You are on page 1of 3

HUKUMAN DERA / ROTAN

(CORPORAL PUNISHMENT)

1. Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.


2. Tertakluk kepada peraturan 5, hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
(a) dirotan ditapak tangan; atau
(b) dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian.
3. Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau
perhimpunan sekolah.
4. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai
saksi.
5. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak melebihi
3 sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter.
6. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali.
7. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman
supaya tidak melukakan kulit murid itu.
8. Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman
hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya.

HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION )

Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:


(a) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
disiplin;
(b) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan disiplin;
(c) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran;
(d) membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa disiplin; dan
(e) di dalam pengawasan guru yang ditetapkan.
DENDA

Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin


murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja;
(b) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran;
(c) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan disiplin;
(d) tidak membebankan murid secara fizikal;
(e) terhad kepada harta benda sekolah sahaja;
(f) terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah; dan
(g) di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan.

2. Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah, sosial dan kemasyarakatan dan tidak
bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman:
(a) membersihkan bilik darjah;
(b) membersihkan bilik guru;
(c) membersihkan bilik-bilik khas;
(d) membersihkan dewan;
(e) membersihkan padang;
(f) membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah);
(g) menyusun perabot sekolah;
(h) menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah;
(i) menyusun kerusi meja di musim peperiksaan;
(j) mengemas papan kenyataan;
(k) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan orang
luar;
(l) membantu sekolah menganjurkan hari penyampaian sijil dan penghargaan;
(m) membantu sekolah menganjur hari sukan;
(n) membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani;
(o) membersih dan mengemas setor sukan;
(p) membaca buku dan membuat sinopsis; dan
(q) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan
mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah, seperti melukis mural,
mengadakan taman atau kebun, menjaga kolam ikan.
3. Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2, hukuman yang dikenakan di bawah
Bahagian ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya, atau boleh,
dijalankan oleh pekerja sekolah.
4. Sekiranya denda yang melibatkan wang, Pengetua/Guru Besar hendaklah
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan
seseorang murid untuk membayar denda itu.Untuk sesuatu denda itu mendatangkan
kesan praktikal adalah penting denda itu sejajar dengan wang sakunya.

Hukuman Amaran

1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau guru
yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku
dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.

1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan


hukuman yang lebih berat lagi selepas itu.

1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori


salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku
sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

You might also like