You are on page 1of 6

LAPORAN GOTONG-ROYONG SK SERI BANAI Pada Sabtu, 5 Oktober 2013, pihak sekolah dengan kerjasama Majlis Pemuafakatan Ibu

Bapa Guru (MPIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Banai, Jitra, Kedah telah berjaya mengadakan satu program gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar sekolah. Sebelum program bermula, para guru serta ibu bapa bersarapan di kantin sekolah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Aktiviti gotong-royong tersebut bermula pada jam 8.30 pagi. Ibu bapa dan guru-guru telah mengumpulkan barang-barang terbuang, dahan-dahan pokok dan daun-daun kering yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Ke semua sampah-sampah tersebut dikumpulkan di suatu tempat untuk memudahkan pihak majlis perbandaran mengambilnya. Membakar sampah yang terlalu banyak adalah dilarang kerana menyebabkan pencemaran udara. Inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah ialah dengan memasukkan semua sampah kedalam karung plastik hitam yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Dalam masa yang sama beberapa orang ibu bapa dan kakitangan lelaki membersihkan semak samun di tepi pagar sekolah berhampiran klam yang telah sekian lama terbiar. Selain ibu bapa dan guru-guru, terdapat juga para pelajar yang turut serta dalam membantu menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Kesungguhan para pelajar menunjukkan betapa kasih dan sayangnya mereka terhadap sekolah ini. Setelah penat melakukan aktiviti gotong-royong, ibu bapa, guru-guru serta para pelajar mengambil peluang untuk berehat seketika denagn membersihkan tekak masingmasing. Ada segelintir ibu bapa yang membawa juadah dan dikongsi bersama-sama antara mereka. Walaupun dalam keletihan, namun terpancar wajah ceria mereka yang ikhlas kerana melaksanakan amal kebaikan tersebut. Program gotong-royong ini berakhir pada jam 1.00 tengahari selepas semua yang hadir menjamu selera dengan makan tengahari yang telah disediakan di kantin sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan amat berbesar hati dengan segala kerjasama dan permuafakatan yang telah diberikan antara ibu bapa dan guru. Semoga

usaha ini dikira sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Insyaallah.

KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG 2013 Pendahuluan Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2013 .Murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK Seri Banai. 1.0 Objektif 1.1 Merapatkan silaturrahim di antara guru dan murid SK B 1.2 Memberi peluang kepada murid murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum. 1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar. 2.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Seri Banai murid-murid tahap 2 dan guru-guru. 3.0 Rasional Menjayakan Program 3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 4.0 Justifikasi Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. 5.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Seri Banai 6.0 Tarikh Perlaksanaan 5 Oktober 2013 (Sabtu)

7.0 Struktur Organisasi

Pengerusi Naib Pengerusi

: Pn. Hajah Shamsukinah bt Saad : Pn. Noor Aslina bt Arshad Pn. Shakirah bt Ishak Pn. Jamaliah bt Jamaludin

(Guru Besar) (PK Kokurikulum) (PK Pentadbiran) (PK HEM)

Setiausaha

: Pn. Azri Haslida bt Hassan

Penolong Setiausaha : Pn Sajaraturdur bt Bendahari Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. 4. En. Amran b Saad En. Azhan b Hamid En. Abdul Mursyid b Abdul Majid : Pn Nor Fatimi bt Ibrahim

8.0 Tentatif Program : MASA 08.00 pagi 08.10 pagi 08.30 pagi 10:45pagi 11.00 pagi 11.20 pagi 12.30 tengahari 1.00 tengahari 1.30 tengahari AKTIVITI Berkumpul di Tapak Perhimpunan Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi Gotong Royong bermula rehat Makan pagi Sambung gotong-royong Mengemas barang gotong-royong Makan tengahari Bersurai

9.0 Penutup Program Gotong Royong Perdana adalah sempena sambutan hari guru 2012 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru SK Bandar Baru Perda. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku". 10.0 Pembahagian kawasan

Disediakan oleh

You might also like