ke negeri masing-masing terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan.

Satu sudut yang kami amat bangga iaitu mengenai kegiatan kokurikulum sekolah tersebut ,seperti diadakan OPS Kemas Diri, dan ini boleh dijadikan panduan kepada kami Tujuannya, untuk menjadikan murid-murid di sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan kemas, Juga diadakan minggu makan beradab yang mana bertujuan untuk medidik anak murid untuk menghargai rezeki yang diberikan dan sentiasa memastikan agar kantin sentiasa bersih daripada tumpahan makanan. Ini boleh dijadikan panduan kepada kami untuk dibawa ke sekolah masing-masing.

2.0 Kekangan yang Dihadapi Semasa Menjalankan Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Walaupun terdapat banyak kekuatan dalam menjayakan projek ini, namun masih terdapat juga beberapa kelemahan. Misalnya, jarak yang diambil antara negeri Melaka dengan Negeri Kelantan merupakan salah satu kekangan yang dihadapi oleh kami semua. Memandangkan jarak yang jauh ini, kami terpaksa duduk di dalam bas selama lebih dari sepuluh jam untuk sampai ke negeri Kelantan. Namun semua kekangan dari segi jarak ini tidak mematah semangat kami untuk sampai ke destinasi yang ingin kami tuju. Walaupun ada dikalangan kami ada yang sudah berusia lebih daripada empat puluh tahun namun bukanlan satu masalah atau kekangan yang besar bagi kami semua.

Apabila melibatkan jarak yang jauh, sudah tentu juga akan melibatkan masa yang lama. Seperti di atas, perjalanan kami untuk sampai ke Negeri Kelantan Selain daripada itu juga,masa juga agak

mengambil masa lebih dari sepuluh jam.

terhad untuk kami jalankan setiap aktiviti di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Banyak aktiviti yang ada di dalam perancangan kami. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah kecerian kawasan sekolah. menjalankan aktiviti keceriaan yang Kami hanya mampu Ini

terhad di kawasan kantin sekolah sahaja.

disebabkan kekangan masa yang kami hadapi.

Selain aktiviti keceriaan, ada juga

aktiviti mural dan lain-lain aktiviti. Aktiviti mural juga hanya sempat di kawasan dewan sekolah tersebut sahaja. Walau bagaimanapun program amali ini tetap berjalan lancar kerana semangat berpasukan dan kerjasama antara kami semua.

Dari segi kemampuan diri pula, ada juga sedikit kekangan yang timbul.

Ini

kerana, selepas selesai kuliah pada hari Jumaat, kami perlu bersiap sedia untuk pergi ke Kelantan. Keadaan ini agak memenatkan. Kemampuan diri teruji juga kerana tiada masa untuk kami merehatkan diri selepas seminggu bertungkus-lumus menghadapi

pelajaran di bilik kuliah. Memandangkan kami semua kebanyakkannya berumur dalam lingkungan lebih dari empat puluh tahun, ini menyebabkan kemampuan diri kami teruji. Di usia begini, ada juga kelemahan diri dari segi penyakit yang kami hadapi. Namun kerana tugasan, semuanya kami tanggung dan hadapi dengan rela hati.

Semasa menjalankan program amali ini, pelbagai peralatan kami perlukan. Walaupun mendapat sokongan dari pihak sekolah dan sedikit bantuan dari pihak IPG namun masih ada kekangan yang kami hadapi untuk mendapatkan pelbagai peralatan bagi menjalankan semua program di sana. Jika alatan seperti tikar getah dan plastik alas meja tidak mencukupi, antara ahli kami perlu dengan segera ke kedai peralatan tersebut untuk membeli alatan yang diperlukan itu. Semasa menunggu peralatan yang sudah habis itu sampai, kami terpaksa menanguhkan kerja-kerja yang sepatutnya dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Kekurangan peralatan inilah menyebabkan timbul sedikit kekangan dan masalah bagi kami.

Sumber kewangan juga menjadi satu kekangan kepada kami. Bukan semua keperluan yang kami hendak boleh diperolehi daripada pihak Institut Perguruan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka) dan pihak sekolah. Kebanyakan peralatan tersebut, kami usahakan sendiri dengan kutipan daripada setiap ahli. Sumber kewangan ini menjadi kekangan kerana semua keperluan untuk kecerian dan bebarapa aktiviti lain memerlukan perbelanjaan yang lebih. Namun begitu kami juga mendapat sedikit bantuan dari bekas adun kawasan tersebut yang sudi memberi sedikit wang untuk menampung perbelanjaaan kami semasa

menjalankan Program

Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah di

Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Terima kasih kepada beliau kerana memberi bantuan sedemikian kepada kami bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di harap dengan kerjasama dan bantuan ini dapat memberi semangat dan perangsang kepada kami dalam merealisasikan impian untuk memajukan diri dan memberi pengalaman yang amat berguna kepada kami semua.

Akhirnya Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah PSS 3108 hendaklah dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk dan menerapkan nilainilai dan semangat patriotik terhadap masyarakat yang masih memerlukan perubahan untuk maju melalui aktiviti yang bersesuaian.

3.0 Faktor Ancaman Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Semasa program dilaksanakan terdapat beberapa ancaman yang terpaksa dihadapi oleh peserta. Perkara yang utama adalah apabila tarikh program tersebut bertindih dengan tarikh permulaan semester yang kedua bagi kami yang tinggal di negeri Johor, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Kami terpaksa mengatur jadual kami memandangkan semua peserta sudah berumahtangga terpaksa

meninggalkan anak-anak yang sedang bersekolah. Namun atas sokongan kerjasama dari rakan-rakan dan keluarga perkara itu dapat diatasi.

Dalam perjalanan juga, faktor cuaca yang agak panas menyebabkan kami semua agak keletihan, maklumlah perjalanan yang agak jauh. Masa selama 10 jam di dalam bas, membuatkan kami kurang selesa. Walaupun kami semua berpengalaman, tetapi dalam usia yang meningkat kami juga terpaksa menyiapkan banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan kami semua agak lelah dengan projek yang terpaksa disiapkan.

Semasa projek ini

kami juga ada mengundang pihak kesihatan yang

berdekatan untuk sama menyertai projek kami dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada yang berminat. Namun kami diterjah oleh pegawai

kesihatan di mana mengatakan bahawa penduduk tempatan tidak berminat ingin menyertainya dan sambutannya agak hambar.Waktu itu merupakan ancaman yang besar buat kami dan kami semua sebagai peserta telah memberi kerjasama untuk membuat pemeriksaan dan meminta guru-guru di sekolah itu turut membuat pemeriksaaan. Alhamdulillah dengan kesungguhan peserta kami dan guru-guru, pemeriksaan itu dapat berjalan dengan lancar dan menyebabkan pegawai kesihatan itu tersenyum lebar atas kerjasama yang diberikan oleh kami. Kami tidak menyangka bahawa faktor persekitaran mempengaruhi serba sedikit projek yang dirancang namun kami sebagai satu kumpulan berusaha dengan tekad dan azam kerana datang dari jauh.

4.0 Cadangan Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Walaupun program yang kami jalankan ini telah berjaya, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu kami atasi supaya kelak tidak menghadapi masalah yang sama lagi. Bagi menjayakan lagi program kami supaya lebih efektif, maka, kami ingin memberi sedikit cadangan agar tiada lagi cacat cela dalam sebarang program kami. Masalah utama yang dihadapi ialah kekangan masa. Disebabkan masa yang agak terhad, kami tidak dapat menyiapkan aktiviti yang kami rancang itu dengan lebih baik lagi dan secepat mungkin. Oleh itu, kami ingin mencadangkan supaya masa yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu projek itu biarlah lebih banyak supaya segala yang dirancang dapat berjalan lancar. Jilkalau kita mempunyai masa yang banyak tentulah kita dapat menyediakan lebih banyak lagi bahan bacaan yang lebih menarik dan berfaedah kepada murid di sekolah tersebut. Sebenarnya kami telah merancang untuk menyediakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, permainan bahasa dan soduku supaya murid dapat menanam tabiat membaca di dalam diri mereka. Namun disebabkan kekangan masa kesemua bahan ini tidak dapat sediakan dengan teliti.

Disebabkan kami bertolak selepas kuliah Jumaat, maka setiap seorang daripada kami terpaksa membuat persiapan untuk diri masing-masing. Kepenatan menyebabkan kemampuan diri kami teruji. Kami tiada masa rehat yang lama. Sepatutnya, kami perlu diberi pelepasan supaya mendapat rehat yang cukup. Kami akan dapat membuat persediaan yang leih teratur dan teliti.. Disebabkan kami lebih memberi tumpuan untuk kuliah, maka kami kekekangan masa bagi membuat persediaan yang rapi untuk projek tersebut. Kekurangan masa menyebabkan kami terlupa untuk membeli beberapa barangan. Oleh itu, kami terpaksa bekejar ke kedai semasa di sana. Ini telah membuang masa. Kami berpendapat kami perlu memperuntukan masa yang banyak untuk membuat persiapan sebelum bertolak. Dengan itu, dapatlah kami membuat perancangan yang rapi dan telitu. Perancangan yang lebih rapi dan teliti dapat menjamin kejayaan perubahan. Sebarang perubahan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan yang rapi. Dengan kata lain, mengurus perubahan melibatkan aspek perancangan teliti.

Walaupun, SK Bukit Abal berada jauh di pantai timur, tetapi ini bukanlah satu masalah yang amat besar bagi kami. Masalah ini boleh diatasi jika kami bertolak lebih awal. Sebenarnya,kesilapan adalah di pihak kami kerana ada di antara kami yang datang agak lewat sedikit. Ini boleh diatasi jika masing-masing menghargai masa dan menepatinya. Masa yang panjang iaitu selama 10 jam dalam perjalanan membuatkan kami kehilangan stamina. Maklumlah ada diantara kami yang telah berumur dan cepat kepenatan. Jika kita bertolak awal, kita bolehlah berehat semasa dalam perjalanan. Ini akan membuatkan kita lebih aktif untuk keesokkan harinya. Tiada rasa mengantuk dan lesu semasa membuat aktiviti di situ.

Selain itu, aktiviti keceriaan hanya dapat dijalankan di sebuah sudut yang kecil di kantin. Begitu juga dengan mural, hanya terhad di tiang di dewan dan sebahagian kecil dinding. Sepatutnya, kami perlu diberi kawasan yang agak luas sedikit agar mudah untuk kami melaksanakan tugasan kami seperti yang dirancang. AJK mural

menghadapi sedikit masalah kerana tidak menyangka terpaksa membuat lukisan lain dan tidak seperti yang dirancang oleh mereka. Perkara seperti ini terjadi kerana, AJK tersebut tidak berhubung terus dengan pihak sekolah sebelum bertolak. Seelok-eloknya kita perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah supaya mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sekolah tersebut. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa salah seorang kawan sekuliah kami merupakan adik kepada guru besar sekolah tersebut. Walaupun beliau banyak berhubung dengan abang beliau, tetapi beliau juga mempunyai tanggungjawab yang lebih berat. Oleh itu,adalah lebih baik jika setiap AJK bertanya sendiri dengan lebih mendalam lagi tentang tugasan masing-masing agar dapat merancangnya dengan baik. Sekurang-kurangnya tidak membazir masa Secara tidak langsung, ini dapat juga memudahkan persiapan kami.

Dalam program ini, kami ada juga melibatkan murid-murid dari sekolah tersebut untuk aktiviti mewarna dan Explore Race Walaupun penglibatan murid agak memuaskan, namun lebih menyeronokan jika ramai lagi murid yang mengambil bahagian. Permainan Explore Race akan lebih menarik jika lebih banyak soalan yang mencabar minda disediakan. Setiap stesen perlu ada guru yang menjaganya supaya dapat membantu murid-murid yang kurang faham tentang permainan tersebut.

5.0 Kesimpulan Program Amali Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Program Amali mata pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah ini memberi banyak manfaat kepada kami. Tujuannya untuk memantapkan lagi seseorang guru dari segi fizikal dan mental. Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan kepada kami, pelajar PGSR tentang perancangan dan pelaksanaan sesuatu program seperti khidmat masyarakat. Sebagai guru, kami dapat banyak faedah yang boleh membantu kami di sekolah nanti. Sesungguhnya program ini merupakan salah satu projek kewarganegaraan dan wajib dilaksanakan sebagai satu amali. Ramai antara

kami yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah, boleh menggunakan pengalaman ini untuk mendidik pelajar-pelajar melaksanakan projek khidmat masyarakat. Pengalaman yang didapati ini, tidak akan kami sia-siakan. Program ini memberi satu perubahan paradigma kepada kami ke arah menjadi

seorang guru yang berdedikasi, berpengetahuan dan bijak membuat keputusan.

Tanggungjawab yang diberikan kepada kami telah kami laksanakan dengan baik. Kami percaya apa yang dilakukan berbaloi dengan segala usaha kami. Memang tidak dinafikan, seperti kata pepatah usaha pasti berjaya, maka segala usaha kami tidaklah sia-sia. SK Bukit Abal bertambah ceria dan indah dengan hasil usaha kami. Selain daripada harapan kami untuk memanfaatkan pengalaman kami ini, kami juga berharap dapat melaksanakan satu lagi program yang sama pada masa akan datang.

You might also like