You are on page 1of 16

LAPORAN KEBERKESANAN PROGRAM AMALI MATAPELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL SEKOLAH RENDAH ( PSS 3108 )

PROGRAM KECERIAAN
MURAL, KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM & PERSADA BAKAT

BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ABAL KAMPONG BUKIT ABAL 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
PADA 19 MAC 2012

DISEDIAKAN OLEH :

UMMI HAYATI BINTI MOHAMED SANI ANDIK EMILIZA BT ALIMIN PGSR AMBILAN NOVEMBER 2009 UNIT KAJIAN SOSIAL

1. Nama IPG 2. Tajuk Program

: IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka : Program Amali Matapelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah (PSS3108) Untuk Pelajar-Pelajar PGSR Ambilan November 2009 ( KECERIAAN )

3. Objektif Program

3.1 Melahirkan guru yang mahir dalam merancang dan melaksanakan sebuah program yang melibatkan urusan dengan pihak luar; 3.2 Melahirkan guru yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam merancang sebuah program yang mampu memberi manfaat kepada muridmurid; 3.3 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu; 3.4 Menerapkan nilai , etika serta akhlak keguruan dalam diri guru semasa menjayakan program; 3.5 Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan Negara dalam diri setiap guru; 3.6 Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri setiap guru; 3.7 Melaksanakan tanggungjawab sosial yang menjadi elemen terpenting dalam kehidupan harian warga pendidik; 3.8 Melebarkan pengalaman yang sedia ada dan memperoleh pengalaman baru; 3.9 Menyediakan diri ke arah transformasi pendidikan yang baru. 3.10 3.11 Memupuk semangat suka membaca walaupun berada di mana-mana; Meningkatkan pengetahuan murid dengan NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca )melalui sudut bacaan Anjung Nilam ; 3.12 Mengembangkan bakat murid dalam pertandingan bercerita, berpidato dan sebagainya di atas pentas Persada Bakat; 3.13 Memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.

4. Tarikh program 5. Tempat Program

: 18 hingga 19 Mac 2012 ( Ahad - Isnin ) : Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Kampong Bukit Abal, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

6.

Penganjur

: Guru-Guru PGSR Ambilan November 2009 ( Unit : Kajian Sosial ) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bukit Abal.

7. Sumber Kewangan BIL 1

SUMBER

JUMLAH (RM)

**Barang-barang keperluan keceriaan sebahagian besar disumbangkan oleh guru-guru PGSR Plastik laminate ( 2 Rim ) Pn. Yazidah Plastik jernih ( alas meja ) 1 gulung Plastik alas meja ( 1 gulung ) Cat batu ( warna hijau )

1. 2. 3. 4. 2

RM511.00

** Peralatan yang disediakan oleh Stor Pusat IPG Kampus Perempuan Melayu

8 Peserta Program BAHAGIAN LOKASI PENGLIBATAN JUMLAH

MURAL

DEWAN SEKOLAH DAN DINDING

Tiada penglibatan murid

KANTIN BERMAKLUMAT, PERSADA BAKAT DAN ANJUNG NILAM

KANTIN SEKOLAH

Tiada penglibatan murid

9.0 JAWATANKUASA KECIL PROGRAM : 9.1 Mural : i. ii. iii. iv. v. vi. Hazly Bin Hamzah Yaakub Bin Bahari Sakiyah Bt Ibrahim Salbiah Bt Harun Mohammad Zaki Bin Zahari Wong Sooi Lian

9.2

Kantin Bermaklumat, Persada Bakat dan Anjung Nilam i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Ummi Hayati Bt Mohamed Sani Vasanthi a/p S. Muniandi Salmi Bt Zakaria Andik Emiliza Bt Alimin Zaliffah Bt Ibrahim Mariam Bt Ibrahim Razidah Bt Kadir Yazidah Bt Atan Cheok Soh Tin

10.0 10.1

PERJALANAN AKTIVITI PROGRAM SEBELUM Sebelum melaksanakan aktiviti keceriaan di SK Bukit Abal, kami telah membuat

perancangan awal, dimana kami telah berbincang dan bersepakat untuk menjadikan kantin sekolah sebagai kantin yang berinformasi dengan menyediakan satu sudut bacaan bagi menggalakkan murid di SK Bukit Abal untuk menanam sikap suka membaca. Selain itu, kami juga bercadang untuk membuat mural di kawasan yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami akan pastikan SK Bukit Abal ini akan lebih ceria dan menjadi lebih kondusif untuk semua warga SKBA. Pada peringkat awal, kami telah mengumpul buku-buku terpakai untuk diletakkan di sudut bacaan. Selain itu, kami juga telah mengumpul bahan-bahan yang berbentuk ilmiah dari internet dan majalah kanak-kanak untuk dipamerkan di meja kantin sekolah. Di kantin, murid bukan sahaja dapat membaca buku cerita tetapi mendapat pelbagai maklumat sambil menikmati makanan mereka. Secara tidak langsung, murid dapat dididik agar bijak mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Untuk

peralatan mural pula, kami telah membeli cat pelakar, berus cat dan cat dinding untuk melukis dan mewarna mural di sana. 10.2 SEMASA Semasa kami di sana, kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu di kantin dan di dewan terbuka SKBA. Situasi di kantin pada awalnya agak kurang ceria. Kami mendapati alas meja kantin dan skirtingnya yang agak uzur dan kotor. Terdapat juga beberapa maklumat yang ditampal pada dinding tetapi dalam keadaan kurang ceria dan tidak teratur. Manakala di Dewan SKBA, situasi juga tidak ceria kerana tiada mural yang dilukis disitu. Tanpa membuang masa, kami terus melaksanakan aktiviti seperti yang dirancangkan semasa di IPG. Semasa di kantin, kami diminta oleh pihak sekolah untuk mengadakan satu pentas mini dan menceriakannya. Pentas ini, kami namakan Persada Bakat. Manakala sudut bacaan, kami namakan Anjung NILAM. Pada peringkat awal, kami telah mengecat semula sebahagian dinding di kantin. Selepas itu, kami melukis mural bagi menceriakan lagi suasana di kantin. Setelah selesai, kami menampal pelbagai maklumat yang telah kami sediakan di atas meja makan dan juga di dinding kantin. Sepanjang melaksanakan aktiviti keceriaan di kantin, terdapat masalah yang kami hadapi. Diantaranya, kami kekurangan kakitangan kerana ada diantara kami yang terlibat dengan aktiviti explore race. Selain itu, kami juga terpaksa membeli beberapa peralatan yang tidak mencukupi seperti alas meja kantin, sampul meja, kain skirting, kayu, paku dan cat dinding yang terdapat di Bandar Pasir Puteh. Masa yang diambil pergi dan balik dari SKBA ke Bandar Pasir Puteh adalah 40 minit. Secara tidak langsung, proses keceriaan di kantin lambat disiapkan mengikut jadual yang kami rancangkan. Sehinggakan kami terpaksa menyambung semula aktiviti keceriaan selepas Majlis Perasmian Penutup. Manakala di Dewan SKBA, kami dikehendaki oleh pihak sekolah untuk melukis gambar bunga raya dan logo 1 Malaysia pada setiap tiang yang terdapat di situ. Selain itu, kami juga melukis mural pada dinding tangga di mana ia merupakan laluan utama ke pejabat sekolah.

10.3

SELEPAS Setelah selesai aktiviti keceriaan, kami mendapati terdapat perubahan yang

besar berlaku. Suasana di kantin dan di dewan SKBA lebih ceria dan menarik. Ini adalah kerana hasil kerjasama dari semua pihak. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita bersatu. Seperti kata pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kumpulan kami juga berharap sangat agar segala bahan yang telah diletakkan di sudut bacaan yang kami namakan Anjung NILAM dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin oleh warga SK Bukit Abal khususnya murid-murid. Kami juga berharap dengan adanya Anjung NILAM dan info-info terkini di meja kantin yang dinamakan Kantin Bermaklumat dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Seiiring dengan Falsafah Pendidikan Negara bahawa ilmu ada di mana-mana dan proses pembelajaran berlangsung secara berterusan.

11.0 KEBERKESANAN AKTIVITI PROGRAM 11.1 IMPAK a) Murid Murid-murid berpeluang untuk menambah bahan bacaan mereka dan mengisi masa yang terluang untuk membaca. Selain daripada membaca, muridmurid juga berpeluang untuk menjawab soalan yang terdapat dalam buku-buku rujukan yang telah disumbangkan oleh peserta program yang terdiri daripada guru-guru PGSR. Selain daripada itu, murid-murid juga memperoleh maklumat baru melalui pembacaan ketika mereka menikmati hidangan di kantin. Bahan-bahan yang ditampal di meja kantin, dapat menambah pengetahuan murid mengenai isu semasa selain daripada berkaitan dengan pelajaran.

b) Guru Guru-guru PGSR yang terlibat dengan program keceriaan ini juga dapat mengetengahkan bakat mereka dalam seni. Guru-guru juga berpeluang untuk menyumbangkan bahan yang dihasilkan sendiri dengan kerjasama rakan-rakan untuk dimanfaatkan oleh murid-murid di sekolah ini. Guru-guru juga berpeluang untk mendalami satu lagi ilmu baru iaitu bagaimana untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam usaha melahirkan minat membaca dan seterusnya memupuk minat belajar dalam kalangan murid-murid.

c) Sekolah Pengurusan pentadbiran sekolah sangat mementingkan disiplin dan

kehadiran murid ke sekolah. Prestasi pelajar yang cemerlang dalam akademik perlu diimbangi dengan kecemerlangan mereka dalam aktiviti bukan akademik. Pengurusan iklim sekolah yang kondusif dan harmoni boleh

menyebabkan sistem persekolahan di SK Bukit Abal khususunya dapat diuruskan dengan lebih baik. Kebanyakan bilik-bilik darjah diuruskan dengan berkesan,ceria dan bermaklumat. Pengurusan pentadbiran sekolah juga turut sama menghulurkan bantuan dari aspek moral dan bahan-bahan yang diperlukan. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah juga sentiasa memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh kumpulan kami. Mereka tidak memberikan komen malah sentiasa memaklumkan kepada kami supaya meminta daripada pihak sekolah sekiranya menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah telah melancarkan lagi kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kumpulan guru-guru PGSR.

12. LAPORAN BERGAMBAR SETIAP AKTIVITI KANTIN BERMAKLUMAT, PERSADA BAKAT DAN ANJUNG NILAM

PENTAS PERSADA BAKAT

SEBELUM

SELEPAS

ANJUNG NILAM

SEBELUM

SELEPAS

KEADAAN DI KANTIN SEBELUM PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SEMASA PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SEMASA PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SEMASA PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SEMASA PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SEMASA PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT)

KEADAAN DI KANTIN DAN DEWAN SELEPAS PROGRAM KECERIAAN (KANTIN BERMAKLUMAT, ANJUNG NILAM,PERSADA BAKAT DAN MURAL )

KERJA-KERJA MEMBERSIHKAN DAN MENGEMAS PERALATAN SELEPAS DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KECERIAAN

You might also like